terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, May 18, 2011

CEUPACS jangan lupa gred 41 !!!


KENYATAAN CUEPACS memohon kenaikan elaun perumahan (ETP) gred 1 hingga 40 daripada RM180 kepada RM350 manakala elaun perumahan untuk gred 41 dan ke atas dikekalkan mengejutkan ramai pihak.

Elaun ETP yang diminta CUEPACS sebanyak RM350 akan menjadikan elaun gred 1-40 lebih tinggi daripada pegawai mereka sedangkan bayaran ETP yang diterima kakitangan gred 41 hanya RM250.

Dalam kenaikan gaji sebelum ini, kumpulan sokongan mendapat kenaikan antara 25 hingga 35 peratus, tetapi bagi gred 41 cuma 10 peratus.

Setiap kali tuntutan dikemukakan CUEPACS hanya untuk golongan sokongan, seolah-olah ia berjuang untuk kepentingan kelompok itu sahaja. Selalu gred 41 tersisih dan tidak mendapat manfaat sewajarnya.

Diharapkan CEUPACS lebih adil dalam memperjuangkan semua golongan penjawat awam

SANG ALGOLJO
Merlimau, Melaka

3 comments:

  1. kerajaan xkan luluskan sbb skrg xde duit....tgh pokai...tuela nak hapuskan subsidi n wujudkan gst...harap maklum...

    ReplyDelete
  2. Cadangan:
    Yang gred 41 keatas tinggal rumah Flat 2 bilik dan gred 38 kebawah tinggal rumah apartment 4 bilik....hi hi

    Bodo punya datuk Q-pek

    ReplyDelete
  3. omar belajar setakat mana sangat.ia asyik dok berjuang puak dia aja.lain kali jangan lantik orang yang kurang cerdik dari kita jadi ketua.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...