terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, April 13, 2011

Pengalaman pahit sambut anak pertama di hospital kerajaan.....


Dua minggu lepas isteri saya selamat melahirkan anak pertama kami di Dewan Bersalin Hospital Serdang, Selangor.



Detik kelahiran anak kami yang ditunggu selama 40 minggu mengandung sepatutnya disambut dengan gembira oleh kami sekeluarga. Tapi sehingga kini isteri saya mengalami trauma untuk memegang, menggendong serta menyusukan anak. Lebih teruk, isteri saya seperti serik untuk melahirkan anak lagi.



Inilah pengalaman kami semasa berada di Dewan Bersalin Hospital Serdang:



* Sikap biadap jururawat bertugas di bahagian kaunter dalam dewan bersalin. Beliau hanya menunjuk dengan memuncungkan bibir bilik yang menempatkan isteri saya.



* Semasa isteri saya mengalami contraction jururawat merentap tangan isteri saya secara kasar untuk memasang wayar intravena tanpa memaklumkan prosedur.



* Jururawat bertugas mengingatkan kami, sekiranya mereka meninggikan suara jangan anggap mereka kasar. Itu adalah prosedur biasa bagi membantu ibu bersalin.



* Bila cecair intravena habis, saya ke kaunter untuk memaklumkan kepada jururawat bertugas. Seperti tidak dilayan, sekumpulan Houseman dan jururawat cuma menjeling kepada saya. Hanya selepas 30 minit barulah seorang Jururawat Masyarakat masuk secara kebetulan (bagi tujuan pemeriksaan CTG). Mukanya masam seperti terpaksa bila saya mengatakan cecair intravena perlu diganti.



* Selama empat jam kami di bilik bersalin, cuma tiga kali jururawat masuk melihat keadaan sedangkan ini adalah pengalaman pertama kami. Tiada panduan atau dorongan bagi kami berdua oleh kakitangan atau doktor bertugas.



* Ketika hampir bersalin, jururawat masyarakat yang menyambut bayi kami bersikap kasar. Sudahlah tidak memaklumkan prosedur, terus menepuk paha isteri saya serta menengking isteri saya bagi mengeluarkan bayi.



* Selepas bersalin, isteri saya diarahkan memegang bayi dan memberi penyusuan pertama untuk bayi kami. Ini adalah pengalaman pertama isteri saya memegang serta menyusukan bayi. Janggal serta kekok bagi isteri saya. Jururawat bertugas memerli isteri saya dengan berkata, "Nak pegang baby pun tak betul, macam mana nak jadi mak?". Kebetulan puting isteri saya tidak timbul, ini lagi menambahkan tekanan untuk menyusukan anak kami.



Persoalan saya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Lembaga Jururawat Malaysia serta pihak Hospital Serdang:



* Adakah menjadi polisi KKM bagi menempatkan serta mendidik kakitangan di dewan bersalin supaya biadap dan kurang mesra terhadap pelanggan?



8 Adakah sikap kasar, biadap serta meninggikan suara akan dilakukan terhadap pelanggan VVIP yang bersalin di hospital kerajaan? Dan adakah adil kami rakyat biasa diperlakukan seperti ini?



* Wajarkah KKM menilai atau menarik kembali anugerah Hospital Rakan Bayi di Hospital Serdang kerana tiada bimbingan diberikan kepada isteri saya cara penyusuan bayi selain dari 'hinaan' oleh kakitangannya?



* Adakah menjadi polisi dan budaya kepada Lembaga Kejururawatan Malaysia melahirkan jururawat yang tidak profesional, tidak tersenyum dan kasar dalam mengendalikan pesakit?



* Wajarkah pihak Hospital Serdang menilai semula penempatan jururawat yang biadap dan kasar di dewan bersalin?



Saya berharap KKM tidak mengeluarkan kenyataan penafian. Lakukanlah kajian serta dapatkan respons daripada setiap pesakit dari semasa ke semasa bagi meningkatkan perkhidmatan hospital kerajaan.



Benarlah kata rakan-rakan saya yang pernah bersalin di hospital kerajaan, sikap biadap serta kasar yang ditunjukkan oleh setiap jururawat tidak mencerminkan sikap profesional dan penyayang dalam menjalankan tugas.



Apa gunanya slogan KKM 'Kami Sedia Membantu' jika sikap kakitangannya lebih gemar menggunakan slogan 'Kamu Perlu Bantuankah' untuk masyarakat? Bersama-samalah berubah supaya slogan yang diucapkan mencerminkan perkhidmatan yang ditampilkan.


IZHAR Serdang, Selangor.

69 comments:

  1. Teruknya. Biadap sangat. Menjatuhkan lagi nama hospital kerajaan. Tapi saya rasa tak semua hospital kerajaan macam tu kan. Apa yang saya pernah lihat dulu semasa kakak saya bersalin di Hospital Taiping, layanan yang diberikan agak bagus. Tak macam yang digambarkan berlaku seperti di Hospital Serdang ni. Kakak saya pun berpuas hati.

    ReplyDelete
  2. setuju dengan anda...sikap jururawat tidak mesra ini juga berlaku kepada saya di Hospital Tuanku Fuziah Perlis...di herdik,ditampar dipaha,di biarkan selama 2 jam sehingga baby hampir keluar dan terjerut dengan tali pusat....banyak lagi...KKM harus melihat hal ini dengan serius...PECAT KAKITANGAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB INI...mereka ini ibarat DURI kepada KKM...

    ReplyDelete
  3. erk..dashatnye..sampai macamtu sekali..ok..pening balik nak beranak kat kerajaan ke swasta?atau mungkin hanya di sepital serdang jururawat perangai macam tu? takut nye..

    ReplyDelete
  4. rakam dan dedah kejadian semoga ada bukti.. itulah faedah handset berkamera.

    ReplyDelete
  5. nasib baik bini aku tak bersalin kat sini.
    rasanya ia berkaitan dgn sikap manusia. terutama p'puan. segala perbuatan mrk(p'puan) biasanya ikut emosi. kalu banyak kerja + stress lagi buruk la perangai mrk.
    saya pernah teman kawan di ER hospital kelang. ramai pesakit yg kena tengking. dia buat hospital tu cam bapak dia punya. lagi la kawan saya tu jatuh motor. dikatanya rempit.
    tengok kalu p'puan jadi bos. dia buat kita ni cam org gaji dia.
    tengok p'puan yg kerja gov, yg kena layan pelanggan. lagi2 kalu dia dah nak pencen + monopos. perangai macam anjing sekor2.
    tengok pula pelayan restoran, terutama restoran tomyam. pelayan mungkin org siam / k'tan. tengok cara diorang layan kita. macam la kita ni nak makan free.
    tengok pula jabatan yg ramai p'puan. mrk tentu berpuak2. selalu kata ahli kumpulan lain tu jahat dsb. saya tau sbb mrk mengadu.
    bandingkan pula dgn layanan org lelaki. mrk lebih profesional.
    itu semua yg saya kutip dr pengalaman la.

    saya lelaki & saya bukan anti p'puan. sbb saya dah kahwin & ada anak.
    ~z~

    ReplyDelete
  6. Dedahkan aje nama dia org tu kat sini...boleh kita "siasat" "keturunan" dia org ni n org boleh berhati-hati dgn dia org....Kalau tak suka dgn kerja berhenti aje...ramai lagi yg nak kerja..

