terima kasih buat kalian semua..

Friday, March 4, 2011

Kata nak jadi pusat halal hub..tapi kenapa takut nak umum produk ada DNA babi !!!


SAYA tertarik dengan laporan mengenai tiga produk farmaseutikal tempatan yang didapati mempunyai DNA positif babi dalam akhbar ini semalam. Kajian menunjukkan 15 peratus produk yang dibungkus dengan kapsul gelatin di negara ini disyaki diperoleh daripada sumber babi.

Dalam laporan itu, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof hanya meminta umat Islam supaya berhati-hati menggunakan produk farmaseutikal dan memilih yang mempunyai logo halal bagi mengelakkan mereka terpedaya.
Timbalan Menteri berkenaan juga berkata kalau syarikat terbabit tidak meletakkan tanda halal, pihak kementerian tidak boleh mengambil tindakan dan terpulang kepada pengguna Islam menentukan sendiri sama ada untuk membeli produk yang ada logo halal

Saya ingin memberi pandangan sekiranya benar produk terbabit mengandungi sumber babi, maka adalah menjadi tanggungjawab kementerian berkenaan untuk mengumumkan kepada orang ramai nama produk itu, agar umat Islam boleh lebih berhati-hati.

Kerajaan tidak seharusnya takut disaman syarikat terbabit kerana ia melakukan kesalahan. Negara ini ada undang-undang dan semua syarikat perlu mematuhi peraturan yang ada.

Sekiranya peruntukan undang-undang tidak mencukupi untuk dikenakan tindakan terhadap syarikat yang tidak meletakkan logo halal atau memperdaya orang ramai dengan menjual produk mengandungi lemak babi, maka tindakan seharusnya diambil tanpa ragu-ragu lagi.

Kenapa pihak kerajaan, tidak kira sama ada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mahupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan agensi lain mendapati sukar sangat hendak mengenakan tindakan terhadap syarikat bukan Melayu yang dengan senang hatinya menipu umat Islam dengan menjual produk atau makanan yang mengandungi lemak babi atau disediakan secara tidak halal.
Apa gunanya kita maju sebagai sebuah negara merdeka, dan hampir mencapai usia 54 tahun kalau perkara seperti ini pun tidak boleh bertegas? Apalah gunanya kita hendak menjadi hab halal global kalau rakyat sendiri pun boleh terpedaya dengan syarikat tempatan?

Ambillah tindakan dan umumkan syarikat yang tidak mematuhi peraturan halal. Apa yang hendak ditakutkan?

PENGGUNA ISLAM,
Kota Damansara

1 comment:

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...