terima kasih buat kalian semua..

Saturday, May 28, 2011

Suami kecewa isteri enggan membantu kongsi pendapatan...


SETIAP pasangan suami isteri mengharapkan kehidupan rumah tangga mereka akan sampai ke akhir hayat. Pun begitu, tidak semua yang dirancang menjadi seperti yang diharapkan.

Pertengkaran dan perselisihan faham tidak dapat dielakkan sekiranya tidak ada persefahaman dan tolak ansur dalam sebuah perhubungan. Selalunya masalah yang melanda berpunca daripada sikap ego pasangan suami isteri termasuk soal kewangan yang menjejaskan perjalanan rumah tangga.

Begitu mukadimah kisah yang dikirimkan kepada saya minggu ini untuk dikongsi dengan pembaca. Kisah Azmi (bukan nama sebenar) yang terlalu kecewa dengan sikap isterinya, Adila (bukan nama sebenar) yang sangat boros dan tidak mahu berubah sejak mereka mula kahwin sehingga kini.

Saban bulan, wangnya dibelanjakan kepada perkara yang tidak ada faedah terutama untuk bergaya, makan angin dan membeli perhiasan serta produk jenama.

Kita ikuti kisah lanjut seperti dikirimkan oleh Azmi.

"Saya telah bernikah dengan isteri saya sejak 15 tahun lalu dan dikurniakan tiga orang anak, seorang perempuan dan dua lelaki berusia 12, 10 dan lapan tahun.

"Kami bernikah atas dasar cinta sama cinta. Pada zaman muda, saya mengaku amat sukar untuk mendapatkan isteri saya sebab kecantikannya.

"Dia memang bergaya dan sehingga kini tubuhnya masih seperti anak dara. Sejak berkenalan dengannya, saya tahu dia suka berbelanja untuk mencantikkan dirinya. Semasa itu hati sedang suka, semua yang dibuat oleh kekasih tentu tidak akan ditegur.

"Selepas kahwin keadaan berterusan. Boleh dikatakan setiap bulan dia menghabiskan wang gaji untuk keperluan dirinya sahaja tanpa mempedulikan perbelanjaan rumah.

"Di peringkat awal perkahwinan tentunya tiada masalah sebab saya masih mampu. Harapan saya apabila telah ada anak, tentunya isteri akan berubah.

"Setelah mendapat anak pertama, keadaan tidak banyak beza. Adila terus dengan aktiviti membeli-belahnya dan saya terpaksa menanggung banyak perkara dalam rumah tangga kami.

"Susu anak, sewa rumah, ansuran kereta dan perbelanjaan lain 100 peratus saya yang keluarkan. Gaji dia hanya untuk dirinya sahaja.

"Apabila mendapat anak kedua, saya mula terasa bebannya. Wang banyak digunakan untuk keperluan anak-anak termasuk menghantar mereka ke nurseri, membeli susu, kelengkapan mereka dan makanan. Itu belum masuk ansuran rumah dan kereta serta perbelanjaan untuk orang tua di kampung.

"Apabila semakin tertekan saya ajak isteri berunding dan timbulkan isu ini. Harapan saya dia akan faham dan mahu membantu saya meringankan beban yang saya tanggung.

"Saya amat kecewa apabila dia enggan bertolak ansur dan mengatakan semua itu adalah tanggungjawab saya.

"Dia juga marah-marah dan berkata kenapa dari awal saya tidak berbincang tentang perkara itu. Dia tidak mahu mengeluarkan duit untuk menampung belanja anak-anak dan rumah tangga kami.

"Puas saya pujuk dan jelaskan tentang masalah yang saya hadapi, sayangnya dia tidak dapat terima. Dia mahu saya memikul semua tanggungjawab itu dan tidak mahu menggunakan duit gajinya untuk membantu saya.

"Saya berasa sedih atas sikap isteri yang begitu kerana sepatutnya dia faham masalah saya dan membantu.

Saya mengaku gaji saya cukup untuk menampung perbelanjaan kami tetapi apa salahnya dia bantu sedikit kerana dia juga berjawatan tinggi. Saya rasa tidak luak pun kalau dia turut sama memikul tanggungjawab dalam rumah tangga kami.

"Jika saya ungkit lagi, pasti akan berlaku pertengkaran. Saya tidak larat lagi nak bergaduh dengan dia.

"Apabila difikirkan kembali saya mengaku silap saya kerana tidak membimbing dia sejak kami kahwin dulu. Saya terlepas pandang perkara penting ini.

