terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, May 17, 2011

Hidung tersumbat ganggu tidur anak anda??


HAMPIR semua kanak-kanak beberapa kali dalam setahun diserang selesema dan kadar ini lebih tinggi kepada kanak-kanak yang tinggal di pusat asuhan, rumah kebajikan atau ke sekolah

Selesema, satu jangkitan pada hidung dan tekak, biasanya disebabkan oleh virus. Ia turut memungkinkan akan berlaku jangkitan kepada bahagian telinga tengah atau menyebabkan cecair terkumpul di bahagian ini

Ia tidak boleh dicegah tetapi kadar jangkitannya boleh dikurangkan. Ia sering menyerang kanak-kanak, terutama sehingga kanak-kanak berusia dua tahun. Kanak-kanak boleh terganggu tidurnya, apatah lagi jika mengalami hidung tersumbat.

Langkah untuk melegakan hidung tersumbat, termasuklah menggunakan titisan salin nasal sebelum memberi bayi makan atau tidur.

Dalam kes yang lebih teruk, boleh gunakan ubat pelega sesak hidung, tetapi mesti berhati-hati kerana ia memberi kesan sampingan seperti rasa mengantuk, tidak selesa dan sukar untuk tidur. Alat penyedut lendir manual boleh digunakan bagi masalah yang lebih serius.

INFO
Cara mengurangkan jangkitan selesema

  • Jangan terlalu dekat dengan orang yang dijangkiti
  • Basuh tangan sebelum makan dan selepas menyentuh hidung
  • Gunakan tuala tangan pakai buang menggantikan sapu tangan
  • Ajar anak-anak supaya menutup hidung dan mulut apabila batuk atau bersin dan basuh tangan serta-merta
  • Jika seseorang mendapat selesema, mereka hendaklah menjauhi pusat jagaan kanak-kanak atau sekolah
  • Makan makanan berzat dan amalkan gaya hidup sihat
  • Vaksin hanya terdapat untuk beberapa viral strain yang khusus. Ia tidak praktikal digunakan di Malaysia kerana virus yang menyebabkan selesema ini biasanya wujud sepanjang tahun


Simptom selesema
  • Batuk
  • Demam
  • Sakit tekak
  • Sukar bernafas
  • Hidung tersumbat dan akan semakin teruk serta berkahak
  • Akan bernafas melalui mulut kerana hidung tersumbat
  • Bersin
  • Keletihan
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan
  • Muntah dan cirit-birit


Rawatan selesema

  • Rehat yang sempurna
  • Mengambil banyak air
  • Mengambil makanan yang berzat
  • Pemberian paracetamol untuk melegakan demam dan membuat mereka selesa
  • Antibiotik tidak diperlukan


Sumber: Kementerian Kesihatan

Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof


1 comment:

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...