terima kasih buat kalian semua..

Saturday, April 16, 2011

Dirogol kekasih kerana cinta !!


SEBAIK bertemu gadis berusia 20 tahun ini di sebuah tempat pelancongan di luar negara dan setelah memperkenalkan diri masing-masing yang berasal dari Malaysia, dia mula berbicara dengan galaknya.

Gadis anggun dengan calitan mekap nipis di wajah mengungkapkan kata, dia mengambil peluang untuk beristirehat di kawasan itu untuk mencari ketenangan dan lari daripada insan yang disayanginya.

Kata Rani (bukan nama sebenar) kasihnya yang terlalu mendalam terhadap seorang lelaki berusia 25 tahun telah menjadikan dirinya mangsa dalam tempoh setahun perkenalan.

''Saya amat menyayanginya kerana saya rasa inilah baru pertama kalinya saya rasa amat dihargai. Saya diperkenalkan dengan ibunya, balik dan pergi kerja dijemput. Ibunya juga sangat mesra dengan saya. Saya tidur di rumahnya dan segala-galanya disediakan untuk saya," kata Rani.

Beberapa bulan berkenalan kata gadis itu, kasih dan sayang Hisham (bukan nama sebenar) terhadapnya semakin menekan.

Dek cemburunya yang keterlaluan, Rani tidak boleh lagi pergi ke mana-mana tanpa pengetahuan Hisham. Lama-kelamaan kehidupan Rani jadi seperti kerbau dicucuk hidung. Gerak-gerinya diperhatikan, apa sahaja yang dilakukan perlu mendapatkan persetujuan daripada Hisham.

''Mula-mula saya tidak perasan, tapi lama- kelamaan saya rasa dia terlalu mengongkong saya. Setiap 10 minit sekali pasti dia menelefon bertanyakan apa yang sedang saya lakukan atau saya sedang bersama siapa.

''Seminggu selepas perkenalan kami dia sudah mula menampar wajah saya sekiranya dia mendapat tahu saya keluar makan dengan rakan-rakan sekerja lain tanpa kebenaran daripadanya. Bila keluar makan dia akan menjemput saya untuk makan bersama menjadikan saya sudah tidak dapat lagi bersama kenalan dan rakan-rakan," jelasnya.

Jelas Rani, kehidupannya di rumah sewa pun Hisham mahu ambil tahu. Sehinggakan kunci rumah pun dia yang pegang. Namun begitu Rani tetap mengambil pendekatan mendiamkan diri. Ibu dan keluarga di kampung tidak diberitahu apa yang terjadi terhadap dirinya.

Menurut Rani, atas nasihat rakan-rakan yang simpati, dia cuba menjauhkan diri daripada Hisham. Namun, ke mana sahaja dia melarikan diri, Hisham akan dapat menjejaknya.

Peritnya, apabila dia ditemui, pemuda itu pasti akan memukulnya sehingga berdarah kononnya sebagai balasan atas apa yang dilakukan Rani.

''Saya cuba membuat laporan polis. namun apabila saya hendak bertindak demikian, Hisham pasti datang kepada saya memohon keampunan dan kemaafan daripada saya dan menyatakan dia amat menyintai saya sehinggakan tiada apa yang boleh memisahkan kami,"katanya.

Suasana tenang kembali. Rani cuba mengambil pendekatan memaafkan Hisham dan cuba memulakan kehidupan baru bersama lelaki itu tambahan pula gadis ini amat menyintainya.

''Seterusnya, seminggu berlalu apabila dia mula melakukan kekerasan semula. Justeru, saya berazam untuk menjauhkan diri.

"Entah bagaimana dia datang ke rumah sewa saya. Kebetulan hari itu teman serumah tiada. Dia memecahkan pintu bilik sewa saya dan kemudian bertanya kepada saya mengapa saya cuba melarikan diri daripadanya," katanya.

Kali ini Rani tidak lagi mampu menjawab. Hisham bertindak mencekak rambut Rani dan kemudian menghentakkan muka Rani ke dinding menyebabkan hidung dan mulut Rani berdarah.

''Apa yang saya tidak sanggup hadapi ialah ketika dia mencampakkan saya ke lantai dan membuka baju tidur saya dan kemudian merogol saya dalam keadaan saya tidak bermaya.