"Saya terlalu manjakan dia sehingga dia langsung tidak dapat merasakan kesulitan yang saya tanggung sekarang.

"Saya pelik kerana dalam dia berkira dengan saya soal wang, dia mampu pula untuk membeli-belah dengan kawan-kawannya.. Dia juga kerap melancong ke luar negara. Pada hal, apabila saya minta duit untuk membantu saya menyelesaikan hutang kereta atau rumah, dia akan memberontak dan berkata tidak ada duit.

"Pernah juga sekali dua saya pinjam duit dia untuk membayar sewa rumah dan ansuran kereta kerana terdesak. Belum sampai cukup bulan dia sudah meminta saya bayar balik kerana katanya itu pinjam.

"Bayangkan, isteri jenis apa itu namanya. Kalau dia membeli barang-barang dapur, saya juga kena pulangkan duitnya sebab dia akan letak resit di atas meja. Kalau tidak dibayar, pasti dia merungut dan marah-marah. Oleh sebab tidak mahu dia bermasam muka berterusan, saya terpaksa pulangkan semula duit dia.

"Saya hairan kenapa ada perempuan yang sanggup buat begitu dalam rumah tangga mereka. Apabila saya cerita dengan kawan-kawan, ada juga antara mereka yang menghadapi masalah yang sama.

"Saya membuat andaian, pada zaman sekarang, agaknya memang kebanyakan wanita berkira tentang wang ringgit mereka dengan suami. Jika tidak masakan mereka mampu membeli produk jenama, melancong dan membeli apa yang mereka ingini.

"Kalau isteri yang bertimbang rasa, saya pasti akan memberi sebahagian gaji mereka untuk membantu suami meringankan beban dalam perbelanjaan harian. Ini masalah isteri yang tidak bertimbang rasa. Duit kita duit dia, duit dia tetap duit dia.

"Apakah isteri sekarang memang berkira dengan suami atau menganggap semua perbelanjaan dalam rumah tanggungjawab suami sahaja? Kalau begitu, apa ertinya perkongsian hidup?

"Saya mengaku kesilapan saya tetapi saya berharap isteri akan berubah dan sedar kesilapannya. Saya bukan minta banyak tetapi sekurang-kurangnya membantu meringankan beban saya."

Begitu Azmi menamatkan ceritanya. Saya faham dan bersimpati dengan Azmi. Ini bukan pertama kali cerita begini dipanjangkan ke ruangan ini.

Pada saya, masih belum terlambat buat Azmi memujuk isterinya. Jangan putus asa dan cepat mengalah, kerana setiap usaha yang murni dan baik akan dimakbulkan oleh Allah SWT.

23 comments:

  1. fikirlah macam mana nak kongsi hidup 15-20 tahun lagi.aku rasa belum terlambat tinggalkan saja isteri macam tu. cari yg lain

    ReplyDelete
  2. xsetuju...patutnya sblm kwin dia kene pk sume bende tu lagi...tepulang kpd isteri samada nak kongsi pendptn atau tidk...Duit kita duit dia, duit dia tetap duit dia...tuan empunya kene blaja agama lebih lg...

    klu akad pinjam mesti byr blik...
    tetapi kpd isteri yg sedia membantu pun jgn lebih2 nanti suami akan pijak kpl kite...

    penah bc satu artikel berkenaan pembelian brg2 dapur....resit perlu ditunjuk pd suami..terpulang pd isteri nak bg free or kene byr...bantu2 pun beringt2 juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang pasal kira2 duit suami isteri nak kena berbalik pada agama, tapi bila suami nak tambah 1 lagi xnak pulak ikut sunnah

      Delete
  3. Berdoa kepada Allah SWT supaya isteri berubah, jangan mudah putus asa. Cari pendekatan yang terbaik untuk berbincang, bincang suami isteri. Bukannya bincang antara musuh dengan musuh, tidak akan ada penyelesaiannya.

