terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, April 12, 2011

Betulkah perempuan insan paling setia??? Heheheh...


BRO kadang kala muak apabila geng perempuan selalu membanggakan diri mereka sebagai golongan paling setia berbanding lelaki. Kata mereka, kesetiaan perempuan tiada tolok bandingnya kerana lelaki mudah sangat berubah hati.

Dalam soal ini, Bro akui memang ada perempuan yang setia tetapi nak kata mereka paling setia, minta maaf la Bro tak boleh terima, yang setia membuta tuli ada lah.

Bro dah tengok banyak kejadian di mana ada perempuan yang tidak setia hatta biarpun sudah menjadi isteri orang. Depan suami nampak baik tetapi belakang suami, masyaallah jin betina pun boleh lari.

Bro cakap ni bukan kosong tetapi berdasarkan pengalaman dan kisah kawan-kawan Bro yang bernasib malang bila isteri atau kekasih mereka berpaling tadah dengan mencintai lelaki lain. Masa tu macam-macam alasan yang mereka berikan untuk menghalalkan tindakan mereka.

Tetapi minggu ini Bro nak paparkan bagaimana masih ada perempuan bergelar isteri yang tak faham pesanan bahawa syurga mereka di bawah telapak kaki suami.

Maknanya, kalau suaminya itu baik dan tidak menyuruh dia melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Islam maka selagi itu mereka kena taat kepada suami.

Bro bukan nak bagi tazkirah atau tarbiyah sebab Bro tahu perempuan sekarang ni kononnya pandai-pandai belaka, tak boleh tegur sikit dah nak emosional. Tetapi Bro nak papar bagaimana istilah yang mengatakan perempuan tu makhluk yang paling setia hanyalah omong kosong dan hanya segelintir sahaja bersikap demikian.

Ada sesetengah perempuan walaupun dah beranak tujuh masih lagi hendak mengikut cakap mak bapak, kalau soal baik-baik tak apalah tetapi macam mana kalau mak bapak suruh tinggal bersama mereka sedangkan suami yang memerlukan belaian ditinggalkan.

‘‘Aku bukan apa Bro, aku simpati dengan suaminya bukan sihat sangat selalu sakit sepatutnya isteri dia kenala ada di sampingnya setiap masa, ini tidak, sedap-sedap saja dia ikut mak bapak balik kampung,’’ kata kawan Bro memulakan cerita sensasinya.

Menurut kawan Bro itu, walaupun si suaminya tak rela tetapi dia malas nak bergaduh maka dia biarkan saja si isteri balik ke kampung.

Kesudahannya tinggal suami terkontang-kanting sorang-sorang di rumah, makan di kedai, tidur keseorangan, belaian isteri entah ke mana, kalau sekejap tak apa tetapi cara si isteri bawa pakaian macam tak nak lagi duduk bersama suami.

‘‘Satu lagi aku risau Bro, nanti suami dia cari perempuan lain yang boleh layan dia,’’ kata kawan Bro tu lagi.

Apabila Bro dengar cerita ni Bro terkedu tak tahu nak cakap apa, Bro simpati dengan si suami bukan fasal dia lelaki tetapi fasal si isteri jelas buat-buat tak faham hukum-hakam apabila meninggalkan suami seperti itu.

Bro juga tertanya kenapalah mak bapak si isteri sanggup pisahkan dua insan berkenaan. Kalau dari awal lagi nak suruh anak duduk dengan mereka buat apa izinkan dia berkahwin, biarlah anak tu bujang sampai ke tua.

Dalam soal ini, Bro nak bagi tahu bukan sahaja kepada si isteri lelaki berkenaan tetapi juga kepada wanita-wanita lain yang sudah berkahwin, kalaulah suami anda tu suami yang baik jagalah dia sebaik-baiknya.

Memang kita kena dengar cakap mak bapak tetapi jangan sampai rumah tangga kita kelam-kabut. Apa pun bila berkahwin, si suami dan anak-anak yang perlu diutamakan.

Pahala

Tuntutan suami selagi terdaya harus dilayani, biarpun untuk menghidangkan secawan kopi ia sudah cukup mendatangkan pahala.

Bro tak mahu perempuan yang tak layan dengan suami menyesal belakang hari bila si suami terpikat dengan perempuan lain.

Masa tu macam-macam hujah nak dikeluarkan, kononnya lelaki tak setiala, main kayu tigalah dan macam-macam lagi tuduhan tetapi yang si perempuan tak sedar diri dan lupa tanggungjawab tu tak nak ambil kira!

Kaum wanita kena fahamlah sekeras-keras hati mana-mana lelaki pun bila berjumpa dengan perempuan yang dia lihat ada kelebihan berbanding isterinya yang asyik dok dengar cakap mak bapak, dia akan cair juga.

Itu bukannya bermakna lelaki tu tak setia tetapi dia perlukan belaian seorang wanita, apatah lagi ketika dia sakit dan demam.

Oleh itu kepada golongan wanita yang masih tak faham lagi tanggungjawab sebagai isteri, belajar-belajarlah memahaminya.

Jangan lakukan tindakan sehingga memungkinkan si suami membandingkan isterinya dengan perempuan lain, biarpun sekumit ia dah mencukupi untuk meretakkan sebuah rumah tangga.

Jadi jangan dok teruja tuduh lelaki tak setia sedangkan di kalangan mereka pun ramai yang berperangai macam kuntilanak, kalau tak dengar cakap mak bapak pun ada sesetengahnya macam ‘singa betina’ di rumah. Rasa hormat kepada suami tak ada langsung, semua ini hanya mendatangkan dosa.

Bro tak kisah kalau suami macam pelesit tetapi ramai yang Bro jumpa suami mereka baik-baik belaka tetapi si isteri pula mengada-gada, mungkin inilah perangai perempuan zaman sekarang!

Oleh Kucing Jantan

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...