terima kasih buat kalian semua..

Monday, May 16, 2011

Apa rasional Rambut pelatih bomba wanita dipotong botak??


ANAK saya baru-baru ini dipanggil melapor diri sebagai pelatih Penolong Penguasa Bomba di Akademi Bomba dan Penyelamat di Wakaf Tapai, Marang, Terengganu.

Kami sekeluarga begitu teruja apabila anak perempuan kami itu mendapat tawaran tersebut. Beliau baru menamatkan pengajian peringkat ijazah di sebuah universiti tempatan.

Surat tawaran yang diterima menyatakan bagi pelatih lelaki mereka dikehendaki membawa pakaian sesuai dan rambut harus pendek. Sementara bagi pelatih wanita, mereka dikehendaki membawa baju kurung putih, kain berwarna merun tua, bagi yang beragama Islam tudung hitam serta berkasut hitam. Tiada disebut mengenai soal rambut.

Pada 2 Mei lalu, kami pun bertolaklah bersama-sama anak perempuan kami ke Terengganu dari Kedah dengan penuh harapan.

Sesampainya di akademi itu, arahan-arahan diberikan dan anak saya pun dimasukkan ke dalam kumpulan pelatihnya.

Anak saya kemudian dibawa ke satu tempat dan apa yang mengejutkan saya kemudiannya mendapati rambutnya yang panjang dipotong hampir botak.(Lihat gambar)

Saya sangka rambut itu dipotong pendek seperti pelatih wanita tentera dan polis yang lain, tetapi telah dibotakkan hingga nampak kulit kepala.

Kami semua terkejut dengan langkah yang diambil itu kerana tiada sebarang garis panduan jelas diberikan kepada calon pelatih perempuan atau keluarga mereka semasa surat panggilan lapor diri itu disampaikan.

Oleh kerana terkejut dengan tindakan terlalu drastik itu, kami kemudiannya mengeluarkan beliau daripada latihan itu. Walaupun saya faham itulah latihan yang harus dijalani pelatih beruniform, namun bagi pelatih wanita rambut mereka tidak seharusnya dipotong sebegitu rupa.

Saya berharap surat garis panduan panggilan lapor diri di masa-masa akan datang dapat disediakan dengan lebih telus dan jelas.

BAPA KECEWA
Alor Setar, Kedah.

8 comments:

  1. Ini berlaku mungkin pegawai atasan dah tak tau menilai yg mana harus diutamakan....
    undang2 mana nak guna?
    nafsu ke akal? sbb iman dah takde....
    ~z

    ReplyDelete
  2. ni salah org yg pentadbir bomba..pihak bertanggungjawab patut siasat apa yg sedang berlaku di akademi wakaf tapai. mungkin dh byk berlaku perkara ini, tpi mereka bersembunyi disebalik nama BOMBA.

    ReplyDelete
  3. tu adalah sebahagian daripada peraturan...ikut jelah...bukan senang nak dapat kerja kerajaan...lepas ni dah habis rekrut nak rambut panjang boleh je....nak buat sesuatu fikir nbanyak2...sekali dah tolak kerja kerajaan...lepas ni susah dah nak dapatkerja tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. helo bro, bukan malaysia aje ada bomba,tiap negara ada di seluruh dunia. tp tak pun botakkan pelatih yg baru! Ni nak buat cara aku yg betollah ni. Apa salahnya pendekkan saje cam rambut laki biase pun ok.
      Ape awat smpai botak, mana rasional tu, agama tak suruh buat gitu pun.....lu pikirlah byk sudut, cari jln tgh yg terbaik!
      2. Jgnlah nak ckap pasal keja gomen, mesti ikut cara yg sgl peraturan brutel aje! Yg betol dan baik, orang tak tolak punya, ikutlah nilai universal yg baik.

      Delete
  4. mmg la ikut tpi kalu MENTERI sendiri ckp tidak disengajakan so adakah ada peraturan pelatih bomba wanita wajib botak kepala? ex pelatih dh fikir abis le yg dia sanggup dedahkan hal ni. aku respect ppuan ni. even dia kena kutuk tapi apa yg dibuat tu akan beri kesan kepada org yg langgar peraturan.

    ReplyDelete
  5. bersukur sebab budak botak tak masuk bomba... kalau masuk bomba adalah gunting dalam lipatan nanti..

    ReplyDelete
  6. apa yg d lakukn pasti bersebab,baru botak kepala dh trauma,mcm mana nak jadi bomba....baru ujian yg pertama mental dh koyak...nk rambut panjang jd model iklan syampo jgn jd bomba.....ramai lagi kt luar sana sanggup botak nk jd bomba!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  7. hallow............ ni orang bomba berkata-kata k...

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...