terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, May 17, 2011

Dilema ibu berkerjaya...


Mana keutamaan, kerja atau keluarga?

“Adakah anda bersetuju ibu bekerjaya menjadi contoh yang kuat?”

“Adakah anda percaya, ibu yang bekerja tidak harus mengutamakan kejayaan kerjaya dan tidak menyembah wang?”

“Ibu bekerjaya lebih berdikari tetapi adakah mereka bahagia dan kurang kemurungan?”

“Saya ingin menjadi ibu bekerjaya. Tetapi bagaimana saya boleh hidup dengan rasa bersalah?”

PERBINCANGAN mengenai ibu bekerjaya ternyata sememangnya topik yang menarik ramai orang dan sehingga kini tidak pernah habis dibicarakan. Lebih-lebih lagi, pada masa kini semakin ramai ibu yang perlu keluar bekerja bagi membantu menambah pendapatan keluarga.

Sebagai ibu bekerjaya, tidak dinafikan pelbagai dilema dihadapi, termasuk rasa bersalah terutama pembahagian masa antara keluarga dan kerjaya, berasa tertekan kerana tidak dapat menguruskan rumah tangga dengan sempurna dan sedih tiada banyak masa menghabiskan bersama anak serta sebagainya.
Perasaan seumpama itu tidak dapat diketepikan kerana sebagai wanita yang bergelar ibu, mereka mempunyai tanggungjawab utama untuk menjaga dan memastikan kesejahteraan serta kebajikan anak. Apabila peranan itu tidak dapat digalas dengan baik dan tidak dapat bersama anak, timbullah perasaan demikian.

Kebanyakan ibu berkerjaya, bimbang tidak mempunyai masa yang cukup dengan anak dan sering berasakan diri tidak menjadi ibu yang baik untuk anak mereka. Perasaan bersalah itu sekurang-kurangnya pasti hadir sekali dalam diri ibu bekerjaya, cuma tahapnya mungkin berbeza antara satu sama lain.

Oleh itu, perbincangan mengenai ibu bekerjaya sewajarnya menjadi topik berterusan dikongsi bersama supaya lebih banyak pandangan dan cadangan yang boleh dikemukakan bagi mengatasi kemelut serta cabaran dihadapi golongan itu.

Perkongsian idea dan cerita mengenai ibu kerjaya yang dibicarakan boleh jadi dapat memberikan gambaran sebenar dihadapi dan mungkin boleh memberikan suntikan semangat dalam berdepan dengan dilema mahu pun cabaran harus dilalui.

Suka atau tidak, apabila melangkah ke alam pekerjaan, sukar untuk seseorang pekerja pulang tepat pada masanya atau balik awal ke rumah setiap hari. Meskipun di kebanyakan tempat kerja ada menetapkan waktu bekerja, umpamanya dari jam 9 pagi hingga 5 petang, lazimnya, terlalu mustahil mengikut jadual itu kerana setiap hari kerja sentiasa bertambah dan ia tidak akan pernah habis.

Senario itu juga membuatkan ibu bekerja terus dibelenggu perasaan bersalah untuk membuat pilihan - mendahulukan kerjaya atau pun keluarga. Mungkin juga sudah sampai masanya majikan harus mulai berfikir, harapan mereka kepada pekerja kerana kebanyakan pekerjaan ketika ini tidak pernah berhenti.

Cara kerja yang sihat perlu diwujudkan manakala masyarakat perlu mempunyai keseimbangan antara apa yang masuk akal dan terhadap pekerjaan harus dilakukannya. Ini supaya setiap kerja dibuat memenuhi matlamat sebenar dan pekerja tidak terus dihambat rasa bersalah serta berasa tertekan. Namun, masih ramai, termasuk majikan yang tidak faham dan tidak mahu ambil tahu, cabaran dihadapi ibu berkerjaya.

Justeru, usaha membangunkan forum baru dalam Facebook, yang dikenali sebagai Malaysian Working Mothers Forum (MWMF), baru-baru ini, harus disambut baik oleh semua pihak.

Forum baru diperkenalkan oleh Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) itu memberi ruang kepada orang ramai sebagai saluran komuniti untuk berkongsi pandangan mereka terhadap ibu bekerjaya dan cabaran dihadapi serta perkara lain berkaitan.

Orang ramai dari semua lapisan masyarakat dialu-alukan untuk menyertai dalam perbincangan sama ada yang ibu yang bekerja, suri rumah, wanita yang belum berkahwin atau belum mempunyai anak, lelaki merangkumi ayah, suami atau abang.

Bagi yang berminat, buka Facebook dan carilah MWMF serta luahkan apa yang difikirkan atau pun berikan pandangan, idea kerana forum itu memaparkan topik berbeza setiap masa. Orang ramai disarankan memberikan memberi maklum balas bagi setiap isu diketengahkan supaya dapat membuka mata dan minda, sekali gus berusaha membantu mengatasi masalah yang timbul dan memastikan wanita bergelar ibu dapat terus berada di dalam dunia pekerjaan.