    ReplyDelete
  7. saya dah 2 kali bersalin di hospital sultanah bahiyah,alor star. dan sedang menunggu kelahiran anak yang ketiga.saya tidak bercadang pun nak ke hospital swasta disebabkan saya suka sikap profesional jururawat dan doktor2 baik doktor pakar atau doktor biasa di wad bersalin di situ.

    Alhamdullillah, so far..tak pernah lagi bertembung dengan jururawat mcm yang diceritakan kat atas ni. biasala dalam 1000 orang jururawat,mungkin ada 1-2 orang yg mcm cerita kat atas ni..tapi itu tidak bermakna semua jururawat teruk...

    kadang tu, sikap diri sendiri kene la juga cermin2kan.dah kite tengok muka nurse tu mencuka[yela kerja dieorang kan menuntut pengorbanan masa dan kudrat yang banyak]..janganla kita pun menambah2 dgn minta macam2 tak logik. kalau nurse tu mencuka, beralih la pada nurse yang muka manis..tak pun minta tolong elok2..dieorang insya allah akan layan walaupun lambat.

    utk pd yang tak tahu,kenapa doktor dan nurse di wad bersalin tinggalkan pesakit berseorangan lama2..kebiasaannya di wad kerajaan ni, dalam satu2 tempoh masa tu..cuma ada 1-2 team nurse & doktor sahaja yang uruskan 5-6 kes serentak.

    doktor dan nurse2 ni akan masuk bilik ke bilik ibu2 yg tgh nak bersalin ni secara bergilir utk pastikan semua ibu dapat bersalin dgn baik. pada yang tidak berapa kritikal ,dieorang akan tinggalkan dulu..dieorang akan melayan ikut tahap kritikal.

    bila berseorangan dalam bilik tu, dinasihatkan si ibu jangan cepat panik. byk2 beristighfar dan doa minta Allah permudahkan urusan. lagi kita panik,lagi cepat darah naik.kadang tu sebab terlalu panik , boleh kena sawan masa nak bersalin...hmm.

    2 kali saya bersalin, saya ditinggalkan hampir 24 jam dalam bilik bersalin..spjg tempoh menunggu tu,nurse dan doktor akan datang pantau scr berkala. kena la terima hakikat, ada ibu yang masuk 5 minit trus cepat je beranak.ada yang mcm saya,masuk berpuluh2 jam pun..tak beranak2 jg. itu kan bahagian masing2.

    yang penting,kita sabar dan sentiasa bersangka baik dengan doktor dan nurse2 tu..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju...nama pun manusia....xsempurna....

      Delete
    2. sekurang-kurangnya janganlah bermuka masam dan bercakap kasar, yg dilayan itu adalah orang dalam kesakitan, ada yg x berpengalaman menemani org ke hospital...tak tau apa2...di mana letaknya slogan Malaysia "budi bahasa budaya kita"?

      Delete
    3. ..saya setuju sgt dgn anda....

      Delete
    4. saya pun dah 2 kali bersalin kat hospital sultanah bahiyah tu, alhamdulillah layanan baik, nurse siap tolong ajarkan doa mudah bersalin lagi, cuma masa kali ke-2 tu bersalin tanpa kehadiran doktor, nasib baik juga nurse tu x mengelabah. baby nak terkeluar pukul 5.30 petang, doktor tgh tukar shift agaknyer..

      kepada bakal2 ibu dan ayah, apa2 pun kena banyakkan ilmu dulu, so dah boleh expect apa akan berlaku di LR nnti, internet kan ade, tanya kat org pun boleh, sbb nak tanya itu ini kat derang masa tu jugak mcm dah x sesuai.

      ada jugak nurse yg muka ketat tu, tp saya abaikan jer, saya dtg situ nak beranak, xde masa nak duk pikir nurse tu muka ketat ke longgar ke. saya buat x tau jer. x koser nak pk. janji dia buat keje ngan betul, kalau salah dan menyakitkan anak saya, saya bgtau suami, pastu suami saya komplen kat doktor. hehehe...

      Delete
    5. Macam xlogik je cite pengadu ni..

      Delete
  8. tahun lps pernah gak bsalin kat spital serdang..nyaris2 kena anto ke spital kajang..taula aku duk kajang check kat kajang gak..apesalahnye nak merase bsalin kat sane..okeykan..???tp alih2 kenalak tranfer..tp hihihi alhamdulillah last minute nurse kate xjd anto dia kate dpt satu katil tuk sy pasai pt dah blk..senang ati aku xyah kena tuka2..perut dah sakit sgt ni..kang trberanak plk kat tgh jln sape susah..diorg kate xpe ape bgtau diorg akn periksa blk pintu rahim...k la aku jeling je diorg..yela td nak anta peh tu x...tp dlm ht senyum la dpt bsalin kat hosp serdang..aku ni pendek kate mmg degil klu kate nak itu..itu jgkla aku nak ..xkan tidak..tp xd nafikan jgk tlalu ramai pskt kat dlm kat luar..tgh tggu...yg tetiba nak trberanak pun ade..siap lari2 tu diorg anto..nmpk la jgk ksbukan diorg..ht panas gak bila giliran aku ni..penangan air selusuh dah mnyenggat2 bputar2 perut aku ni..aku brsuara kat nurse ..xnak ke check aku...dia kate jap dik nnt sy check..kate aku kat nurse yg br anta pskt tu yg aku andai kan pskt tu mgkin nak beranak...saje aku tegur diorg yela xsenyum..tp sebaik senyum gak wlu hidung kembang kempis tahan penat pas lari anto pskt...di ringkas cite..aku d pggl msk tuk check..pintu rahim dah bukak 6 cm..dgr diorg call dewan bsalin ..diorg pas kat DR kate stgh jam br leh anta pasai nak clear pskt yg dah beranak dulu ..itu yg aku dgr ler..tp aku ni ht panas..kang trberanak kat sini padan muke korang...xsmpai stgh jam aku mula d hantar ke bilik yg dok sowang2 tu..aku kate mane suami aku..diorg kate sabar dik anto puan dulu..nnt pas kite check btl kita akan pggl suami masuk...lega hati aku...sambil tguling2 aku menahan sakit..xsmapi brape minute aku rs cam macam nak trbuang air besar sgt2,...aku pon jerit la..kuat2...pggl diorg..yg masuk plk Dr kecik molek..dlm ht aduhaii keciknye dia leh ke..sambut aku ni.?.mane len.?..suami plk..xmsk2 lg..dia kate kite akn pggl...pastu dia ckp ape ntah kat luar..aku dah xdgr dah..sakit beb..ibarat msk telinga kanan kuar telinga kanan lik...aku teran ikut dan aku je...yg bagus suami pun smpat msk..klu x...aku sowang ngan dia,bbalik pd asal..pintu rahim dah buka sepenuh nye..dia kate kena teran sungguh2..suami smpat tanye DR sorg ke sambut baby ni..dia kate dia hanye nurse je DR jap g masukla coz tgh sambut kes yg len..xpela aku nak beranak ni dlm stgh jam aku teran xkuar2..ape cite??dia kate sungguh2 dik..teran..k aku try sampai satu tahap aku dah fedup n gi up dah,..dia still kat bwh aku tggu baby dah kuar..penantian yg penuh kesakitan tu brakhir apbl kuar baby .,,tp xnangis dia tunjuk baby n trus bawak kuar smbil lari n jerit..baby ape ntah..xlame tu dgr gak la baby nangis alhamdulillah..suami senyum..lega hati aku..diorg suh baby tunggu luar la dah bsalin..nak jahit nurse ckp..dah abih jahit mmg perit..tp azab nak bsalin lg perit beb..lastly bab jahit dah selesai nurse pun bersih2kan aku dgn xsengaja aku trtendang nurse tu..aduh..malu n bsalahnye aku..yela kaki aku kejang beb..trkejut nurse tu..nmpk gak la merah padam n bbekas kat muke dia..tp aku rase di tahan je la kot...bkali2 aku mintak maaf..yela dia susah payah tlg aku alih2 aku bg dia tendangan percuma..sggh xpatut,...sebaik dia kate xpe xsengaja..len kali minum susu..slalu pesakit klu tgh sakit mmg d luar kawalan..maaf kan je la,sambil senyum..n keluar..pada aku.. aku respect sgt2 nurse trsebut profesional wlu dlm situasi ape pun msh terima kasih sgt2..pd korang kecil2 cili api..kecil2 sungguh byk bbudi..all nurse n DR thanks for everthing..sorang2 pun leh handle situasi..syabas...kena byk2 kan bsabar n bsangka baik..ape2 yg d lakukan insyallah btujuan yg baik...biasalakan xsemua org sempurna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh banyak shortform dan ayat yang berbelit.tak berapa nak faham.perlu baca berkali kali untuk fahamkan