    ReplyDelete
  4. Kisah ni 10 dalam 100 je,, skrg kbnykn perbelanjaan rumahtangga di tanggu ng oleh isteri.. contohnya saya sdri dah berkhawin 5 tahun. sepanjang perkhawinan tersebut duit gaji sy habis untun byr sewa rumah, ansuran kereta, byr pengasuh anak, susu anak, belanja dapur, bil elektrik, bil internet dll.. sdgkan suami hanya membaya keretanya shj.. dia sering membeli barang mahal contohnya kasut futsal, kasut bola walaupun dah 6 pasang kat rumah.. dia juga membeli notebook baru sdgkan kami dh ada laptop kat rumah, dan dia ada komputer sendiri di tempat kerja, alasannya notebook senang melayari internet.. setiap kali saya menghalangnya membeli barang2 yang x berfaedah dia akan ckp " suka hati abg la, duit abg".... Sesak nafas rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya menyokong statement ni...saya telah berkahwin hampir 17 thun dan telah melakukan yang terbaik setakat kemampuan saya...rumah..kereta..semua bil2..semua belanja persekolahan anak2..(tmsuk yuran tuition dsb )dilangsaikan oleh saya setiap bulan.suami saya hnaya menyediakan keperluan dapur dan sedikit keperluan anak2..anyway rezeki saya sentiasa murah sekalipun gaji saya bukannya banyak sangat...dan suami...tidak nampak semua pengorbanan saya hingga tergamak mengatakan dia sudah tidak ada apa2 perasaan lagi pada saya..hanya disebabkan sedikit salah faham..

      Delete
  5. Saudara suami,nafkah dlm rumahtangga adalah 100% tanggungjawab asas suami. Tak boleh paksa isteri membantu melainkan isteri menawarkan diri.pendapatan isteri adalah hak mutlak, suami tiada hak ke atasnya.setuju dgn komen anonymous saudara suami perlu lebih belaja agama islam dan memahaminya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju sgt tanggungjawab suami kena kelaur semua belanja rumah,dapur dan segalanya isteri tugasnya hanya mengangkang dan berjoli,kalau pasal duit pandai ckp tangungjawab,nak sgt cko pasal tgjwb isteri tgjwb dia bukan bekerja,tgjwb dia jaga anak dan makan pakai suami lepas tu mengangkang.Suruh aja berhenti kerja pasal dia kerja kita bertmabah beban nak bayar nuseri anak terbiar merata,silap mati tersedak susu,duduk rumah tu tgjwb awak,pandai pula suruh kita belajar agama pasal duit tgjwb apa punya manusia.

      Delete
    2. mcm tu sekali dijatuhkan martabat isteri? gunalah bahasa yang lebih baik.. menggambarkan keislaman..dlm islam tak tulis mengangkang.. tetapi melayan suami.. dan mendidik anak2.. kerja rumah pun tanggungjawab suami tau..

      Delete
  6. hahhaha..memang patut sangat isteri anda berkira duit dgn anda...saya masih ingat semasa saya masih bergelar isteri selama 16 tahun kepada seorang suami yang hanya tahu meletak tanggung jawab ada saya seorang. makan minum, sewa rumah, kereta, belanja anak sekolah, pembantu rumah semuanya di atas bahu saya...kalau pergi beli barang2 dapur, dia akan ambil apa yang dia suka atas rak..bila nak bayar bill..dia lari jauh-jauh tunggu saya selesai buat pembayaran! saya sokong apa yg isteri itu buat pada suaminya! jodoh kami habis...dan saya sekarang tak memendam rasa lagi walau saya terpaksa tanggung semua perbelanjaan anak2, rumah, dan sebagainya berbanding semasa saya bersuami dulu! lelaki ni kalau kita bagi muka, dia akan besar kepala...sejak bercerai baru dia tahu yang dia kehilangan sebuah keluarga dan sekarang masih mengharap saya kembali kepada nya.
    Sekarang saya dah 50tahun dan lebih bahagia hidup sendirian walau dah bercerai selama 12 tahun.

    ReplyDelete
  7. kisah ni saya rasa xbleh salahkan isteri...sbb duit isteri adalah duitnya dan suami harus menanggung semua (berkaitan) kecuali isteri hendak menolong.zaman skang duit mmg penting.kalau mcm tu c suami harus bekerja lebih masa dan membuat perancangan keluarga..

    ReplyDelete
  8. kisah ni saya rasa xbleh salahkan isteri...sbb duit isteri adalah duitnya dan suami harus menanggung semua (berkaitan) kecuali isteri hendak menolong.zaman skang duit mmg penting.kalau mcm tu c suami harus bekerja lebih masa dan membuat perancangan keluarga..

