terima kasih buat kalian semua..

Friday, March 4, 2011

7 tahun baru naik gred !!


SUNGGUH kasihan rakan bekas guru besar DG 41 yang diberi tanggungjawab bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Kementerian Pelajaran. Mereka lambat naik gred ke DG 44 kerana terpaksa menunggu sehingga tujuh tahun berbanding guru besar di sekolah yang layak diperakukan ke gred DG 44 hanya selepas tiga tahun saja mulai 16 Mei 2008.

Ada antara pegawai berkenaan mungkin terpaksa berputih mata dan bersara dengan gred DG41 saja walaupun pernah memegang jawatan guru besar lebih 10 tahun kerana mereka berpindah ke jabatan berkenaan sebelum cukup tiga tahun dalam gred DG 41 iaitu sebelum 16 Mei 2008, iaitu tarikh penguatkuasaan tempoh tiga tahun guru besar DG41 naik Gred DG 44.
Semoga pihak kementerian dapat berikan pertimbangan semula dengan adil, segera dan sewajarnya

UTAMAKAN YANG KANAN,
Putrajaya

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...