terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, March 8, 2011

Cerita hantu merosakkan fikiran masyarakat..

CERITA hantu atau seram sinonim dengan masyarakat kita. Stesen televisyen seolah-olah berlumba-lumba menayangkan cerita seram kerana dapat menarik minat penonton.

Penggiat filem pun cenderung ke arah mahu pembikinan filem seram kerana sambutan menggalakkan daripada peminat. Maka kita boleh membuat andaian bahawa masyarakat sudah naik muak dengan kisah percintaan, pergolakan rumah tangga, isu buang bayi, gejala sosial dan sebagainya.
Tidak cukup dengan drama atau filem tempatan, karya cerita hantu dari luar dibawa masuk dan ditayangkan di negara kita

Faedah cerita hantu tidak banyak. Cerita hantu ini hanya mampu menakutkan budak supaya mereka tidak keluar malam.

Cerita hantu bukanlah baru dalam sejarah drama dan filem tempatan, apatah lagi filem asing. Apabila wujud persaingan membuat cerita hantu, maka kita dilambakkan dengan cerita karut yang tidak boleh membangunkan minda masyarakat.

Pengeluar drama dan filem pun berlumba-lumba membuat cerita bagi menunjukkan kehebatan siapa lebih pandai, hantu siapa lebih menakutkan dan cerita mana lebih realistik.

Jika pengeluar drama atau filem sudah ketandusan idea sehingga hantu dijadikan tema cerita, tidak salah jika mereka menggarapkan unsur didikan dalam hasil karya mereka.
Contohnya, elakkan unsur khurafat, tahyul, syirik dan seumpamanya yang boleh merosakkan akidah penonton. Pengajarannya pula perlu diberi fokus utama pada akhir cerita.

Kesimpulannya, penggiat drama dan filem tempatan mesti menyahut seruan kerajaan supaya memasyarakatkan filem dan drama, bukannya menerbitkan karya yang boleh dianggap picisan dan merosakkan minda masyarakat.

NORZILAH IBRAHIM,
Kota Kemuning,
Shah Alam

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...