      Delete
  9. herm, kena buat aduan secara rasmi kat hospital serdang nie, biar pihak berkenaan tahu. itu lah, tak semua org bernasib baik dlm hal begini. hosp gov dan swasta, masing2 ada kelebihan dan kelemahan sendiri.

    ReplyDelete
  10. Jika berlaku kekasaran, kesilapan atau apa2 yang tidak di ingini mungkin disebabkan oleh beban kerja. Disini saya membuat research tentang doktor baru lulus/graduate atau INTERN dan beban tugas mereka yang terlalu lama dan meleret panjang hingga masuk 2 - 3 hari tanpa tidur. Sila baca berikut.
    PART 1:
    Parents of aspiring children who wish to take a professional course will encourage them with full support and commitment, more so in the medical line. This is a noble profession where the person is in a position to help people alleviate their pain and stress, at the very least provides comfort with their presence.

    2. Upon completing the 5 years medical course, much to the dismay of the young graduate and the parents, the torment starts for the 2 year mandatory assignment in a government hospital as an intern.

    3. For an intern or houseman, there is an activity called TAGGING that will take 2 weeks in the department the intern is assigned to. The TAGGING starts at 7.00am and finishes at 10.00pm daily but mostly ends much later. During this period, no off day is accorded for 2 weeks stretch or at times more than 3 weeks without a single off day. Should the TAGGING be performed without any problem, the intern will then proceed to perform their duty on their own or solo. This will take place at least 6 times at 6 different departments during their tenure as an intern for 2 years.

    4. As a solo, the intern has to be in hospital before 7.00am and ends at 5.00pm, but again this is never the case where the duty ends at 8.00pm or longer. If they are rostered for NIGHT REVIEW, work starts before 7.00am and ends at 10.00pm, which the intern chuckingly calls this OVERTIME WITHOUT PAY.

    ReplyDelete
  11. sambungan INTERN PART 2:
    6. This stretching of the work hours, coupled with seniors bullying the interns with doing the seniors’ report writing, cause unnecessary stress and resentment from the interns. If this is meant as a learning process, then the combination of work load should be adjusted and distributed evenly among all interns. The interns lose their sleep and are expected to perform as well and consistently every day. This is quite difficult even if they are young and enthusiastic, because the law of nature dictates otherwise of the human body and mind. They lose their focus and can cause harm to people they are supposed to treat. Talking of the seniors or medical officers or specialist, their ethics should also be reviewed, especially about making derogatory remarks, shouting and issuing negative comments in front of patients. Even patients hearing the senior’s remarks are disgusted and inform their dislike to the intern. This further adds the stress and torment of the interns and there has been a case where the intern quits on a 24 hour notice citing disrespect by the profession after all their effort put during their studies. While other interns are waiting for ‘passes’ to get out and away from the 2 year period.

    7. Adding to the disrepute and disrespect to the profession, is taking away meal time and prayer time for Muslim interns. These are regular privileges accorded to any employee and if the doctors are too busy a lot or overloaded with work, the government should embark on an effort to increase the doctor to population ratio and bring some dignity to the profession. Currently these are sheer and blatant violations of the employee rights

    8. In conclusion, the intent of this note is to appeal to the authorities to evaluate the position and work conditions of the young doctors during their 2 year internship. This is the formative years, which like any other vocation becomes their foundation for future performance. We ask ourselves why the young medical graduates do not want to come back and those that are good offer their services outside the country. We are also confronted with a fair share of incidents in the government hospitals, which sometimes tend to pour blame on the source of the education system and not look at where they are currently trained and serving, and their work conditions. Let this note be the starting point for further evaluation of the present system, even though other similar articles were also sent in previously. If the people responsible do not act on this, what we will have is a situation where dissatisfaction breeds vengeance, where the new batch of young doctors will be subjected to the same disrespect and mistreatment, and this will never end, thus putting our medical profession in a vicious cycle.

    I am willing to come forward should this becomes necessary and can be reached at makundang@yahoo.com

    ReplyDelete
  12. Mohon maaf, tertinggal lak item 5: INTERN bersambung...(Trima kasih webmaster, semoga dirahmati kerja yg baik).

    5. During this period the intern can be rostered to be ON-CALL the next day, which starts before 7.00am until the NEXT DAY at 5.00pm, which totals up to 34 hours non-stop work, again the chance of it being more than 34 hours do occur! After this marathon of a work, the intern starts work the next day before 7.00am till 5.00pm, without any off day accorded. From what we understand, the Labour Law states that for every shift duty there must be an off day a week. This is practiced in the airline industry for pilots, who are charged with the safety of human lives under their wing, thus having to be mentally and physically fit to fly. This is the same for doctors who have the lives of patients who they diagnosed and treat with the best attention and precision required. Can this be achieved by a regular person after a 34 hour work marathon?

    ReplyDelete
  13. Assalam,

    Zura bersalin kedua2 anak di Hospital Sg Buloh dan mendapat layanan yang sangat baik daripada staf nurse dan doktor. Anak yg pertama lahir May 2008 dan yg ke2 Jun 2010. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun sakit bersalin 3 hari 3 malam tapi pengalaman bersalin di Hospital Sg Buloh adalah sangat baik.

