terima kasih buat kalian semua..

Sunday, April 10, 2011

Bateri, magnet boleh ancam nyawa !!


BATERI dan magnet adalah alat yang digunakan secara meluas di seluruh dunia. Bateri boleh wujud dalam pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan, antaranya dalam barangan pengguna. Saiz bateri dan magnet kecil biasanya boleh dijumpai pada alat mainan kanak-kanak.

Menurut kajian Dr Toby Litivitz dari National Capital Poison Center, kecederaan berpunca daripada bateri meningkat sebanyak tujuh kali ganda sejak 1985. Majoriti kes yang dilaporkan adalah bateri berbentuk ‘butang’ yang berukuran diameter 20 milimeter dan bateri tiga volt.
Kanak-kanak dan bayi suka memasukkan apa-apa alat ke dalam mulut. Selain itu, mereka juga mempunyai kecenderungan untuk mengunyah alat berkenaan ketika bermain. Mereka mudah tertarik dan tidak boleh berfikir mengenai baik buruknya.
Menurut pakar trauma dari Hospital Kanak-kanak Montreal, bateri berbentuk butang ini kelihatan seperti gula-gula kepada kanak-kanak kecil, dan atas sebab itulah ada ramai kanak-kanak menjadi mangsa apabila tertelan bateri seperti ini.

Apabila kanak-kanak menelan bateri, ia akan masuk ke dalam sistem pencernaan kanak-kanak dan bateri yang tersangkut pada tekak atau usus boleh mengeluarkan hidroksida yang boleh menyebabkan bahagian berkenaan melecur.

Selain bateri, magnet juga boleh membawa maut kepada kanak-kanak apabila mereka menelannya dan adalah lebih membimbangkan jika kanak-kanak tertelan lebih daripada satu magnet.

Usus dalam badan akan mula tertarik antara satu sama lain disebabkan oleh sifat magnet itu. Usus ini juga akan berpintal dan berbelit. Ini boleh menyebabkan kematian kepada kanak-kanak.
Kadang-kala ada situasi di mana penjaga atau ibu bapa tidak tahu bahawa kanak-kanak mereka tertelan bateri atau magnet. Apabila kanak-kanak menunjukkan simptom seperti demam, muntah dan cirit-birit dan dibawa ke hospital, barulah masalah ini dapat dikesan.

Dalam kebanyakan kes, mereka tidak dapat diselamatkan kerana tindakan lambat. Justeru, jangan menyimpan bateri di merata tempat. Selepas menggunakan bateri, buang ke dalam tong khas seperti tong kitar semula, bukannya di dalam tong sampah di rumah.

Jangan benarkan kanak-kanak membuka tempat letak bateri dan sentiasa mengawasi anak anda daripada mencapai alat menggunakan bateri yang mudah dibuka. Sebelum membeli mainan, baca label untuk memastikan mainan yang mempunyai magnet kecil sesuai mengikut umur anak anda. Jika boleh, elakkan dari membeli alat mainan yang mempunyai bateri atau magnet yang mudah tertanggal.

MOHANA PRIYA,
Persatuan Pengguna
Standard Malaysia

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...