terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, March 15, 2011

Harga minyak jatuh di bawah AS$99 setong...Harap ada penurunan harga minyak daripada kerajaan !!


HARGA minyak mentah New York yang diniagakan di pasaran elektronik Asia jatuh di bawah AS$99 setong semalam selepas gempa bumi dan tsunami yang memusnahkan wilayah timur laut Jepun dijangka menjejaskan permintaan daripada ekonomi ketiga terbesar dunia itu.

Minyak mentah penanda aras bagi penghantaran April susut AS$2.28 untuk ditutup pada AS$98.88 setong pada dagangan elektronik di New York Mercantile Exchange, selepas kontraknya jatuh AS$1.54 kepada AS$101.16 pada Jumaat lalu.
Di LONDON, minyak mentah Brent pula susut AS$1.63 pada AS$112.21 setong di pasaran hadapan ICE

Pegawai menganggarkan ombak setinggi 10 meter yang dicetuskan oleh gempa bermagnitud 8.9 di pantai timur laut Jepun membunuh sekurang-kurangnya 10,000 penduduk dan mengakibatkan kerosakan teruk infrastruktur tenaga negara itu.

Purata saham penanda aras Nikke 225 merosot lebih enam peratus semalam.

“Bencana ini memberi kesan kebekuan sementara ke atas ekonomi ketiga terbesar dunia,” kata Richard Soultanian dari NUS Consulting.

“Adalah jelas permintaan Jepun untuk minyak mentah akan merosot dalam jangka terdekat dan ini akan mengakibatkan kelembapan yang sebelumnya tidak dijangka dalam pasaran minyak antarabangsa,” katanya.
Tiga daripada lima loji penapis terbesar Jepun terpaksa ditutup, menjejaskan permintaan terhadap minyak mentah.

Jepun adalah pengguna minyak mentah ketiga terbesar dunia, iaitu 4.5 juta tong sehari selain pengimport bersih minyak kedua terbesar serta pengimport terbesar gas asli cair dan arang batu.

Peniaga juga semalam membuat jualan berikutan angka jualan runcit Februari Amerika Syarikat mengecewakan, memberi petunjuk kenaikan harga minyak mentah baru-baru ini mula menjejaskan permintaan bahan bakar. – AP

1 comment:

  1. adoiii... poningnye bace... xpe... nak bace lg smpi paham... hehehehe... :)

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...