    Mungkin ada sesetengah staf nurse yang stress pada waktu2 tertentu.. tekanan kerja mungkin. Simpati pada isteri LHakim untuk pengalaman pertama itu mesti dia akan teringat2 sampai bila2.. tentu juga dia akan fobia utk kelahiran akan datang.. mungkin LHakim boleh naikkan semangat isteri dan bantu dia dari segi fizikal n mental untuk dia merasa lebih tenang dan selesa.

    ReplyDelete
  14. ermasha
    assalam ,
    saya bersalin anak ke 3 di hospital serdang pada 21/11/2010 so far layanan semua doktor dan nurse di hosp serdang amat memuaskan hati.mungkin dlm banyak banyak nurse dan doktor ada yg berperangai seperti itu dan tidaklah semuanya .mungkin segelintir sahaja .

    ReplyDelete
  15. Salam,

    Isteri saya baru bersalin di Hospital Serdang pada 29 Jun baru ni dan kemudian baby masuk NICU...dkt seminggu lebih sy ulang-alik Hospital dari rumah. Secara keseluruhan saya amat berpuashati dengan tahap profesionalisma kakitangan hospital serdang.

    1st,
    nampak sangat Izhar ni tak buat homework sebelum bini dia bersalin. cth ayat dia 'memasang wayar intrevena tanpa memaklumkan prosedur' hehehe ini mesti dia belagak poyo dengan nurse dan staff masa tuu..dah lah tak buat homework..

    Cth kedua; 'Jururawat bertugas mengingatkan kami, sekiranya mereka meninggikan suara jangan anggap mereka kasar. Itu adalah prosedur biasa bagi membantu ibu bersalin.' adehh betul la Izhar ni jahil tapi nak tunjuk pandai...kalau saya jadi Doktor dan nurse dengan berpuluh lagi orang nak layan..hmmm entahlah



    2nd,
    Sebelum kita nak komplen, cermin diri dahulu..Sepanjang tempoh isteri saya di wad 5f atau NICU, sy ada berjumpa lah dgn pesakit dan suami kaki komplen ni (sy panggil species X)...tapi doktor dan nurse yang samalah yang menguruskan isteri saya. kami tak ada masalah langsung dengan mereka dan layanan mereka pada kami sangat tip top...Bila sy tgk, jumpa dan mengenali species X ni...kesimpulan saya adalah 99% masalah mereka berpunca dari sikap dan mindset mereka sendiri. Salah satu yang menggelikan hati saya bila ada dua ibu berpakat mengatakan nurse-nurse mengutuk diorang kat belakang sedangkan kita semua dlm wad NICU tahu diorg tak ada masa nak buat benda-benda tuu...It's all in our mind..

    tq
    paksu27

    ReplyDelete
  16. ingat satu jari menunding pada org lain yang 4 lagi pada kte...xkn berlaku sesuatu perkara itu hanya dsbabkan sbelah pihak...muhasabahlah diri dulu sblum myalahkan org lain..pandai2lah bawa diri di tmpt org..

    ReplyDelete
  17. saya bersalin kat hospital serdang baby tak cukup bulan. plg sedih pihak hosptal tak letak baby dalam incubator seperti di hospital lain walau x cukup bulan. hal ini telah menyebabkan baby saya meninggal 2jam selepas dlahirkan kerana tak terima bantuan yang sepatutnya seperti baby tak cukup bulan di hospital lain.

    ReplyDelete
  18. Biasa a tu. nurse2 kat situ bkn 1 hari kerja kat sana. mungkin ada yg bertahun2 kerja. mcm2 perangai depa kena hadap. ken plak yg mengada2. aduss... sakit hati. kalau sorng takpe. kalau 30 org sehari tak ke naik angin. tu baru sehari, kalau seminggu, sebulan? kalau rasa hospital serdang ni layanan tak elok. elok terus ke hospital jer. diorangkan layan baik. tak gitu. sokong kenyaataan paksu27.

    try la dok seminggu dngn staff2 hospital serdang baru anda akan tau betapa peritnya kerja dengan public. nasib baik diorang semua sabar. kalau tak sabar rasanya dah tutup hospital tu..

    tq
    pakteh28

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum....
    sedih jga dengar cerita ni...maruah tuk kakitangan..sebab seorang semua kena...

    ReplyDelete
  20. Servis kat Hosp. Serdang tu memang sgt teruk..sy ade xperience hubby msk hospital serdang sbb xcident...dahla bile kite btanye buat2mcm x dengar aje..nak kate pekak x jugak..tp tulah smp bkali2 kite ckp kat muke dorang tu baru nak jawab..sy pun pelik nape dorang bersikap mcm tu walhal bukanke keje dorang tu...susah sgt ke pun nak menjawab...tah ape2 nak2 lagi yg ade kat bahagian kecemasan...tp pengalaman bersalin di Hospital Sultanah Bahiyah memang seronok..layanan n servis mcm private hospital pulak..tambah yg dekat labour room semua baik2..

    ReplyDelete
  21. Saya dulu lahir dekat hospital swasta pun dapat layanan teruk..Sampai saya fobia, jururawat di situ layan saya teruk dan marah2 even saya dah bayar utk service kat hospital tu..

    sekarang dah 3 tahun, sampai sekarang teringat lagi..tapi saya kuatkan semangat, saya berdoa jika saya ditakdir mengandung lagi, moga semua urusan bersalin dimudahkan olehnya..amin.

    ReplyDelete
  22. tk semua misi camtu....kdg dlm kekalutan mana sempat nak tgk org...senyum n beramah mesra..yg ada dlm kepala kami hanyalah nyawa pesakit dan nak segala nya berkhir dgn selamat...kdg..org kita ni tak tau bersabar....apapun setiap manusia tak sempurna..buang yg keruh ambillah yg jernih.....

    mamamisi

    ReplyDelete
  23. lain orang,, lain pengalamannye.. saya ada 4 orang anak dan kesemuanya lahir di hospital kajang. alhamdullillah tiada pengalaman pahit yang dialami.. malah saya rasa khidmat yang diberi di hospital kajang semakin baik serta mesra... sekarang saya sedang menghitung hari untuk menyambut kelahiran yang ke-5...

    ReplyDelete
  24. Saya pun bersalin kat Hospital Serdang.. sangat ok, Alhamdulillah,rezeki dan nasib menyebelahi saya. Layanan dan servis semua ok. Kena bebel sikit2 dgn misi tu biasa la..

    ReplyDelete
  25. Saya takut nak bersalin di hospital serdang. sbb byk aduan yang x sedap didengar dr jiran2 saya mengenai hospital serdang. Ya saya mengerti Hospital berkenaan terlalu sibuk terlalu ramai org yang mendaftar masuk. Jadi nurse dan doktor x boleh nak beri layanan istimewa yang diimpikan oleh orang ramai. Sebab ramai orang sakit yang menunggu. Kalau dah bersalin pun cepat jer keluarnya. Sebab katil x cukup. terlalu ramai orang yang bersalin.

