terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, March 16, 2011

Sekolah satu sesi tak sesuai !!


CADANGAN sekolah satu sesi bagi memperkasa sekolah kebangsaan amat dialu-alukan. Namun, waktu persekolahan jam 8 pagi hingga 4 petang seperti diamalkan di England perlu difikir kesesuaiannya untuk negara ini.

Jika waktu persekolahan tamat jam 4 petang, murid Islam mungkin menghadiri kelas agama jam 5 petang atau sekolah agama kerajaan negeri dijalankan malam.
Biasanya waktu petang lebih ramai guru terbabit tugasan di luar sekolah seperti menghadiri mesyuarat dan melaksanakan pelbagai program anjuran Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri

Kesesakan lalu lintas perlu juga difikirkan terutama waktu pagi kerana permulaan masa sekolah dan pejabat serentak. Kos persekolahan turut meningkat kerana ibu bapa perlu memberi anak wang saku lebih.

Pihak sekolah perlu memastikan kemudahan kantin, surau dan tempat rehat dapat menampung keperluan murid termasuk kemudahan pengangkutan murid lelaki menunaikan solat Jumaat.

Pada amnya waktu persekolahan satu sesi kita dari 7.30 pagi hingga 2.30 petang. Selepas ditolak 30 minit waktu rehat pagi, jumlah masa belajar ialah enam setengah jam. Jumlah ini menyamai masa belajar persekolahan sesi jam 8 pagi hingga 4 petang selepas ditolak 30 minit waktu rehat pagi dan satu jam waktu rehat tengah hari. Oleh itu, lebih baik waktu persekolahan yang kita amalkan sekarang kerana selepas jam 2.30 petang guru mempunyai lebih masa untuk memeriksa buku, membuat persediaan mengajar, mengadakan kelas tambahan dan menjalankan kegiatan kokurikulum.

Program kokurikulum menjadi agak rigid jika dimasukkan dalam jadual waktu persekolahan 8 pagi hingga 4 petang kerana keperluan aktiviti kokurikulum berdasarkan jangka masa tertentu dan membabitkan kelompok murid tertentu.
Sebenarnya tidak semua program kokurikulum dapat dimasukkan dalam jadual persekolahan satu sesi. Malah kegiatan sukan dan unit beruniform membabitkan aktiviti luar lebih sesuai dilaksanakan selepas jam 4 petang kerana faktor cuaca. Oleh itu, kita tidak perlu terikut konsep sekolah satu sesi seperti di Barat.

ZIN MARKAM,
Pontian, Johor

2 comments:

  1. assalamualaikum Sdr Zin Markam

    Dari tulisan anda, kajian terhadap persekolahan satu sesi hanya tertumpu di England. Cuba buat kajian di Jepun pula dari jangkamasa waktu persekolahan, ko kurikulum dsb. Tentang waktu persekolahan pd hari jumaat pula, mmg x dinafikan akan timbul permasalahan. Perlu memikirkan mekanisma yang sesuai untuk isu hari jumaat.

    ReplyDelete
  2. hi zin markam

    Begitu banyak sekolah mula menyahut seruan kerajaan namun selepas itu terlalu banyak kesan negatif yang diterima daripada pihak pelaksana iaitu guru, murid dan ibu bapa. Tak percaya cuba rujuk laporan minit mesyuarat PIBG sekolahsetiap tahun, sure mesti ada usul ttg ini. Negara kita perlu membentuk acuan sendiri dalam melaksanakan sistem pendidikan negara. Meniru perlu kena pada tempatnya. Pihak pelaksana perlu beri penjelasan terperinci agar SI LABU LABI guna akal bukan kegairahan semata untuk melaksanakan sekolah satu sesi. Ketidak seragaman waktu persekolahan berlaku antara sebuah sekolah dengan sekolah yang lain, dalam perlaksanaan sekolah satu sesi juga menunjukkan pihak pelaksana mula terasa kesan waktu pembelajaran yang panjang dan ditambah dengan aktiviti koko menjejaskan JERIS murid. Pihak perancang perlu turun padang meninjau keadaan sekolah. Jika sesuatu dasar diketengahkan perlu ada pekeliling baru kuhsus untuk sekolah satu sesi. Jika ada pihak yang mempunyai kepakaran dalam hal ini perlulah turun padang untuk menyelamatkan anak anak didik kita kian lemas dalam arus pendidikan negara, jangan bunuh semangat mereka dengan bebanan begini. Sekolah kini bukan tempat yang menyeronokkan bagi murid. mereka fadup dan keletihan. Sudah terlalu lama menunggu....entah lah mungkin perlu mengadu pada NUTP atau mana mana badan yang boleh menasihati MOE dalam hal ini.
    From Tangkai Jering

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...