terima kasih buat kalian semua..

Sunday, April 10, 2011

Tarian, sambutan mengarut jika jejas akidah sama haram !!


APABILA tarian poco-poco diharamkan, ramai peminat tarian itu melenting, kerana selama ini tarian yang dikatakan berasal dari acara pemujaan di Jamaica itu dikatakan menggalakkan hubungan bebas lelaki dan wanita.

Poco-poco menjadi isu besar apabila ia dikaitkan dengan asal-usulnya yang boleh memesongkan akidah sebagaimana yang dihadapi oleh pengamal yoga.
Apabila menyentuh isu halal haram, ada baiknya kita pergi pada asas pengharaman, bukan kepada sejarah sesuatu budaya yang jelas kebanyakannya bercanggah dengan agama dan kebudayaan Islam.
Asasnya percampuran dua jantina berlainan akan menyebabkan berlaku maksiat dan seterusnya perlakuan jenayah seperti rogol, buang bayi dan masalah rumah tangga.

Tetapi bagaimana pula dengan joget lambak? Adakah kerana tidak bercampur dengan ritual keagamaan, pergaulan lelaki dan wanita dianggap halal pula?

Hari ini kita bukan saja terdedah dengan tarian poco-poco, malah sambutan hari mengarut yang tidak sesuai langsung diraikan umat Islam. Hari April Fool, Hari Valentine semuanya tidak sesuai dengan budaya timur dan agama Islam yang syumul.

Kebelakangan ini ada juga yang meraikan Hari Halloween sebagai sebahagian sambutan parti di kelab ekslusif. Jika Mufti Perak sudah mengharamkan poco-poco mengikut sudut syarak, saya berpendapat pihak berkuasa perlu mencari alternatif kepada poco-poco.
Pada hemat saya, poco-poco boleh diteruskan dengan cara kita sebagai orang timur.

Bagi mengelakkan pergaulan, asingkan lelaki dan wanita sebelah-menyebelah. Pastikan pakaian peserta juga bersopan dan tidak mencolok mata.

Jangan terus berkata tidak kepada poco-poco tanpa melihat kebaikannya dari sudut kesihatan dan perpaduan masyarakat. Mungkin Datuk Mufti ada caranya.

AZIANA ARIPIN,
Kampung Tali Morib, Banting

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...