    Tapi saya mengucapkan tahniah yang sungguh besar dan ikhlas pada Hospital Putrajaya. Layanannya sungguh sopan santun dan baik budi bicara. Sungguh tertib mengikut prosedur. Saya kagum dengan Hospital Putrajaya. Saya berbangga menjadi pesakit dan bersalin disana. Kami bukannya org kaya.berpangkat tinggi. Cuma org biasa yang gaji hanya cukup makan. Tapi layanan yang diberi sungguh baik dan tertib.

    Saya berharap Hospital lain perlu mencontohi kewibawaan dan cara kesopanan staff di Hospital Putrajaya. Bukan Hospital kerajaan jer tetapi hospital swasta juga perlu mencontohi Hospital Putrajaya. Sudah byk hospital yang saya pergi tapi Hospital Putrajaya yang memberi good service.

    ReplyDelete
  26. Saya fikir bakal bapa seperti kamu tidak layak menghantar isteri untuk bersalin ke hospital kerajaan.

    Saya dapat rasa sesuatu yang tidak kena dengan peribadi kamu sehingga seluruh staf yang terlibat dalam cerita ini membenci kamu.

    Kamu selayaknya menghantar isteri ke hospital swasta yang memberikan layanan di raja bergantung kepada tebal dompet di kocek seluar kamu.


    Apapun, tahniah kerana dapat zuriat yang sihat dan semoga jadi bapa yang bijak emosi dan pemikiran.

    ReplyDelete
  27. mmg la kalau kerajaan tapi tgk nasib la kalau dapat doktor dan nurse yang baik ok la ,kalau x nak wat macam mana , kalau ikutkan mmg la swasta lagi bagus kalau dari segi layanan, suami boleh tunggu kita kiranya ada la org yang jaga kita , kalau kerajaan xleh , apa2 semuanya kita wat sendiri . tapi kalau nak bersalin swasta poket kena la tebal kalau bersalin normal dalam 2000 operation 3000 ke 8000 bergantung pada hospital la

    ReplyDelete
  28. pengalaman bersalin di hospital taiping perak lagi menakutkan bg saya sebsb tu 4 thn saya tak berani mengandung dan sekarang bru mengandung dan tunggu masa jee...sebab di bilik bersalin sampai ke wad sama jee biadabnya dan masa lahirkan anak ke 2 anak mujur tak jth dan di biarkan saya meneran sendiri dan masa scan dktr pakar kta 3.35 sje bila klr 3.75 dan lps baby klr kita ni tak smpt mnm dan mengucap dah nak di jht dan alasan mcm2 tu ckp dkt suami azab sungguh mereka bt kami para isteri 2 yg bersalin kenapa ingat kami tak de suami dan tak mampu byr bil .tolonglah kementerian kesihatan ambil berat dan jgn pandang ringan sbb ini libatkan 2 nyawa bukan patung ,kami pun fhm di bilik bersalin sibuk tapi sebetulnya tak sibuk ada masanya dan cuma alasan pihak tersebut ..sedih walaupun negara dah maju tpi sifat kemanusian dan ihsan tiada pada hospital kerajaan taiping ..kalau tak nak berikan sifat prihatin dan brttanggung jwb bg urusan bersalin ni kpd bidan 2 kampung kalau rasa kami ni menyusahkan pihak tersebut ..terlampau fobia dan menakutkan walaupun dah 4 thn berlalu kesannya besar kpd kami...hargailah 2 nyawa yg di amanahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang btl pun hospital taiping teruk,adk sy pernah kursus disana(jururawat),adk ckap nurse2 kat sana suma hampeh,suka maki n marah2..wlpun x mampu nak snyum.mungkin byk keja tapi jgn la berkasar n maki orang..da lah sakit..bertambah lagi la sakit..ingat la e2 tgungjwp korg,suma tu akan disoal di akhirat kelak.

      Delete
  29. Mamat IZHAR ni ingat hospital ni bapak dia punya.Dah tahu bini nak bersalin, buat lah homework pasal proses delivery etc.Jangan harap masuk wad bersalin doktor2 ni ada masa nak layan kau bagi briefing etc.ko ingat ko ni menteri or Sultan ke?nak bagi red carpet bila masuk ward?
    Nak special treatment, boleh.Berambus la pergi hospital swasta.tapi bayaran bukan dua ringgit la mcm hospital kerajaan.kat swasta, ko nak briefing 3jam pun takpe.


    Dr Bengang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dr bengang yang bangang.... takde budi bahasa ke????
      ni la kot salah sorang dr junior yg perasan bagus....

      Delete
    2. mcm ni ke doc? ayat xmelambangkan pendidikan anda yg tinggi...bek muhasabah diri tuh...kerja tu ibadat...buatla dengan ikhals, in sha allah, allah akan bg ganjaran yg besar....

      Delete
  30. Saya pon ingin berkongsi.. Maaf Dipohon jika menyinggung pembaca dan staf nurse..

    Memang diakui kerja nurse ni letih... Jika seseorng itu berhati mulia insyallah sikapnye pun baik...

    Pengalaman saya, isteri masuk wad di sepital Serdang (akibat muntah2, tak lalu makan ketika mengandung 34 minggu)Apa yang saya lihat staf disana muda2 N mugkin kurang pengalaman bahkan doktor nye pon muda2.. saya ter paksa menunggu 9jam untuk mengeluarkan isteri saya dari wad.. mungkin kesilapan saya sendiri banyak tanyer di kuanter nurse...

    Sebab itu juga saya disuruh pergi bayar bil, bila bayar org yg kutip bil cakap doktor tak sain lagi pelepasan isteri saya... Masalahnya nurse sudah memaklomkan isteri saya bleh keluar seawal pagi lagi (siap bagi note suh p bayaq bil)... (sampaila kuanter bil tutup saya tunggu)..

    Saya bayar di kuanter kecemasan selepas 9jam menunggu...(tupon saya suh call doktor yang bertugas) mungkin sikap saya yg banyak bertanya itu membuatkan saya dibuli.. Wallahualam..

    Mudah saje kalau nurse ikut piagam yang telah dibuat... mesra pelanggan... ataupun gimik je piagam itu.. he..

    saya maafkan mereka..

