terima kasih buat kalian semua..

Saturday, May 7, 2011

Perbaiki servis AirAsia !!!!


SAYA mempunyai beberapa persoalan dan cadangan untuk AirAsia. Antaranya, kenapa tidak diprogramkan sistem komputer agar yang daftar masuk bersama terutama sekali sekeluarga diletakkan bersama?

Mengapa pesawat mesti parkir jauh daripada pintu berlepas dan pintu ketibaan, baik untuk penerbangan domestik mahupun antarabangsa?

Mengapa proses tag untuk beg yang boleh dibimbing sendiri ke dalam pesawat tidak diselaraskan? Ada yang ditag sebelum masuk balai perlepasan dan ada yang kena beratur di kaunter daftar masuk untuk dapatkan tag.

Sila tetapkan hanya satu tempat khusus untuk memeriksa kad pengenalan sama ada di kaunter daftar masuk, hendak masuk balai berlepas atau semasa masuk ke dalam pesawat? Sekarang ia dilakukan ikut suka hati kakitangan bertugas sehingga menyukar penumpang untuk membuat persediaan.

MAWAR BERDURI

Shah Alam

1 comment:

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...