terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, May 18, 2011

Penganjur majlis wajar hormati azan !!


SEJUTA belia akan dihimpunkan sempena sambutan Hari Belia tahun ini di Putrajaya pada 29 Mei ini. Memandangkan begitu ramai yang hadir dan banyak acara dianjurkan bagi menyambut hari berkenaan, saya ingin menyarankan agar peserta dan hadirin menghormati waktu solat di dua masjid besar di kawasan berkenaan, iaitu Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra.

Ini kerana pada sambutan Festival Belon Panas 2011 yang diadakan Mac lalu, jelas pihak penganjur tidak mengambil kira azan Maghrib dan Isyak yang berkumandang di Masjid Sultan Mizan

Bunyi muzik yang begitu kuat mengganggu majlis bacaan yasin di masjid berkenaan. Keadaan ini menimbulkan kemarahan dan rasa dukacita jemaah masjid ketika itu

Jemaah terpaksa bersabar dan meneruskan bacaan yasin dengan suasana berdentam-dentum dek kerana bunyi muzik. Pada festival berkenaan, program itu tidaklah memfokuskan kepada hiburan melampau, namun kesannya amat besar.

Mungkin silap warga Putrajaya yang tidak menzahirkan kegusaran ini terhadap kemuliaan masjid menyebabkan penganjur tidak tahu kesannya di kawasan sekitar. Adalah wajar sambutan Hari Belia 2011 ini mengambil kira sensitiviti jemaah di masjid berdekatan.

Belia adalah faktor penentu ke arah mana negara pada masa hadapan. Kini belia di negara kita dianggar 11.9 juta orang atau 41.5 peratus daripada 28 juta penduduk.

Kita yakin dan percaya kerajaan cuba meraikan belia ini dengan mengadakan hari khas untuk menghargai orang muda bagi merapatkan jurang antara pemimpin dengan mereka yang berjiwa muda.
Tahniah kerana pemimpin kita turut memikirkan cara untuk membina jati diri belia dengan mengadakan solat hajat, tahlil dan doa selamat, program tadarus, khatam al-Quran dan acara lain.

Diharapkan belia yang berhimpun itu turut sama-sama menunaikan solat berjemaah setiap kali azan berkumandang.

MOHD FIRDAUS MOHAMED KHAIRI,
Presint 9, Putrajaya

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...