    ReplyDelete
  31. saya bersalin kali pertama di hospital serdang & pernah masuk wad selama 10 hari ketika mengandungkan anak pertama tu.
    alhamdulillah rezki saya dapat layanan baik drpd nurse & dr.ketika dlm labor room, nurse mengingatkan saya surah2 yg patut dibaca & ajar mcm mana nak meneran.
    dan untuk kelahiran ke-2 ni pon, saya bhasrat bsalin di hospital yang sama juga.semoga proses bersalin nnt dipermudahkanNYA.amin

    ReplyDelete
  32. aku rasa tuan punya blog nie pun tak betul jugak kut.. ada benda aku rasa macam x betul je dia tulis.. cth : sambut baby masa bersalin 'jururawat masyarakat' macam x betul je.. klu kat klnik desa ke klinik kampung mungkin la..
    setakat nie aku dah bersalin 2 x kat hosp. kerajaan ok je.. biasa la kena tegur.. nurse2 bukan nak layan kita sorang je.. harap pas nie jgn la negetive sangat ngan hosp kerajaan... pergi la hospital swasta sampai ke langit sekali pun klu ada problem dia kan refer ke hosp. gomen jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas aku tgk sendiri semalam doktor sendiri yg kurang ajar dengan pesakit diabates kronik..sampai meninggal orang tu..kau rasa nurse2 dan doktor di hospital serdang ni patut diberi muka ke..kalau mudah sangat tensyen dan tak ikhlas kerja sbb gaji ciput...keluar..berambus..pi kerja swasta..haramjadah perangai sekor2

      Delete
  33. saya pernah bersalin di Hospital Serdang pada 12/3/2010. alhamdulillah, rezeki saya dan suami dpt dr dan nurse yg baik2 walaupun terpaksa berulang alik dr rumah setiap hari ke hospital memandangkan tiada ward kosong. tu sume kami x kisah, yg penting dr sntiasa bg moral support pd saya dan suami. Dari pagi smpai petang baru saya dimasukkan ke ward. malam tu saya dah rasa sakit dan terus ditolak ke labour room sementara nurse berusaha untuk menelefon suami saya untuk segera ke hospital. sepanjang saya di labour room dari kol 2 pg smpai kol 6 hanya suami dan nurse yg bertugas shj di bilik tu. sesekali ada jgk dia kluar tp dia x henti2 monitor saya.. saya bersyukur sbb nurse mengingatkan suami saya agar ajar saya berzikir dan membaca surah2 supaya saya rasa kurang sakit.. alhamdulillah setelah pukul 8 lbh, saya dah rasa nak bersalin dan rezeki saya ada 3 org Dr n beberapa nurse yg bantu saya untuk proses kelahiran saya.. akhirnya saya selamat melahirkan bayi lelaki dengan support suami, Dr2 dan Nurse di situ. mereka mengucapkan syukur alhamdulillah dan bertepuk tangan dengan semangat yg saya dan suami berikan untuk tempoh kelahiran bayi kami... jutaan terima kasih yg x terhingga kepada semua nurse2 dimana jua anda berada,... cuma satu jer pesan saya, jg atituted kita, jgn terlalu sombong, cerewet, dan terima apa jua nasihat yg diberikan..sebenarnya semua hospital swasta dan kerajaan sama jer. bezanya klu nk di layan mcm vip ker kena laa kluar duit beribu. klu hospital kerajaan mmg peralatan semuanya lengkap..

    ReplyDelete
  34. Jururawat skrg mmg berlagak sombong, klu x minat keje jururawat jgn jadi jururawat. Keje dah lah x ikhlas dpt gaji pun x berkat.

    ReplyDelete
  35. assalam.. kalo blum buat aduan, sila la buat aduan di http://hserdang.moh.gov.my/modules/liaise/?form_id=2.. smoga kakitgn h.serdang bleh reflect kesalahan mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tarak guna la..email mcm ni semua diaorang mana nak kisah..semalam 26hb 2012 di hospital serdang..wad diabetes tingkat 7 wad 7a..ni i nak perli seorang doktor perempuan pukimak yg jaga shift tengah hari kat sana..kalaulah dia baca atau sesiapa kat hospital serdang pukimak ni baca..

      Gara2 mulut pukimak kau ha perempuan dajjal..seorang makcik yg tak boleh bercakap (sedang pakai oksigen) di penhujung nyawa dia..kau sempat lagi kurang ajar dgn org mcm ni ya doktor pukimak perempuan sekor ni..babi pukimak punya doktor..aku tak peduli lah kau tensyen mcm mana..apa masalah rumah tangga kau..tapi kalau deal dgn orang tua especially yg tengah sakit..kau tak da hak langsung utk bckp dgn takda adab..kalau doktor pun dah mcm tu..ni kan jururawat pukimak yg ada..haramjadah..biar sekor2 doktor dan jururawat sekali mampus..ya Allah kau balas la perbuatan kurang ajar mereka ni..kepada doktor dan jururawat hospital sial serdang..kalau korang tak nak kerja dengan ikhlas bantu rakyat..especially betina2 yg jadi jururawat dan doktor kat sana..korang tukar profesion jadi pelacur lah lagi bagus...sial pukimak tul

      Delete
  36. komen yang positif ngan negatif mcm sama byk je..erm..saya merancang untuk bersalin di hosp serdang..due awal bln 3 ni...harap2 semuanya berjalan lancar...ada seorg doc bg tips kat saya..kalo guna khidmat hosp kerajaan ni kita kna byk senyum ngan doc n nurse2 yang bertugas...be humble katanya...jgn tunjuk pndai sgt...erm..manusia ni kan makhluk yang beremosi..kalo kita buat baik insyaallah kita akan dilayan dgn baik blk..n pada tuhan kita berserah..=)

    ReplyDelete
  37. aku malas nak cerita banyak...ni pengalaman aku kat spital serdang..aku masuk wad sebb aku xcident...kaki aku patah...ada ke patut dia cakap aku ni mat rempit..bingai punya nurse..aku ckplah aku bru balik kerja..aku kena langgar dgn kereta..bukanya aku pi berlumba..M.O.T.S Janganlah sangka kami yang naik motor ni semua mat rempit...

    ReplyDelete
  38. Ermmm..mmg begitulah sikap2 nursse di sepital kerajaan ni sbb tu aku pilih swasta...biarlah bayaran mahal sedkit tapi kita yg tgh sakit ni rasa berbaloi...cuba la kalain tgk kat youtube....bersalin kat luar negara ....mmg bagus layanan para bidan disana....pihak kementerian harus menimbang hal ini....tapi agaknya maner ader menteri yg bini2 mereka bersalin kat sepital kerajaan kot.hiiii..entahlh...pada para bakal ibu please lah kalau tak nak mengalami perit jerih kamai yg pernah lalui di awal kehamilan kumpulah perbelanjaan dia harap pihak kerajaan juga dapat memantau pihak hospital swasta supaya tidak mengenakan caj yg melampau..sbb tujuan yg sama ialah menyelamatkan nyawa......nak aku ceritakan perngalaman pertama aku usahlah menambahkan sakit hati jer.....untuk para suami...set dlm diri & minda masing2 supaya menempatkan isteri yg membawa zuriat di tempat yg selesa.....mmg sakit nak beranak tapi yg menanggung sakit tak sama...

    ReplyDelete
  39. aku rase kalau nak jadi nurse kene la tahan physically n mentally..lgpn korg berdepan dgn nyawa org..bukan patung..kalau rase taleh tahan stress or tekanan time kerja, aku suggestkan nurse2 yg berkaitan tu crik je la keje lain..da la gaji korang hasil kutipan cukai2 rakyat gak..sedar la diri tu skit..

