terima kasih buat kalian semua..

Thursday, April 21, 2011

Kantin bukan punca obesiti !!


Sebagai seorang pekerja kantin di sebuah sekolah rendah di bandar Alor Setar, saya dapat melihat dengan jelas bahawa penjualan makanan dan minuman di sekolah bukanlah punca meningkatnya kanak-kanak obes.

Pengusaha kantin tertakluk kepada perjanjian dengan sekolah mengenai apa yang boleh dijual dan tidak boleh dijual kepada kanak-kanak di waktu sarapan dan waktu rehat. Pengusaha kantin bertanggungjawab ke atas kesihatan kanak-kanak sekolah.

Jika pengusaha kantin ada menjual makanan dan minuman yang dilarang mereka selalunya akan dinasihati oleh pihak sekolah untuk menghentikan penjualan. Kebanyakan pengusaha kantin kadang-kadang tidak tahu apa yang dijualnya menjadi kesalahan kerana mereka bukanlah pakar dalam bidang nutrisi kanak-kanak.

Sebenarnya punca obesiti kanak-kanak bermula dari rumah. Lebih 75 peratus masa kanak-kanak adalah di rumah. Ibu bapa memberi wang saku kepada anak-anak mereka tanpa mengetahui apa yang dibeli oleh kanak-kanak semasa di luar rumah. Tidak mungkin kita dapat mengawal mereka daripada membeli makanan yang tidak berkhasiat semasa di luar rumah.

Di kantin sekolah, penjualan apa yang ditakrifkan sebagai junk foods tidak dibenarkan sama sekali. Masalahnya, bolehkah kita mengelak mereka membeli makanan yang tidak sihat sebaik sahaja keluar dari pagar sekolah?

Di rumah, kadang-kadang ibu bapa membawa anak-anak mereka makanan di restoran makanan segera. Apakah makanan di situ tidak menyumbang kepada masalah kegemukan kanak-kanak? Tidak ada orang yang mempertikaikannya.

Kita menyokong Kementerian Kesihatan mengedarkan senarai jenis makanan dan minuman yang boleh dijual kepada murid sekolah. Kita berharap senarai makanan dan minuman ini diedarkan seberapa segera yang boleh.

Mengenai senarai harga makanan dan minuman yang terendah agar sukar hendak dilaksanakan. Ini kerana pengusaha kantin tidak mendapat sebarang subsidi daripada pihak sekolah mahu pun pihak kerajaan untuk merendahkan harga jualan makanan dan minuman.

Harga makanan dan minuman telah ditetapkan oleh pihak sekolah dengan persetujuan pengusaha kantin. Pengusaha kantin akan mengalami kerugian jika harga barang dibeli semakin meningkat, sedangkan harga jualan tidak berubah. Satu cara untuk membantu pengusaha kantin ialah bayaran sewa kantin ditiadakan atau di paras paling minimum.

Begitu juga dengan bekalan eletrik. Pihak kerajaan sepatutnya memberi keistimewaan kepada pengusaha kantin dengan memberi rebet penggunan bekalan letrik dan air.

Dengan bantuan ini, tidak mustahil pengusaha kantin dapat menyediakan makanan dan minuman berkhasiat pada harga murah kepada murid sekolah. Jika setelah itu pengusaha kantin gagal menyediakan makanan dan minuman berkhasiat, tindakan boleh diambil.

Sebenarnya ibu bapalah yang bertanggungjawab mengajar anak mereka memilih makanan dan minuman yang sesuai, sama ada semasa di sekolah atau di luar sekolah. Jangan salahkan pengusaha kantin sebagai punca obesiti kanak-kanak.

Hari ini, Malaysia mendapat tempat keenam dalam senarai kegemukan melampau. Kaji puncanya, barulah dapat dicari jalan peyelesaian. Kantin sekolah adalah tempat permulaan terbaik untuk melahirkan insan sihat badan dan otak!

1 comment:

  1. Ya, jangan salahkan kantin, sebab kita dulu pun pernah sekolah dan makan kat kantin, Alhamdulillah ok ja...

    sekarang ni kan ramai mak bapak yang bawak anak depa pi makan kat McD la, KFC la, kan semua tu makanan segera yang menyumbang kepada penambahan berat kepada diri seseorang.

    bila lepas makan, galakkan anak-anak buat keroje, kalau tgk TV ja, makanan akan terperap kat dalam perot.. Main komputer games pon sama jugak, ini menyebabkan ramai org obesiti.. tgk org kerja pejabat dan org yang kerja menebas rumput atau membuat bangunan.

    - Tiger nandre -- Old edwardian

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...