terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, March 16, 2011

Kebersihan kawasan tumpuan pelancong di Pantai Timur kurang memuaskan !!


BARU-baru ini saya bercuti ke Pantai Timur. Perjalanan bermula dari Jeli ke Kuala Terengganu seterusnya ke Cherating, Kuantan. Dalam perjalanan itu, saya melihat perbezaan pemandangan di tepi jalan dan bandar di negeri terbabit.

Di Kelantan, kebersihan bandar dan tepi jalan secara umumnya tidak memuaskan. Kebanyakan restoran di Tanah Merah dan Kota Bharu mempunyai tandas dan dapur menjijikkan. Keadaan di belakang restoran penuh sampah dan bahan binaan.
Di Terengganu, keadaan lebih baik sedikit, tetapi hanya di kawasan pembangunan baru. Di Cherating, Pahang keadaan juga kurang memuaskan, masih ada sampah di kawasan tumpuan pengunjung. Ada monyet liar dari hutan berhampiran yang memburukkan lagi keadaan. Ada tempat dijadikan kawasan buangan sampah terbuka berhampiran resort diusahakan penduduk kampung

Sungguh memalukan apabila jalan berhampirannya dilalui bas pelancong asing untuk melihat permainan wau tradisi. Harap Majlis Perbandaran Daerah Kuantan perlu lebih sensitif. Sepatutnya penduduk dan penjaja menegur pengunjung yang membiarkan sampah selepas makan.

Kita boleh mengadakan standard halal yang tinggi dan mampu dieksport keluar. Tapi kenapa kita gagal memberi kesedaran terhadap kebersihan? Di masjid, ceramah dan khutbah mengenai kebersihan tapi laman rumah dan bilik air kotor.

ORANG TIMUR,
Sungai Buloh, Selango

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...