terima kasih buat kalian semua..

Monday, March 28, 2011

Benarkah Tribunal Tuntutan Pengguna ada kuasa??? Atau gertak saja..


SETIAP kali menatap ruangan Fail TTPM (Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia) kendalian Rosalinda Md. Said dalam S2 Utusan Malaysia, saya tertanya-tanya akan keberkesanan TTPM dalam memberi award kepada sesuatu pihak yang membuat tuntutan atau pembelaan. Apakah TTPM punya kuasa untuk bertindak jika sesuatu pihak tidak mematuhi award yang telah diberikan?

Saya bertanya sedemikian kerana apa yang menimpa ke atas diri saya menunjukkan award yang diberi oleh Presiden TTPM semasa pendengaran kes tuntutan kepada saya, masih belum diselesaikan oleh pihak yang dituntut.

Tuntutan saya yang didengar oleh Presiden TTPM, Datuk Abu Bakar Awang pada 27 April 2007 terhadap sebuah kedai kereta yang menjual kereta saya dan tidak membayar wang jualan kepada pihak bank bagi menyelesaikan hutang bank.

Akibatnya, saya terpaksa menanggung dan menjelaskan baki hutang bank dengan bunganya sekali. Kereta saya dijual oleh pihak ketiga pada 17 Mei 2006 dengan harga RM17,500 sedangkan baki hutang yang harus dibayar kepada pihak bank hanyalah sebanyak RM11,200.

Kerana tertipu, saya membuat aduan polis pada 3 Januari 2007 dan aduan TTPM pada 26 Februari 2007. Pendengaran telah dibuat oleh Presiden TTPM seperti dinyatakan di atas.

Kesemua tindakan susulan yang digariskan oleh pihak TTPM jika pihak yang dituntut (Penentang) gagal mematuhi award telah diambil. Beberapa perjumpaan juga telah dibuat dengan pegawai di pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Namun sehingga kini, saya masih menanti hasilnya.

Untuk maklumat, saya telah disaman oleh pihak bank kerana gagal membayar hutang bank tersebut. Pendengaran pertama di Mahkamah Majistret Shah Alam pada 26 Mac 2007 dan disusuli dengan beberapa pendengaran lain (beberapa kali tertangguh), saya diarahkan untuk membayar baki hutang bank tersebut sehingga selesai. Oleh kerana ketika itu saya sudah bersara dan tidak dapat bekerja kerana masalah kesihatan, saya tidak mampu membayar baki hutang bank tersebut.

Akhirnya saya terpaksa menjual rumah saya bagi menjelaskan hutang bank dan berpindah. Namun sehingga kini, tuntutan saya masih tiada bayangnya dan pihak KPDNHEP dengan alasan tersendiri tidak mampu untuk membuat apa-apa terhadap pihak yang dituntut.

Kini rumah sudah dijual, tidak punya kerja kerana lanjut usia, anak-anak masih menuntut, sakit-sakit dan tidak berwang, sampai bila harus saya berharap? Masihkah ada yang ingin membantu?

Membawa kepada pertanyaan saya, benarkah TTPM ada kuasa?

MEZA

Pengguna Tanpa Kuasa

7 comments:

  1. As Salam... nampak gah tapi hakikat, siapa yg kena tau la. Kami dah "menang" di TTPM tapi pihak yg kalah bawa ke Makamah Tinggi... tut-tut makamah tinggi kata yg kalah dah menang kami pula yang kalah... yg bestnya TTPM panggil utk mentakan kes kami kalah sebab Makamah kata kami kalah, yg best lagi hakim TTPM & Makamah merupakan org yg sama cuma tak kenalikan kes yg sama... Ketam-trong.

    ReplyDelete
  2. saya baru nak failkan kerana penentang gagal mematuhi award dlm 14hari. harap2 ttpm diSabah ni adil dan saksama terhadap peniaga cina yang penipu !

    orang kampung.

    ReplyDelete
  3. saya pernah kena tipu dengan skim gores & menang..lebih kurang dekat 4k..kemudian buat laporan polis, biro mca dan ttpm..belum sampai hari pendengaran pihak yang dituntut memulangkan semula wang saya..nampak mcm mereka gerun juga dgn ttpm ni..lynn

    ReplyDelete
  4. salam saudara,
    saya juliana sharin wartawan dari tv3, saya sedang mengusahakan satu laporan berhubung sejauhmana keberkesanan TTPM. saya berhadap dapat menemubual saudara untuk maklumat lanju. saudara boleh berhubung dengan saya melalui juliana.sharin@tv3.com.my
    saya menanti maklum balas dari saudara.
    kerjasama saudara saya dahulukan dengan terima kasih.

    ReplyDelete
  5. ass'kum.
    saya, nik, saya nk bertanya mengenai agen insyuran yg membuat jualan langsong nie,klu nk tuntu blh x?.. sbb dlu cerita lain,skrang dh cete lain..

    ReplyDelete
  6. saya ditelah ditipu membeli two telefon bimbit yang tiada warranty sah. apabila saya tanya penjual cina itu, dia cakap polis negara kita semua tak berguna dan guna perkataan kesat marah. bila saya pergi ttpm, kali pertama mereka tak hadir pun untuk pendengaran. kurang ajar sungguh. selepas itu bila keputusan menyebelahi saya, cina tu pulak hantar satu ttpm form dan hari ni bila saya pergi makamah, hakim buat keputusan mereka bayar balik duit saya dan saya pulangkan telefon. bila saya tanya hakim apa ganti rugi untuk stress dan kesulitan yang saya alami selama ini. hakim cakap itulah keadilan yang dia boleh kasi. adil ke ini? saya dua tiga kali kena guna duit petrol pergi sampai pwtc, bazir masa saya tunggu dan paling teruk semua benda dalam telefon saya yang sulit kena yang pulangkan kepada pekedai yang bukan sahaja tipu saya tapi cakap buruk pasal negara ini punya keselamatan pengguna. adil ke ini? inikah keadilan di malaysia? macam ini patutla banyak pekedai berani tipu. sebab mereka tak rugi apa kan. kalau dah kena tangkap pulang je duit pas tu cari mangsa lain dan jual telefon itu semula. kalau pembeli itu tak cek, habislah kena tipu. pekedai itu dapat untung besar. dan ttpm tidak menghukum mereka ataupun untuk pengguna yang ditipu tiada diberi pampasan. bagus lah cam ni orang akan terus tipu orang lain. ttpm pun jadi kaya ambil rm5 dari orang orang yang dianyai tetapi tidak memberi keadilan sepatutunya. orang ttpm, tanya la diri you tu, orang yang buat aduan tak kaya raya, sebab tu mereka buat aduan pasal benda yang ditipu. kalau you ni sokong orang yang tipu dan ambil daripada yang tak mampu, adilkah perbuatan anda semua? kononya sistem keadilan! patutla orang semua tak percaya sistem kita. wujud keadaan macam ni. kena letak dalam surat khaba je untuk mendedahkan "sistem keadilan" begini. tipu yang tidak berupaya dan sokong segala perbuatan tidak bermoral orang lain.

    ReplyDelete
  7. pergi ke web berkaitan untuk jawapan

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...