terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, March 2, 2011

Jangan hanya pandai saman saja..Makluman saman mesti pantas, terkini !!


TAHNIAH kepada agensi kerajaan yang telah berjaya membuatkan kaunter saman sesak dengan ribuan orang yang membanjiri pekarangan balai polis dan pejabat pos di seluruh negeri untuk menjelaskan saman. Sepatutnya peraturan ini sudah lama dilaksanakan dalam mendidik orang ramai supaya jangan berlengah.

Saya tidak menyalahkan orang ramai dalam kes ini kerana kerajaan terlalu bermurah hati. Orang ramai yang mempunyai saman seringkali menanti tawaran yang akan di berikan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagi orang seperti saya yg sentiasa membayar sekiranya mempunyai saman merasakan ketidakadilan. Ini kerana saya tidak mendapat tawaran tersebut kerana telah menjelaskan lebih awal saman tanpa menunggu kedatangan surat ke rumah atau menunggu tawaran seperti ini.

Saya juga ingin pihak PDRM mengemaskinikan sistem penyampaian saman melalui internet seperti Myeg. Saya merasa seperti teraniaya dengan sistem ini. Pada 4 Januari 2011 saya telah disaman perangkap had laju kerana memandu melebihi had laju di Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Setiap minggu saya menyemak melalui laman Myeg sekiranya saya mempunyai saman. Pada 10 Februari 2011 barulah ada di dalam sistem tersebut di mana saya telah disaman sebanyak RM200.

Apa yang saya kesalkan melalui peraturan baru sekiranya saya menjelaskan saman dalam masa 15 hari saya mendapat potongan 50 peratus. Tetapi dengan ketidakcekapan sistem yang ada menyebabkan saya gagal mendapatkan hak saya untuk memperoleh potongan tersebut.

Sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan mengakui kesalahan tersebut, saya membayarnya melalui Myeg pada hari yang sama, cuma merasa seperti teraniaya dengan janji PDRM. Saya juga menunggu kedatangan surat saman tetapi tidak juga sampai.

Saya ingin mengesyorkan kepada semua agensi kerajaan supaya apabila berjanji kepada rakyat Malaysia pastikan sistem yg di gunapakai adalah yg terbaik. Maksudnya jika hari ini kena perangkap had laju, apabila esok di semak di laman sesawang Myeg telah ada dicatat saman tersebut.

SCORPION KL

Pandan Indah, Kuala Lumpur

2 comments:

  1. Bayor aje le , jangan bising-bising, berani buat berani le tanggung.Kamera tak berbohong, naluri manusia memang le tak ngaku bila dah buat salah. Bayorle cepat cepat jangan sampai last minit dan sampai pensan-pengsan.Sampai langgar lampu merah dan memecut di highway sampai 180km sejam sape suroh. Lepas tu nak salahkan, Polis, JPJ dan Majlis Bandaran bagi saman, dia orang ni banyak kerja lain lagi.Bayor je saman tu dan teruskan kehidupan, next time hati-hati, jangan membazir duit gaji bayor saman.

    ReplyDelete
  2. berkaitan dengan saman..
    sudah terserlah malaysia banyak kelemahan..
    kesian kepada rakyak terpaksa menangung beban saman..?
    rakyat berpendapatan rendah, dihujani beban saman..
    walaupun dilihat dari segi fizikal...ia adalah dilihat sebagi kesalahan...
    akan tetapi..
    sebagai pihak pengurusan anda perlu mengkaji saman hadlaju...
    sesentengah hadlaju ditetapkan di sesuatu tempat tidak sesuai krn sbg contoh:
    -jalan straight 5 kilometer...
    -2.0 daripada 5 kilometer perlu direndahkan hadlaju kepada 60km/s..
    -wajar ke pengguna berbuat demikian??
    -sedangkan jalan lurus...ia bermakna tidak sesuai hadlaju ditetap dijalan tersebut..
    -kalau nk tetap hadlaju dijalan tersebut..
    bt lah 90km/s..
    itu lebih sesuai dengan jalan.
    adakah salah rakyat??
    jika melebihi kelajuan dijalan itu...
    sedangkan pengguna tidak semapt nk turunkan hadlaju krn keadaan jalan itu..

    kadangkala rakyat tidak salah terutamanya berkaitan saman ekor dan hadlaju lebih..
    kerana ketidakwajaran pihakberkuasa menetapkan hadlaju disesuatu tempat..

    perlu dikaji dengan segera oleh pihak berkuasa..
    krn saman membebani rakyat sehingga ad pihak mendapat 30 saman..
    30/300=??
    kesian...
    rakyat tidak tahu bahawa ia sedang di tindas...
    hukuman tidak menyelesaikan masalahh...
    jadi perlu kaji pasal harrga saman...
    kami tahu walaupun saman salah satu pendapatan negara yyg tinggi...
    dengan saman dikeluarkan..masalah kewangan rakyat semakin bermasalah.(buka minda...pikir2 las wahai golongan tadbir)
    jalan raya kita moden dh..
    xperlu meletakkan hadlaju terlalu rendah..di suatu kawasan..
    cuba kaji dan selidik had laju sebenar..

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...