terima kasih buat kalian semua..

Monday, April 4, 2011

Sangat2 tidak adil: Kaji semula bayaran masuk kenderaan Singapura ke Malaysia !!!


SAYA sangat-sangat mengharapkan agar kerajaan mengkaji semula bayaran kenderaan persendirian dari negara jiran (Singapura) yang memasuki Johor.

Buat masa ini, sesebuah kenderaan persendirian yang berdaftar di Malaysia yang akan memasuki negara Singapura, melalui Tambak Johor atau Laluan Kedua dikenakan bayaran sebanyak S$20 atau RM47 sehari, manakala sebuah motosikal yang berdaftar di Malaysia pula dikenakan bayaran S$4 atau RM9 sehari.

Setiap hari lebih 6,000 hingga 10,000 kenderaan persendirian Malaysia merentasi ke negara tersebut, darabkan dengan S$20 berapakah wang rakyat kita mengalir ke sana.

Sementara itu, lebih 20,000 buah motosikal menyeberangi tambak Johor atau Laluan Kedua, darabkan pula dengan S$4.

Tapi mengapa kenderaan persendirian dari negara Singapura yang memasuki negara ini melalui Tambak Johor atau Laluan Kedua hanya dikenakan bayaran RM2.90 selama mana mereka tinggal di negara dan tidak adapun bayaran tambahan dikenakan kepada mereka. Adakah ini adil?

Mengapa kerajaan masih memanjakan mereka yang bertaraf Penduduk Tetap Singapura (PR) rakyat Malaysia bekerja di Singapura tetapi tinggal di Malaysia terutamanya tinggal di sekitar Johor Bahru?

Adakah sekiranya kerajaan mengenakan bayaran RM10 kepada setiap kenderaan persendirian dari negara jiran tersebut setiap kali memasuki negara ini, menjadikan mereka berubah fikiran sehinggakan pusat-pusat membeli-belah di Johor akan menjadi kosong?

Dan adakah jika bayaran ini dicadangkan dan dilaksanakan adakah mereka ini akan menjadikan kenderaan mereka perahu atau bot yang boleh menyeberangi laut dan mereka beralih ke Batam atau kepulauan Indonesia yang lain untuk berbelanja atau bercuti?

Ia tidak mungkin berlaku, kecualilah akan tetap menjadikan Johor sebagai destinasi berbelanja termasuk mengisi minyak kita dan lain-lain.

Adakah pemimpin-pemimpin kita tidak nampak atau sengaja tidak nampak dan sampai bilakah kita akan diperkotak-katikkan oleh negara jiran kita itu?

SS

Johor Bahru

1 comment:

  1. itulah nagara melayu ,sombong , bongkak ,resuah dan negara sex, mana melayu nya?, melayu susah bangsa lain senang ,ada tanah pakat bagi kat org singapore ,org singapore sewakan kat melayu. malayu sapa amnoapco. sian melayu kena tipu aja, kaya ker melayu perasuah ni ,tak juga.laknat ker melayu ni. mungkin.!!!!!

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...