''Ketika dirogol saya tidak sedar dan setelah tersedar dua jam kemudian saya melihat diri tidak berpakaian dan Hisham menangis di sudut katil memerhatikan saya," jelasnya.

Sambil Hisham menyatakan beribu penyesalannya, Rani berkata, dia menguatkan diri untuk bangun dan bergegas berpakaian dalam keadaan terhuyung-hayang.

Ketika itu Hisham tetap juga menangis dan merayu agar Rani tidak meninggalkannya dan menyebut bahawa dia melakukan itu semua atas dasar terlalu mencintai gadis itu.

Namun Rani terus berjalan keluar dari rumah sewanya dan nekad menghubungi abang-abangnya untuk memberitahu perkara sebenarnya.

Sampai di saat itu Rani berhenti. Katanya, Hisham telah dipukul oleh abang-abangnya dan kemudian dibawa ke balai polis manakala dia sendiri menjalani prosedur rawatan rogol di sebuah hospital akibat trauma. Hisham turut menjalani rawatan mental.

Rani menambah, biarpun hampir enam bulan sejak peristiwa itu berlalu namun tidak semudah itu dia melupakan peristiwa hitam yang menyakiti dirinya.

Oleh ROSMAH DAIN

8 comments:

  1. ee takotnya..sy pernah la kapel kejap n org mcm tu..mmg psiko..kje kol je smpai beratus miskol..dh tu lewat reply msg sbb mkn pon marah..mmg giler r org mcm tuh

    ReplyDelete
  2. مُّسَوَّمَةً عِندَ رَبِّكَ وَمَاهِيَ مِنَ الظَّالِمِينَ بِبَعِيدٍ

    ReplyDelete
  3. manusia harus bijak memilih cinta

    ReplyDelete
  4. sy pom pnh gk capel dgn orang mcm tuh mmg la xptt............klau blh jao kn dri dgn orang mcm tuh..tp kte xblh nk salahkn dia gk mgkn dia trlalu sygkn kitakn..hehe..papepom berhati2lah dlm memilih pasangan k..tersilap pilih kita yg merana.

    ReplyDelete
  5. Lau bratus call/msj xper..lau smpai pkul2 xleh la

    ReplyDelete
  6. Saya jugak ingin berkongsi...saya pernah melalui hubungan sama..cuma dia lebih abusive dengan kata kata dari tangan.. nak dekat setahun..seminggu sebelum hari lahir saya,dia mengambil kesucian saya :'( sedangkan dia tahu saya ingin menyimpan diri sehingga berkahwin.. saya dalam keadaan sedar sewaktu semua terjadi..sikit pun dia tak kesian kan saya..saya menangis saya tolak dia..tapi apa kan daya saya lemah..sakit..secara mental emosi dan fizikal..

    Dia meminta maaf..memujuk..sampai ke tempat kerja dia merayu..saya ingat betul lah dia kesal..tapi..saya maseh di paksa melakukan hubungan intim dengan nya..saya dicekik dilakukan begitu kasar.. dari bulan September 2012 hingga hari ini saya sering diperlakukan sebegini..setiap kali juga saya masih merasakan kesakitan di daerah kemaluan saya..

    Saya jadi terganggu emosi dan mentally..saya tak tahu mna arah tuju..saya takot untuk meninggalkan dia..tak tahu apa nasib saya..kalau saya lepas dari dia,ada kah masih ada orang yang akan ambil saya?adakah orang yang akan sayang saya..ada ke orang yang akan menyayangi saya?

    Ada ke orang yang tak akn mngguna kisah perit ini untuk diungkit bila bersama saya?ada ke orang yang akan cintai saya seikhlas hati sama seperti saya masih dara lagi? Ada ke yang sudi memperisterikan saya dan seikhlas hati memberi hantaran setimpal seorang dara yang suci?

    Keluarga tak ada satu yang tahu tentang ini..haruskah saya diam sahaja dan menyembunyikan kisah pahit ini?

    Haruskah saya mengaku diri masih dara?sesungguhnya saya sering memberitahu diri bahawa saya masih dara.. saya tidak melakukan zina..sebab saya tak rela.. :'( salah ke saya berfikirian sebegini?salah ke saya masih mengaku dara? Setiap malam setiap hari saya menangis..

    Saya hilang arah..

    ReplyDelete
  7. Saya adalah shahirah...maaf saya terlupa meninggalkan nama

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...