terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, March 29, 2011

Cara keluar dari senarai hitam PTPTN


Untuk makluman, peminjam PTPTN yang berhasrat mengeluarkan nama mereka daripada senarai hitam hendaklah hadir di PTPTN untuk berunding mengenai kaedah bayaran balik hutang sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum berangkat ke luar negara.

Berdasarkan persetujuan semasa rundingan, PTPTN akan meminta Jabatan Imigresen mengeluarkan nama mereka daripada senarai hitam dan seterusnya membenarkan ke luar negara.

Untuk urusan pengeluaran Akaun II KWSP bagi pembayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN, peminjam yang terlibat perlu melaksanakan proses berikut:

a) Peminjam perlu mengisi Borang Pengesahan Baki Pinjaman (boleh dicetak melalui Laman Web PTPTN) atau menulis surat rasmi kepada PTPTN (u.p Unit Lejar Pinjaman) menyatakan ingin membuat bayaran balik pinjaman keseluruhan/tunggakan melalui pengeluaran KWSP.

b) Permohonan Pengesahan Baki Pinjaman akan diproses dalam masa 7 hari bekerja dan seterusnya PTPTN akan mengeluarkan surat pengesahan baki pinjaman/tertunggak dan dipos ke alamat pemohon.

c) Peminjam perlu mengisi Borang 9H (AHL) yang boleh diperoleh di KWSP dan mengemukakan bersama-sama Surat Pengesahan Baki Pinjaman PTPTN serta salinan dokumen perjanjian pinjaman PTPTN sebagai dokumen sokongan.

Peraturan mengenai pengeluaran nama daripada senarai hitam dan urusan pengeluaran Akaun II KWSP boleh disemak melalui ruangan FAQ & Artikel di dalam Laman Web PTPTN.

Semua peminjam adalah dinasihatkan untuk menyemak peraturan dan proses kerja sesuatu aktiviti di Laman Web PTPTN sebelum mengemukakan pertanyaan di kaunter PTPTN, melalui Call Center atau One Stop Center. Ini adalah untuk memastikan pertanyaan yang dikemukakan adalah jelas dan mudah difahami dan seterusnya akan memudahkan petugas memberikan maklum balas.

Peminjam PTPTN diminta menghubungi Khadijah Ali di talian 03-2098 3780 sekiranya masalah mereka masih belum selesai. Semua peminjam boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan PTPTN melalui laman web www.ptptn.gov.my atau menghubungi talian Hotline PTPTN di 03-2080 4455.

RINA ABD RAHMAN

Pegawai Perhubungan Awam PTPTN

7 comments:

  1. salam, saya ingin mmbuat rayuan bkenaan nama yg tlh d blacklistedkan,kemanakah perlu sy bawa dokumen yg berkaitan dan perlu berjumpa siapa atau saya cuma perlu pos kan shja dokumen tlibat?

    ReplyDelete
  2. untuk bayaran melalui kwsp : syarat 2januari 2001 ke atas tu tahun grad ke tahun masuk belajar?

    ReplyDelete
  3. Cara keluar dari blacklist kalau dapat bayar keseluruhan ptptn? atau bleh tak bayar separuh atau cara lain? tak bayar habis

    ReplyDelete
  4. sy surirumah sepenuh masa.gaji suami nak sara keluarga pun slalu x lpas,macam mana nak byar balik pinjaman? dari tahun 2006 cari kja,knapa x da yg sangkut? cuba lah bagi kja kat yg ada hutang ni.kn boleh byar wlaupun ckit.better dr x byr lansung.

    ReplyDelete
  5. Salam... saya cadangan untuk mengeluarkan anda dari masalah ini

    Boleh sms saya : 019-3999529 (ANNA)

    ReplyDelete
  6. ptptn ni celaka.........dah 2 kali aku hantar surat pengesahan baki pinjaman, haram x ada maklumbalas.........bila x bayar memekak2 nak balik duit......bila orang nak bayar semua amount ptptn terhegeh2 nak bagitau jumlah keseluruhan pinjaman............ptptn memang kena improve kan korang punya admin la.........

    ReplyDelete
  7. hai semua, saya antara peminjam PTPTN yang telah di senarai hitam untuk keluar negara, kalau boleh bagi penjelasan lebih terperinci, apa dokumen yang perlu dibawa ke pejabat PTPTN dan bahagian mana yang harus saya tuju... adakah ia semudah seperti yang diceritakan di atas?

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...