    ReplyDelete
  40. first..congratulations for ur newborn baby! mabruk! =) For me, ur complaint is sound and valid. it's true that our hospital nowadays do treat people badly. and do talk about patients behind their back.~i'm a doctor, i'm not assuming this, i know.
    they even talk bad about their colleagues, let alone their patient. and i'm trying hard not to be one..u know, it's a conducive environment to do so... too bad~
    However, there are still more than a few good hospital attendants but not as many as the bad one, i guess.. it's a fact, malaysia's moral value nowadays is deteriorating. doctors think they are someone who need to be respected for their knowledge while nurse think they are highly skilled than others. i'm not saying they are wrong but u don't expect people to think that, cuz my...at the end of the day. it's not skill and knowledge that cure people. it's GOD, ALLAH. the drs and nurses efforts are down to nothing except if we r genuinely trying to help our patient with ur knowledge and skill. i always hope the hospital staff realize this..and i'm reminding myself too..insyallah
    and for patient, we do expect pt to read about stuff and to ask things that u do not understand, and we are sorry for we could not read ur mind. i don't think u are one who does not try to educate himself, as u do have the basic knowledge on what the hosp staff was doing. alhamdulillah. keep up the good work, and try to keep ur pray at masjid, especially subh and isya'. insyallah one day, islam will be held high in Malaysia, and where Islam is practised, i assure u, u will find much more humble hospital insyallah. why am i saying islam is not practised here, it's obvious, even the staff is not covering their aurah. do some research on why the nurse have to wear their scarf inside their shirt. ok and many doctors take prayer easy. well, the staff who keep their prayer, u will recognize them. trust Allah, he says so. ok.
    wassalam

    ReplyDelete
  41. Pengalaman saya bersalin dihospital serdang agak perit. Kini saya mengandung lg, dn berharap dpt bersalin di hospital putrajaya. Masalahnyer ramai yg kate kalau u bkn kakitgn kerajaan jgn haraplah dpt bsalin di sana. Any suggestions? Harap ade yg penah bersalin disana dpt bkongsi pengalaman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, saya bersalinkan anak sulung di hospital putrajaya pada Sept 2009..masa tu dh hujung ramadhan dan ramai staff yg dh mula bercuti..ibu2 yg nk bersalin ramai but those yg tinggal utk bertugas di LR memberikan layanan yg baik kepada saya dan suami..suami bersama saya seawal bukaan4cm hingga melahirkan..saya sgt berpuas hati dgn layan yang diberikan berbaloi dgn bayaran yg sgt murah dikenakan..dan insyaallah akan melahirkan anak kedua awal jun ini dan harap dapattempat untuk bersalin di Hosp. Putrajaya sekali lagi..

      Delete
    2. Saya setuju dgn anda.. Hospital Putrajaya memang bagus.. Saya dah 2 kali bersalin kat sana.. sekali bersalin normal dan sekali bersalin secara operation.. mmg layanan mereka amat memuaskan.. saya amat berpuas hati dan terhutang budi ngan staff dan doktor di sana.. Saya mmg syorkan pada ibu yang nk bersalin tu cuba bersalin di hospital putrajaya.. Anda takkan menyesal..

      Delete
  42. Saya bersalin ank kedua di hospital serdang...so far ok je....nurse or dr muka msm sikit2 tu adatlah...penat bekerja...industri lain pun sama...in fact mcm sy keje kt bank pun kdg kala letih layan kerenah custr...nk lagi yg jenis xsabar n suka maki2 ni...manusia....seribu satu mcm perangai....xperfect...Allah jua yg sempurna....perit atau seronok pengalaman timang ank di mana2 jua hospital...Allah yg tentukan.... Dh bhgn anda Allah nk uji dgn sedikit kesusahan...xperlu nk mengeluh...istighfar...mohon ampun pd Allah....mungkin itu petunjuk dr Allah..mana tau tanpa kita sedari..ada kesilapan yg kita lakukan...dan Allah sedang memberi peringatan pd anda wahai en izhar.....

    ReplyDelete
  43. Ada duit...better gi Hospital Swasta...tapi Hospital Swasta pun bukannya semua okay... Kalau kurang budget, gi je la Hospital Kerajaan dan berdoa banyak2... Adik saya sendiri M.O di Hospital Serdang so nak kata lebih-lebih pun tak boleh la tapi dari pengalaman dulu wife melahirkan anak kembar better Hospital Swasta... Masa tu gi Hospital Pantai Indah di Pandan Indah... Kawan ayah yang jadi Doktor sambut bersalin so tak tau la kalau ini memainkan peranan dapat layanan baik time tu...

    ReplyDelete
  44. hmm...pro & kontra sama bnyk...tapi yg sbenarnya...segelintir jururawat & doktor kerajaan mmg ada yg x beradab...dorg ingat, pangkat dorg tu dah tgi sangat agaknya..psiko punya org...saya dan suami adalah k/tangan awam yg agak berjawatan, pernah mendapatkan rawatan d hospital kjaan (masuk wad)...baik sangat layanan nurse & doktor pada kmi...malangnya, selepas giliran kami adalah sepasang suami isteri yg tua (kelihatan mcm x berpelajaran @miskin)bukan main lagi doktor & nurse itu bercakap kasar dgn pasangan suami isteri tu...(macam pilih bulu nampaknya...) smpikan suami saya x tahan & menegur doktor & nurse itu yg agak kasar melayan org tua tadi...tau apa doktor tu jawab..."Mr. dorg ni dah kali2 masuk. Ampus. Yg bininya pun satu. kmi cakap pun x mau dengar...dah biasa la kmi layan dorg mcm ni." aik...pelik betul kan...sudah lah org tua, sakit lagi, pastu kelihatan kotor2 @miskin, dilayan dgn cara kasar kah?

    ReplyDelete
  45. salam, sy bersalin anak pertama di hospital selayang, alhamdulillah semuanya ok, doc n nurse dh mcm pom2 girl kt tepi sy memberi semangat utk sy terus meneran :)layanan yg diberikan sgt2 baik, mungkin sbb pangkat kerja sy n suami sy kot.. tah la.. adik sy bersalin hari yg sama sgn sy, di hospital sg. buloh, layanan yg diberikan sgt2 buruk, kesian sy dgr.. dia bukan org yg berjwtn, sama dgn suaminya :( sgt2 kesian, bila dikatakan dia ditengking2 sbb xkuat meneran :( dh la sakit, ditengking2 pulak, katanya semua org di labor room tu pun mmg dilayan mcm tu, dia tnya sy, adakah dia dpt layann mcm tu sbb dia duduk di kelas 3, xmcm sy mendpt layan kelas 1 huhuhu, xbaik mcm tu :(

    ReplyDelete
  46. gua pun ada pengalaman yang kurang lebih serupa..

    2005.. hospital selayang.. isteri bakal melahirkan anak sulung.. jururawat amat biadap.. jika gua hilang pertimbangan, mau saja gua tumbuk mulut jururawat kat situ..

    kemudian..isteri gua jadi bahan kajian.. sedang sakit nak bersalin, datang seorang doktor senior bersama beberapa org doktor muda (pelatih barangkali).. mereka mengelilingi isteri gua yang sedang sakit dan berbincang sesama sendiri.. doktor senior tanya soalan, doktor muda jawap soalan..

    selepas 9 jam bertarung nyawa, akhirnya sorang doktor muda datang jumpa gua.. katanya anak kami dah hampir lemas.. dia kata perlu dibedah.. gua kata bikin la apa yang patut..

    selepas dibedah..anak gua keluar tanpa suara.. doktor syak lemas.. kemudian dibawa ke NICU.. seminggu jugak la dia duduk di situ.. alhamdulillah..semua selamat..

    selamat memang la selamat.. tapi layanan di hospital selayang bikin gua punya isteri serik.. gua pun berazam.. gua akan kembali menggunakan khidmat wad bersalin hospital selayang sekiranya semua hospital dalam dunia dah musnah terbakar.. heh..

