terima kasih buat kalian semua..

Sunday, February 20, 2011

Ubah isi kandungan Nona di TV3 !! Hanya paparan untuk orang2 kaya saja !!


MEMANG pada dasarnya rancangan Nona yang disiarkan setiap hari Ahad, pukul 2 petang merupakan sebuah rancangan yang bagus. Banyak maklumat untuk sesiapa sahaja terkandung dalam rancangan tersebut.

Mungkin pihak produksi ingat dengan kemasukan Vanidah Imran, maka rancangan tersebut akan kembali popular seperti dahulu. Tapi sebagai peminat saya tak rasa itu satu perkara yang benar.

Sejujurnya banyak kandungan rancangan ini yang cukup klise dan menjemukan. Saban minggu hanya acara perkahwinan orang kaya-kaya sahaja yang dipertontonkan. Semuanya nampak gah. Bagi yang tak mampu macam kami, hanya melihat dengan ekor mata sahaja.

Jarang sekali nak jumpa perkahwinan yang sederhana ditunjukkan secara langsung dalam rancangan ini. Apatah lagi nak jumpa majlis kahwin orang biasa tetapi unik.

Semuanya cerita kahwin orang kaya. Saya tertanya-tanya, apakah mungkin orang kaya-raya sahaja yang tonton rancangan ini? Kalau masih tak ubah isi kandungan Nona, tak mustahil kami yang tak kaya ini akan tutup tv.

* TAK KAYA,

Bagan Lalang, Selangor

6 comments:

  1. bukan setakat NONA tapi kebanyakan cerita berkisar bekenaan dengan golongan kaya raya...

    bandingkan dengan cerita P Ramlee...bandingkan dengan cerita tamil dari India...nak lagi best bandingkan dengan Barat... ketam-trong.

    ReplyDelete
  2. TV3 memang korup!

    ReplyDelete
  3. boleh tak letak subtitles bila rancangan nona or berita kat tv 3, kerana saya ada kwn yg kurang daya pendengaran yg minat dgn rancangan anda.

    ReplyDelete
  4. hehe tu la pasal tv 2 dan 1 signal x kuat kt pasirgudang jadi orang nk tonton duwa canel ni x dapat kenapa orang x lari ke tv3 semua cerita yang bagus dia jual kt astro,dan tv alhijra pula kt jb beli jugak kt astro x macam kt kuantan dapat free huhu cian orang miskin tu le pasal orang pasir gudang banyak tgo tv indon semua cerita cinta dan dengki tipu dan macam2 lagi

    ReplyDelete
  5. Ya.. Saya setuju memang untuk wanita kaya raya. adakah dorang terfikir dorang mcm tidak sadar mcm memesong kan wanita zaman nenek datuk kita. Setia sama suami suka duka sama2.ini tak ada lain mendidik wanita supaya malawan suami tekan suami berlagak org kaya. Ada kah mereka terfikir niat kita berkawin ibadah bagi sang addam. terkadang mau saja saya ingin kata kan mereka mau jadi lelaki setaraf. Dan mau mengubah! Undang2 syariah islam. Mana yg wajib di sunahkan mana sunah di abaikan. Coba kita lihat berapa ramai lagi kaum addam d malaysia ini berkawin dengan wanita asing. Sebab itu la mereka tak tahu tangungjawab dia seorang wanita terhadap suami.kesperceraian berlambak. Di mana kah wanita fisabilillah???. Di mana kah isteri soleha???. semacam mereka tidak redha dgn tuhan menciptakan mereka sebagai wanita???.

    ReplyDelete
  6. Ya.. Saya setuju memang untuk wanita kaya raya. adakah dorang terfikir dorang mcm tidak sadar mcm memesong kan wanita zaman nenek datuk kita. Setia sama suami suka duka sama2.ini tak ada lain mendidik wanita supaya malawan suami tekan suami berlagak org kaya. Ada kah mereka terfikir niat kita berkawin ibadah bagi sang addam. terkadang mau saja saya ingin kata kan mereka mau jadi lelaki setaraf. Dan mau mengubah! Undang2 syariah islam. Mana yg wajib di sunahkan mana sunah di abaikan. Coba kita lihat berapa ramai lagi kaum addam d malaysia ini berkawin dengan wanita asing. Sebab itu la mereka tak tahu tangungjawab dia seorang wanita terhadap suami.kesperceraian berlambak. Di mana kah wanita fisabilillah???. Di mana kah isteri soleha???. semacam mereka tidak redha dgn tuhan menciptakan mereka sebagai wanita???.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...