terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, April 13, 2011

Yahoo..!!! Harga Minyak Turun !!


Harga minyak dunia mula turun

SINGAPURA 11 April - Harga minyak dunia mula menunjukkan penurunan meskipun ia masih berada dalam radar kenaikan ekoran ketidakstabilan politik di Timur Tengah dan Afrika Utara.

Bagaimanapun, penganalisis menyifatkan penurunan harga itu adalah sederhana memandangkan para pelabur masih berhati-hati dengan gangguan bekalan sekiranya pergolakan yang belum berakhir itu mengganggu pengeluaran minyak dunia.

Harga minyak bermutu tinggi, 'light sweet', bagi penghantaran Mei jatuh AS$0.11 (RM0.33) kepada AS$112.68 (RM340) selepas ia merekodkan harga tertinggi dalam tempoh dua tahun pada dagangan Amerika Syarikat Jumaat lalu.

Minyak Brent North Sea untuk penghantaran Mei juga susut AS$0.60 (RM1.80) kepada AS$126.05 (RM380.67).

''Harga minyak betul-betul mencatatkan lonjakan pada minggu lalu dan sekarang mula menurun sedikit,'' kata Victor Shum, perunding tenaga antarabangsa Purvind an Gertz.

Namun, sebenarnya, turun naik harga minyak dunia disebabkan lebihan belian.

''Pada keseluruhannya, situasi kenaikan pasaran harga minyak dipacu oleh kebimbangan gangguan pengeluaran minyak,'' jelas beliau.

Shum menambah, pergolakan di Libya, Timur Tengah dan Afrika Utara masih menjadi isu utama kepada harga minyak.

''Bagaimanapun, setakat ini tiada kebimbangan lain melebihi apa yang berlaku di Libya.

''Jadi, pada pandangan saya, minyak kini terlebih beli dan pengambilan untung mengakibatkan harga susut sedikit,'' katanya. - AFP

- harap2 dengan penurunan harga pasaran, kerajaan akan turunkan harga minyak.. harapnya jgn buat macam tak tau...

2 comments:

  1. Jangan mimpi kerajaan nk turunkan harga minyak.

    ReplyDelete
  2. Kiamat Malaysia sebelum waktu-Nya kalau harga minyak diturunkan di negara kita ni....

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...