terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, May 4, 2011

Alahai Rozita Cik Wan kenapa bersikap begitu...


SAYA tertarik membaca Pancaindera Mingguan Malaysia bertarikh 1 Mei 2011, ruangan Katarsis Kualong mengutarakan isu 'Anak Rozita dibuli'. Saya rasa terpanggil untuk memberi komen dalam perkara ini.

Hanya kerana dia pelakon, selebriti, ada muka dan ada nama, Rozita Cik Wan memperbesarkan isu ini. Sepatutnya dia berjumpa dengan pihak pentadbir Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan untuk membincangkan hal itu, bukannya terus membuat laporan polis.

Rozita sepatutnya berterima kasih kepada Mara yang telah memilih anaknya menuntut di MRSM daripada ribuan pemohon lain.

Rozita tidak terfikir betapa teguran dibuat di media massa dan laporan polis itu akan menjejaskan hubungan baik antaranya dan pihak MRSM. Bukan hanya guru di MRSM Kuantan terasa, tetapi seluruh MRSM terasa juga termasuk juga mereka di ibu pejabat Mara, Kuala Lumpur.

Saya setuju dengan pendapat seorang guru di sekolah itu. Katanya: "Mungkin keputusan mengeluarkan Amar Effendi dari MRSM oleh ibu bapanya merupakan tindakan terbaik. Lebih elok kalau dapat masukkan ke sekolah elit swasta di mana-mana. Biarkan MRSM untuk anak mereka yang kurang berkemampuan.''

Saya rasa hati guru telah terusik. Carilah sekolah lain dan hantarlah anak itu ke luar negara kalau sudah mampu.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...