terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, March 16, 2011

Chong Wei Juara All England: Zolkples sekadar bersuara dari kerusi empuk..


Saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat setelah membaca komen yang dibuat oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong, berkenaan bekas jurulatih, Datuk Misbun Sidek. Beliau menyifatkan pemain nombor 1 negara, Datuk Lee Chong Wei, mampu menyinar tanpa Misbun.

Beliau juga menyebut, kejayaan Chong Wei menjuarai All England membutkikan dia mampu mengekalkan prestasi walaupun tanpa Misbun.

Menurutnya, prestasi Chong Wei nampak tidak terjejas, malah kejayaan menjuarai All England adalah antara terbaik pernah dihasilkannya.

Kita berbangga dengan kejayaan Chong Wei. Tetapi kita janganlah menidakkan peranan yang pernah dimainkan oleh Misbun dalam melahirkan kejayaan seorang jaguh badminton seperti Chong Wei.

Gunakanlah akal dengan bijak untuk bersuara agar kita tidak lagi mengeruhkan suasana dan hubungan yang kian hambar. Kenyataan begini hanya akan keluar daripada seseorang yang masih menyimpan rasa dendam dan dengki. Jika tidak kerana corak latihan yang dimulakan oleh Misbun, masakan Chong Wei dapat berada di kemuncak seperti sekarang.

Kalau setakat berada di kerusi empuk dengan hanya menyuarakan pendapat dan menuding jari memberi arahan, jangan harap pemain akan berjaya kecuali dengan komitmen dan kepakaran kejurulatihan yang dicurahkan.

Kita perlu ingat bahawa hasil didikan seorang jurulatih yang akan membentuk seorang pemain yang berkaliber sehingga menjadi pemain nombor satu.

Semua orang boleh menjadi Ketua Pengarah MSN asalkan ada kelulusan. Tetapi tidak semua orang boleh jadi jurulatih yang boleh menghasilkan seorang pemain terbilang. Fikir-fikirkanlah.

Pemain Veteran

Kota Bharu, Kelantan

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...