    (jawa peranakan)

    ReplyDelete
  47. hi nama saya Ida ...
    due 8/10 ni
    baru plan n berkira-kira nak bersalin di Hospital Serdang tp jadi takot lak bila baca artikel ni ;(

    ReplyDelete
  48. sy pun pernah ke hospital serdang. Tapi bukan bersalin. Saya kene buasir dan buasir tu perlu dibuang.
    Layanan : sangat LOW CLASS.
    Doctor pakar yang check sy week by week.
    Tibe2 hari major surgery tu tukar doctor plak. Sbb doctor pakar sibuk dgn doctor2 pelatih. OMG
    Bile doctor lain tibe2 handle case ni. mmg lah dia x tau ape2

    Dlm bilik surgery sy tanye doctor tu . "Doctor, ade ubat bius x? saya takut sakit."
    Tibe2 Nurse yg jawab ; "Eh.. kalo nak bius tu procedure lain. Kenapa x ckp awal2" WHAT the F la.
    bukan ke benda2 mcm ni doctor yg bg advise ??

    aku di 'kerja' kan hidup2. sgt sakit. surgeri tanpa bius.
    menjerit sakit yg teramat!!

    dah siap tu..Nurse tadi boleh suruh aku jalan kaki ke bilik wad aku.
    Aku merayu.."saya sakit ni. x boleh jln. tlh tolak boleh?"
    dengan nada bengis , nurse tu ckp. "Org sakit bersalin pun boleh jalan kaki Jangan nak mengada-ngada"
    OMG.. kalo aku boleh bangun, aku pun x hengen nak mengada2.

    Sejak tu aku Fobia sgt2..
    Surgeri tu pun x berjaya rupanya.
    Aku nekad follow up kat hospital Pusrawi KL
    Layanan 360 degree berbeza.
    dan diberi bius. X rasa sakit langsung!
    Dan alhamdulillah..aku dah sembuh 100%.

    Bila nak bersalin tahun lps , mati2 pun aku x nak ke hospital serdang. Sgt FOBIA dgn service kat sane.

    kpd nurse yg dah buat aku mcm tu, aku doakan ko akan terima pelajaran yg baik sgt di masa akan dtg!.

    Sekian.

    ReplyDelete
  49. sy pun pernah ke hospital serdang. Tapi bukan bersalin. Saya kene buasir dan buasir tu perlu dibuang.
    Layanan : sangat LOW CLASS.
    Doctor pakar yang check sy week by week.
    Tibe2 hari major surgery tu tukar doctor plak. Sbb doctor pakar sibuk dgn doctor2 pelatih. OMG
    Bile doctor lain tibe2 handle case ni. mmg lah dia x tau ape2

    Dlm bilik surgery sy tanye doctor tu . "Doctor, ade ubat bius x? saya takut sakit."
    Tibe2 Nurse yg jawab ; "Eh.. kalo nak bius tu procedure lain. Kenapa x ckp awal2" WHAT the F la.
    bukan ke benda2 mcm ni doctor yg bg advise ??

    aku di 'kerja' kan hidup2. sgt sakit. surgeri tanpa bius.
    menjerit sakit yg teramat!!

    dah siap tu..Nurse tadi boleh suruh aku jalan kaki ke bilik wad aku.
    Aku merayu.."saya sakit ni. x boleh jln. tlh tolak boleh?"
    dengan nada bengis , nurse tu ckp. "Org sakit bersalin pun boleh jalan kaki Jangan nak mengada-ngada"
    OMG.. kalo aku boleh bangun, aku pun x hengen nak mengada2.

    Sejak tu aku Fobia sgt2..
    Surgeri tu pun x berjaya rupanya.
    Aku nekad follow up kat hospital Pusrawi KL
    Layanan 360 degree berbeza.
    dan diberi bius. X rasa sakit langsung!
    Dan alhamdulillah..aku dah sembuh 100%.

    Bila nak bersalin tahun lps , mati2 pun aku x nak ke hospital serdang. Sgt FOBIA dgn service kat sane.

    kpd nurse yg dah buat aku mcm tu, aku doakan ko akan terima pelajaran yg baik sgt di masa akan dtg!.

    Sekian.
    -Sha-

    ReplyDelete
  50. sy pun pernah ke hospital serdang. Tapi bukan bersalin. Saya kene buasir dan buasir tu perlu dibuang.
    Layanan : sangat LOW CLASS.
    Doctor pakar yang check sy week by week.
    Tibe2 hari major surgery tu tukar doctor plak. Sbb doctor pakar sibuk dgn doctor2 pelatih. OMG
    Bile doctor lain tibe2 handle case ni. mmg lah dia x tau ape2

    Dlm bilik surgery sy tanye doctor tu . "Doctor, ade ubat bius x? saya takut sakit."
    Tibe2 Nurse yg jawab ; "Eh.. kalo nak bius tu procedure lain. Kenapa x ckp awal2" WHAT the F la.
    bukan ke benda2 mcm ni doctor yg bg advise ??

    aku di 'kerja' kan hidup2. sgt sakit. surgeri tanpa bius.
    menjerit sakit yg teramat!!

    dah siap tu..Nurse tadi boleh suruh aku jalan kaki ke bilik wad aku.
    Aku merayu.."saya sakit ni. x boleh jln. tlh tolak boleh?"
    dengan nada bengis , nurse tu ckp. "Org sakit bersalin pun boleh jalan kaki Jangan nak mengada-ngada"
    OMG.. kalo aku boleh bangun, aku pun x hengen nak mengada2.

    Sejak tu aku Fobia sgt2..
    Surgeri tu pun x berjaya rupanya.
    Aku nekad follow up kat hospital Pusrawi KL
    Layanan 360 degree berbeza.
    dan diberi bius. X rasa sakit langsung!
    Dan alhamdulillah..aku dah sembuh 100%.

    Bila nak bersalin tahun lps , mati2 pun aku x nak ke hospital serdang. Sgt FOBIA dgn service kat sane.

    kpd nurse yg dah buat aku mcm tu, aku doakan ko akan terima pelajaran yg baik sgt di masa akan dtg!.

    Sekian.
    -Sha-

    ReplyDelete
  51. Sepupu saya pon trauma bersalin kt Hospital Serdang.. Macam2 dia kene..

    -Ayu-

    ReplyDelete
  52. Case N pun lebih kurang sama cuma staff2 tak der la kurang ajar sangat, ada pun segelintir jer.. Tapi tak semua hospital kerajaan camtu...

    ReplyDelete
  53. Kalau hurse atau doktoe tak boleh layan pelanggan dengan baik, jangan layan dan jangan kerja ini. Cari kerja lain kalau tak boleh tahan.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...