Pengurus Besar Dutch Lady Malaysia, Bas van den Berg, berkata forum untuk tujuan sosial yang membahas cabaran dihadapi ibu bekerja itu juga bertujuan mendidik dan menyediakan sokongan kepada wanita melalui pelbagai inisiatif yang diadakan sepanjang 2011 dan tahun berikutnya.

Bas van den Berg berkata, MWMF juga akan digunakan untuk mengundi pendapat awam dan untuk profil ibu yang bekerja Malaysia selain memberi mereka peluang untuk meluahkan keperluan mereka.

“Kami berharap menjadi tuan rumah konvensyen dan menyediakan buku petunjuk yang komprehensif pada akhir tahun, yang akan mendidik serta memberitahu ibu mengenai bagaimana menguruskan tindakan keseimbangan dalam rutin harian,” katanya.

Pada masa sama, Dutch Lady Malaysia juga meminta sokongan dari organisasi lain termasuk pelbagai pertubuhan menyumbangkan fikiran untuk memastikan forum berkenaan berjaya.


Panduan berdamping dengan permata hati

  • Luangkan masa bersama sebelum anak tidur
    Jika anda menganggap keluarga keutamaan dalam hidup, pastikan pulang dari tempat kerja sebelum si kecil tidur. Dengan begitu, walau pun sebentar anda tetap dapat menghabiskan waktu untuk berbincang bersama anak. Periksa kelengkapannya untuk sekolah esok hari, pastikan kerja sekolah dan tugas lainnya sudah diselesaikan. Dengan cara ini, anak akan faham ibu bekerja tetapi tidak mengabaikannya.

  • Hujung minggu tanpa pengasuh
    Jika kebanyakan masa anak dihabiskan dengan pengasuh kerana ibu bekerja, pastikan hujung minggu tugas itu diambil semula. Hujung minggu adalah saat yang tepat untuk menyegarkan fikiran dengan berjalan-jalan bersama dengan keluarga.

    Paling penting sebenarnya adalah perhatian, meskipun hanya berehat di rumah. Pastikan anda habiskan masa dengan berkualiti dengan anak.

    Bagi wanita bekerjaya yang jadual kerjanya tidak cuti pada hari hujung minggu, lakukan perkara sama walaupun harinya berbeza.

  • Dahulukan keutamaan
    Jangan bawa pekerjaan di pejabat ke rumah. Di rumah, anda adalah milik suami dan anak-anak. Saat itu, nikmati waktu berharga bersama keluarga tercinta.

  • Komunikasi
    Meskipun hanya sebentar, komunikasi adalah kunci utama. Sesibuk sekali pun bekerja, jangan lupa menghubungi anak di rumah dan pantau terus setiap kegiatannya. Jangan sampai anda tidak tahu apa yang dilakukan di rumah mahu pun di tempat kegiatan lain kerana terlalu sibuk dengan pekerjaan.

  • Ambil cuti atau berhenti jika tiada pilihan
    Memiliki anak adalah komitmen. Meskipun akan menjadi dilema, usahakan fokus mengambil berat mengenai anak khususnya pada kesihatan anak jika dia sakit. Seboleh-bolehnya, anda sendiri yang membawa anak berjumpa doktor jika sakit. Berbuat demikian membolehkan anda akan mendapatkan maklumat yang lebih tepat mengenai penyakit yang dihidapi anak dan bukan mendengarnya melalui orang lain. Tindakan yang anda boleh buat ialah mengambil cuti atau berhenti sementara jika keadaan terlalu mendesak

  • Oleh Nor Affizar Ibrahim



    3 comments:

    1. apa nak buat, keperluan hidup semakin mendesak.
      contohnya saya, sbg engineer cuma mampu pakai kereta national yg berusia hampir 10 thn. mampu nak beli yg baru, tp anak makin bertambah, yg kecik makin besar. yb belum sekolah, akan ke sekolah.
      mak & bapak semakin uzur, duit lagi....
      tu pun dah berjimat: beli baju baru setahun sekali (biasanya beli utk anak2 je, hp rosak baru beli baru(tu pun bajet rm300 je, tv masih crt (siaran percuma-tiada astro), aircond pun takde kipas je. apa lagi nak dijimatkan.
      so terpaksalah bini kena kerja. demi keperluan hidup sekeluarga(bukan utk kemewahan).
      kadang2 pelik tengok org yg ada astro/hisap rokok/suka bergaya(berlagak kaya) & etc tp keperluan family terabai
      ~z

      ReplyDelete
    2. Salam kunjungan... artikel yg ditulis dengan menarik. mengambil masa yg lama untuk dibaca tetapi dapat memberi idea yang bernas setelah di buat kesimpulan... keep up good blog.. senang2 singgah la ke blog saya ;)

      ReplyDelete
    3. apa boleh buat tuntutan kehidupan...sedih bila isteri dah buat macam2 suami x hargai..pastu alsan isteri xde masa untuk dia cari perempuan lain yang memahami..alasan lelaki bila dah senang sikit..x tau senang tu pun atas bantuan isteri

      ReplyDelete

    Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...