    ReplyDelete
  9. 90% daripada pendapatan saya dihabiskan untuk belanja rumah, kereta, tadika dan taska anak2.selebihnya saya menabung, incase kalau suatu hari ditinggal suami..suami?gajinya dihabiskan untuk bayar hutang ptptn sendiri, kad kredit dan belanja dapur sahaja. Saya bersetuju bahawa gaji milik isteri, 100%.tapi, isteri juga harus bertolak ansur, dalam kes di atas, cam banyak spend untuk keseronokan diri dan kawan2 sahaja, kawan2 lebih penting dari anakkah?

    ReplyDelete
  10. sy stuju dgn komen most commentor di sini. encik pengadu kene lebih belajar agama. ada disebutkan di atas, gaji dia cukup sbenanye tp apelah slhnye kalo isteri die tolong?? kalau dah cukup, lagilah tak patut dia mintak2 kat isteri.sy stuju gak yg kes ni 10 dlm 100. mungkin 10 dlm 1000. sbb kebanyak kawan2 sy, kami2 perempuan yg bekerja ni, sama2 sbg breadwhinner, bantu tampung keperluan rumahtangga. at the same time, tunaikan jgk tggungjwb masak kemas umah basuh baju lipas baju weekend jd cikgu pd anak2 pulkak lg. bukan ungkit tp cuma nk bg suami2 mcm encik pengadu ni nampak. kes anda ni kes terpencil.
    sy stuju jugak yg patut dr awal lg anda berbincang dgn isteri, bukan dh lepas 15 tahun br nk ngeluh. mmg la melenting dia. dan anda sendiri tau nature of herself yg suka bergaya dan berabis duit utk bergaya sejak sblum kawin (dan itu juga slh 1 sbb anda terpikat dgn dia kan).
    byk kes yg wanita dah terlebih baik ati, tggung keperluan kluaga, akhirnya suami anggap itu mmg tggungjwb wanita tu pulak. ini terjadi pd shbt baik sy yg membantu byrkan personal loan suami dia, bila dia tak byr for certain bulan (sbb utk diri sendiri pun x cukup) suami doe blh consider shbt baik sy ni berhutang dgn dia.. boleh???

    ReplyDelete
  11. Memang benar nafkah tanggungjawab suami. Tapi isteri eloklah bertolak ansur. Memang duit dia , dia yang punya tapi harus diingat hak suami. Suami ada hak untuk tidak mengizinkannya keluar rumah contohnya melancong dengan kawan2. Jadi suami dia ni bagus juga. Tak berkira sangat. Pandangan saya pujuklah isteri tu lagi. Kalau tak mau jugak terserahlah pada suami untuk cari pendapatan tambahan ke atau kalu rasa tak sesuai lagi dan tak boleh nak selesaikan lagi mungkin perpisahan jalan terbaik. Bagaimanapun sebaik baiknya jangan sampai bercerai kerana ianya tak disukai Allah SWT.

    ReplyDelete
  12. Kalau sebelum ini si isteri mengadu mengenai suami yang meletakkan tanggungjawab mengurus keluarga dinasihat supaya lebih mendekatkan diri kepada Allah, maka seharusnya suami perlu lebih mendekatkan diri kepada Allah...jangan mengadu keburukan pasangan..isteri perlu taat pada suami tapi yang lebih besar suami perlu taat pada Allah dan isteri adalah amanah kepada suami...si siteri telah mengadung dan melahirkan anaknya...boleh dinilai dengan duit? bila tak ditolong, dikata isteri x hormat suami kemudian cari lain...suami x pernah bersyukur

    ReplyDelete
  13. betul tu suami isteri perlu lebihkan lagi mendekatkan diri ngan tuhan..biar dibuka jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi

    ReplyDelete
  14. suami isteri perlu banyak2kan bersabar...

    ReplyDelete
  15. Nampak sangat si suami ni jahil bab2 agama.alahai......jahil sungguh.

    ReplyDelete
  16. Mmg ikutkan islam , semua tu tanggungjawab suami. Dan semua kerja rumah tu pun tanggungjawab suami, isteri hanya membantu.Itu adalah kenyataan. Cuma bab isteri keluar rumah @ melancong ker apa, isteri perlu keizinan suami. Suami boleh jer tak beri kebenaran isterinya pergi melancong.

    ReplyDelete
  17. “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

    ReplyDelete
  18. Dah nasib badan!! Nak yang cantik luaran dan tak kenal dalaman sebelum khawin, itulah masalahnya. Jika dikaji secara mendalam dulu sifatnya sebelum khawin, sudah tentu lebih memberi manfaat kepada rumah tangga. Terima jelah nasibnya!!

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...