terima kasih buat kalian semua..

Friday, April 15, 2011

Anda nak tahu berapa gaji CEO2 GLC di Malaysia??? Baca seterusnya....


Datuk Seri Najib Razak berkata, ketua pegawai eksekutif (CEO) di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) secara keseluruhannya menerima ganjaran dan pendapatan lebih rendah atau setara dengan rakan sejawat mereka di syarikat swasta.
Dalam konteks ini, Perdana Menteri berkata, jumlah ganjaran diperoleh CEO GLC dikira setimpal dengan sasaran diberikan kepada mereka untuk mentransformasi GLC itu menjadi syarikat berprestasi tinggi.
Malah, beliau yang juga Menteri Kewangan memberikan julat pendapatan tahunan beberapa CEO GLC terpilih berbanding rakan sejawat di syarikat swasta dalam industri sama dari 2006 hingga 2009.

“Industri perbankan, julat pendapatan tahunan CEO Maybank Banking Bhd (GLC) antara RM1.4 juta – RM4.9 juta berbanding CEO Public Bank Bhd (bukan GLC) yang menerima antara RM4.7 juta – RM6 juta.

“Industri tenaga/utiliti, julat pendapatan tahunan CEO Tenaga Nasional Bhd ialah RM800,000 – RM1.4 juta berbanding CEO YTL Corporation Bhd (bukan GLC) RM3.6 juta hingga RM10 juta.

“Industri penerbangan, julat pendapatan tahunan CEO Penerbangan Malaysian Bhd (GLC) RM900,000 – RM1.5 juta berbanding CEO Air Asia Bhd (bukan GLC) RM1 juta – RM6 juta.
“Industri automotif, julat pendapatan tahunan CEO Proton Holdings Bhd ialah RM500.000 – RM1 juta berbanding CEO Tan Chong Motor Holdings Bhd (bukan GLC) RM4.5 juta – RM4.95 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan senarai 20 nama pegawai kanan, termasuk Pengerusi dan CEO, dalam GLC yang menerima elaun tahunan tertinggi mengikut gaji serta bonus sejak 2006.

Najib berkata, pakej ganjaran diberikan kepada kakitangan kanan GLC ditetap berdasarkan pengalaman dan kepakaran masing-masing, selain prestasi ditunjukkan.

Katanya, jumlah ganjaran diberi berpandukan garis panduan di bawah Buku Biru – Meningkatkan Prestasi Pengurusan terbitan Jawatankuasa Putrajaya bagi Prestasi Tinggi GLC (PCG) yang antara lain menggariskan beberapa perkara bagi membantu GLC menetapkan rangka kerja ganjaran masing-masing.

Beliau berkata, ini termasuk memastikan gaji asas adalah kompetitif dengan pasaran serta mencerminkan prestasi individu.

“Seterusnya, menghubungkan bayaran bonus dan ganjaran lain kepada pencapaian masing-masing, memastikan keseluruhan ganjaran kompetitif dengan pasaran, serta memberikan ganjaran dalam bentuk wang tunai dan/atau saham,” katanya.

Laporan Syuhada Choo Abdullah dan Norakmah Mat Youb


3 comments:

  1. Kenapa ye bini Rosmah ni tak bagi exact figures? Gaji Wahid dia kata 1.4j hingga 4.9j & CEO Public Bank 4.7j hingga 6.0j.Jadi sah lah gaji Wahid ni 4.9j yang jauh lebih tinggi dari Ceo Public Bank yg hanya dapat 4.7j sahaja,tak gitu?

    ReplyDelete
  2. GLC tu berniaga menggunakan duit KERAjaan yg dtg dari cukai yg dibayar rakyat. Rugi pun tak pa. Klu rugi pun KERAjaan akan bail-out, guna duit rakyat jugak. Tak kena saman dan tindakan undang2.

    Klu bukan GLC, mereka berniaga guna duit sendiri. Klu rugi mereka kena tanggung. Sbb tu ganjaran mereka lebih tinggi.

    Apa punya bodoh jawapan bini rosmah tu....

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya tugas sebagai seorang Chief Executive Officer (CEO)atau Ketua Pegawai Eksekutif ini amat berat,tidak kira bertugas di syarikat GLC ataupun syarikat2 milik persendirian bukan kerajaan.Setiap orang yang dilantik oleh sesebuah syarikat sebagai CEO akan melalui banyak proses pemilihan dan timbang-tara,dan hanya mereka yang ada pengalaman tertentu mengikut bidang syarikat akan terpilih,bukan kerana ada pertalian dengan sesiapa dalam sesuatu tertentu.
    Kerjaya CEO boleh dianggap suatu yang amat penting dalam hala tuju sesebuah syarikat untuk maju kerana merekalah yang akan mentadbir syarikat secara keseluruhan.Tidak hairanlah kalau imbuhan gaji atau elaun2 yang akan disediakan amat tinggi berbanding dengan jawatan2 lain.Untung rugi sesebuah syarikat akan digalas oleh CEO,maka dengan pertanggungjawaban inilah yang menyebabkan gaji yang tinggi dan setimpal untuk diambil kira oleh lembaga pengarah sesebuah syarikat.
    Bukan semua CEO mempunyai syer2 dalam sesebuah syarikat baik GLC mahupun persendirian,ahli lembaga pengarah yang akan melantik mereka2 yang berpotensi untuk menerajui yang kebanyakannya adalah bukan dari ahli lembaga pengarah syarikat yang ada syer atau kepentingan dalam syarikat mereka.
    Gaji CEO bukan bergantung besarnya sesebuah syrikat itu,kadang2 kita lihat CEO dari syarikat besar gaji mereka lebih rendah dari CEO syarikat bersaiz sederhana.
    Ia kebanyakannya bergantung kepada perolehan syarikat,projek2 atau keupayaan syarikat itu dalam perniagaan dan penglibatan mereka tidak kira di dalam negara atau luar negara.
    Maka tidak hairanlah kenapa syarikat besar atau GLC membayar CEO mereka tidaklah terlalu tinggi dalam segi gaji, dan harus diingat juga semakin besar sesebuah syarikat itu maka semakin tinggilah perbelanjaan mereka dalam pengurusan syarikat.
    Ini adalah pengalaman saya sendiri,kalau hendak dibandingkan dengan syarikat yang ada di Malaysia mungkin syarikat yang saya bekerja ini langsung tidak setanding dengan mereka.Namun kami bukan tertumpu untuk berniaga di dalam Malaysia,tetapi kami banyak terlibat dalam perniagaan di luar negara seperti Asia Barat,Eropah dan Timur Tengah.
    Alhamdulillah syukur setelah setahun lebih saya dipilih untuk menerajui syarikat ini sebagai CEO oleh ahli lembaga pengarah,nampaknya syarikat kami semakin maju dan semakin berdaya saing dengan syarikat dari negara2 asing.Apapun kami rasa bangga sebagai anak Malaysia bumiputra yang mampu berdaya saing di persada antarabangsa.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...