terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, March 1, 2011

Bayaran saman...PDRM, JPJ, DBKL perlu cekap !!!!


MENURUT laporan Utusan Malaysia 24 Februari 2011, terdapat 18 juta saman tertunggak sehingga mengejutkan sesiapa sahaja yang membaca laporan berkenaan yang dikeluarkan oleh tiga agensi kerajaan. Laporan itu menyebut bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencatat jumlah yang paling banyak dengan 15.6 juta saman; Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan 1.8 juta saman, diikuti oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan 606,800 saman.

Saya menganggap ketiga-tiga agensi ini sebagai agensi yang diamanahkan oleh pihak kerajaan membanteras kesalahan jalan raya, tidak menjalankan tugas dengan cekap. Kenapa dari tahun 2000 sehingga 2009 baru sekarang mahu mengambil tindakan yang mutakhir sehingga menyusahkan rakyat jelata?

Saya masih ingat sejak dari dahulu lagi pelbagai cara digunakan oleh PDRM dan JPJ untuk membanteras kesalahan pengguna jalan raya. Tetapi ia masih gagal dilakukan dan tidak berkesan. JPJ pernah mewajibkan penggunaan Lampu Amaran Kelajuan yang dipasang di kenderaan berat komersil, Sistem Kejora, Kamera Litar di persimpangan lampu merah, kotak kuning. Tetapi banyak yang gagal dan berkubur begitu sahaja. Kesalahan dan kemalangan masih tetap berlaku dan statistik kemalangan maut menunjukkan angkanya semakin naik setiap tahun.

PDRM pandai menggunakan teknik tembak laser dengan pantas di lebuh raya dengan ‘menyerang hendap’ kenderaan yang dipandu laju. Tetapi mereka tidak cekap dan gagal membawa pemandu yang melakukan kesalahan ini ke muka pengadilan dengan pantas.

Begitu juga dengan DBKL yang pandai mengeluarkan saman di tempat-tempat letak kereta. Tetapi mereka juga gagal mendapatkan tuan punya kereta membayar saman dengan cepat sehingga terdapat tunggakan yang tinggi.

Tidak terkecuali juga pihak Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) yang menjaga urusan hal ehwal teksi. Mereka juga gagal menanganinya dengan baik sehingga terpaksa pintu teksi ditampal stiker amaran ‘tawar menawar tidak dibenarkan’. Saya fikir hanya Malaysia sahaja yang unik menampal perkataan seperti itu. Ini sangat lucu sekali.

Namun, apa yang saya hairankan lagi ialah kenapa bermula pada 1 Mac ini (hari ini) pihak Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) mewajibkan penggunaan tali keledar keselamatan di tempat duduk belakang? Pada masa sama mereka masih membiarkan anak-anak kecil duduk di tempat duduk hadapan penumpang bersama ibunya sedangkan si anak tidak memakai tali keledar. Kadang kala anak kecil ini berdiri sendirian di hadapan sambil bermain-main dengan pemandu. Ini sangat berbahaya sekiranya kereta berhenti secara mendadak. Ia boleh menyebabkan kecelakaan kepada kanak-kanak tersebut.

Kenapa pegawai-pegawai dan pihak pengurusan tertinggi yang mengetuai agensi-agensi berkenaan tidak belajar daripada sistem di United Kingdom (UK) atau di negara-negara barat? Saya pasti banyak pegawai-pegawai ini pernah satu ketika menuntut di sana atau setidak-tidaknya pernah ke sana. Tidak salah kalau kita belajar daripada sistem barat.

Pegawai-pegawai agensi kita harus belajar bagaimana agensi-agensi di sana mengenakan kompaun atau saman dan kalau tidak dibayar dalam dua minggu apa kemungkinannya. Kalau tidak bayar juga pada waktu yang ditetapkan, perkara tersebut tidak akan dilengahkan, terus akan ke mahkamah.

Jadi, apa yang saya lihat masalah besar dengan agensi-agensi kita ialah di bahagian penguatkuasaan (enforcement), atau pegawai kuatkuasa yang selalunya tidak cekap dan sering dengan sengaja mendiamkan kes-kes ini bertahun-tahun lamanya. Kalau disoal, sering pegawai-pegawai ini pandai memberi alasan banyak kerja atau tidak cukup kakitangan. Kalau pemandu tidak bayar saman tidak boleh dipersalahkan akibat ketidakkecekapan pihak pengurusan.

Pada pendangan saya, kerajaan wajar membatalkan semua saman tertunggak jika agensi-agensi ini tidak membuat susulan mendakwa pesalah di mahkamah dalam waktu yang ditetapkan. Sekiranya kes ini tidak didakwa dalam satu tahun ia harus luput waktu atau time bar.

Pihak PDRM, JPJ, DBKL mahupun agensi-agensi yang lain harus berlaku adil. Jika dalam setahun kes kesalahan tidak didakwa sampai ke mahkamah ia harus dibuang. Agensi-agensi ini harus bersikap profesionalisme dalam pekerjaan mereka. Melambatkan pendakwaan ke atas pesalah jalan raya tidak boleh diterima sama sekali. Ia hanya menyusahkan rakyat.

TAHIR SALIM

Ampang, Selangor

1 comment:

  1. When God is about to confer a great responsibility on man, he will first exercises his heart with suffering, his sinews and bones with toil.

    He will exposes the man body to hunger, subjects him to extreme poverty. He confounds the man undertakings with setbacks and troubles, therefore to stimulate his heart (or mind) to have patience and toughen his nature in order to supply (or to provide him with benefits despite of) his in competencies.

    Meaning no pain no gain.

    It's a quote from Mencius (Meng Tzu), a Chinese ancient philosopher.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...