terima kasih buat kalian semua..

Thursday, February 17, 2011

Urusan mahkamah pula naik : Sistem baru mahkamah, yuran guaman meningkat sehingga 400% !!


KUALA LUMPUR 16 Feb. - Yuran guaman dijangka meningkat sehingga 400 peratus berikutan banyak sistem baru diperkenalkan oleh mahkamah termasuk memendekkan tempoh perbicaraan sesuatu kes.

Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan berkata, tempoh perbicaraan kes yang semakin pendek menyebabkan beban kerja peguam turut bertambah.

Justeru katanya, dalam keadaan itu semua pihak terlibat perlu bekerjasama, bersabar dan memahami perubahan yang dilaksanakan itu.

"Jika dahulu satu kes hanya diselesaikan dalam tempoh tiga tahun tetapi hari ini dalam tiga bulan sahaja.

"Kita tidak hanya melihat dari sudut ekonomi, malah keadilan perlu diberikan dalam kes sivil serta jenayah dan dalam masa yang sama yuran guaman tidak boleh melambung tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Projek Start yang memberi garis panduan perkhidmatan kepada peguam-peguam baru di Auditorium Majlis Peguam di sini hari ini.

Sebagai contoh kata Kesavan, dalam kemalangan yang melibatkan mangsa lumpuh, adalah tidak adil jika kes dibuang tanpa memberi peluang kepada pegawai polis yang menyiasat, doktor atau pakar memberi keterangan.

Dalam kes seumpama itu jelasnya, kesalahan tidak boleh diletakkan kepada mahkamah, peguam atau pendakwa raya tetapi yang penting ialah usaha untuk meningkatkan tahap sistem keadilan negara.

Menurutnya, jika terdapat sebarang masalah ia boleh diselesai dan dihadapi bersama, sebaliknya mencari kesalahan sesuatu pihak adalah tindakan yang tidak membawa sebarang manfaat.

Dalam pada itu Kesavan memberitahu, Majlis Peguam membelanjakan RM200,000 untuk melahirkan Projek Start, satu-satunya buku di Asia Pasifik yang memberi garis panduan dan tunjuk ajar kepada peguam baru dalam menjalankan tugas.

Menurutnya, antara garis panduan yang terkandung dalam buku yang diberikan secara percuma kepada firma guaman dan peguam baru ialah risiko dan tanggungjawab sebagai rakan kongsi syarikat guaman.

Katanya, ramai peguam yang bekerja tiga hingga empat tahun menjadi muflis apabila syarikat guaman yang mereka sertai sebagai rakan kongsi menipu mereka melibatkan jutaan ringgit

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...