terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, May 4, 2011

Papan iklan memalukan !!!



DI mana-mana kita boleh lihat pemandangan yang menyakitkan mata seolah-olah rakyat Malaysia tiada identiti kebangsaan. Kebanyakan papan tanda perniagaan bukan dalam bahasa Malaysia. Rata-rata menggunakan bahasa Cina dan asing. Ini sungguh memalukan bagi bangsa berdaulat seperti bangsa Malaysia.

Pemandangan sebegini adalah lebih teruk di papan tanda perniagaan di Sarawak dan Pulau Pinang. Jika berkunjung di Batu Kawa atau Pending di Kuching, Sibu dan Miri di Sarawak, Pulau Pinang, Ipoh serta kebanyakan tempat di bandar besar di seluruh negara, keadaan ini dapat dilihat.

Bahasa Cina menjadi 'bahasa kebangsaan' bagi semua papan perniagaan. Amat jarang kita melihat papan perniagaan ditulis dalam bahasa Malaysia. Apa sudah jadi dengan bahasa kebangsaan? Kalau rakyat tidak mendaulatkannya, siapa lagi? Ini menyebabkan rakyat Malaysia tiada jati diri dan tiada identiti.

Pihak kerajaan terutama pihak berkuasa tempatan (PBT) patut mewajibkan penggunaan bahasa kebangsaan sahaja di papan tanda di seluruh negara. Jika perlu selitkan bahasa Inggeris. Langkah ini dapat dilihat akan memartabatkan bahasa kebangsaan kita yang semakin hari semakin dilupakan.

Tiada alasan untuk tidak menggunakan bahasa kebangsaan atau sedikit bahasa Inggeris sebagai bahasa pada papan iklan kerana ia identiti bangsa dan difahami oleh semua kaum dan warga asing.

Kerajaan mesti serius dalam perkara ini dan tidak boleh bersikap 'tidak kisah atau tidak apa'. Ia boleh membawa implikasi buruk kepada konsep 1Malaysia. Saya amat berbangga dengan kerajaan Indonesia yang tegas dalam mendokong bahasa Indonesia sebagai bahasa rasmi.

Tindakan tegas sepatutnya dilaksanakan sejak dahulu. Namun begitu masih belum terlambat untuk melaksanakannya. Tanpa penggunaan bahasa kebangsaan, pihak kerajaan atau PBT boleh membatalkan kelulusan papan iklan dan mengarahkan ia diturunkan. Mengenakan denda tidak memadai dan pemantauan tegas dalam kelulusan merupakan langkah yang lebih efektif.

Bahasa adalah identiti negara dan menyatukan bangsa. Justeru bertindaklah sebelum terlambat.

1 comment:

  1. Aku setuju.. Kadang2 aku tak tau aku ni duk kat Malaysia ke kat China.. Byk sgt signboard dalam bahasa yang tak paham.. Bukanlah aku ni racist, tapi ikut la bahasa kebangsaan kalau nak buat iklan tu..

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...