terima kasih buat kalian semua..

Monday, May 9, 2011

Syabas Susilo Bambang !!


SAYA mengikuti melalui televisyen petikan ucapan perasmian Sidang Kemuncak ASEAN ke-18 di Indonesia yang dirasmikan oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY).

SBY menyampaikan ucapannya dengan penuh megahnya dalam bahasa Indonesia. Bahasa yang dituturkan oleh 250 juta umat manusia negara itu. Bahasa Indonesia itu dibentuk daripada bahasa Melayu yang difahami oleh jutaan lagi penduduk di Malaysia, Brunei, Singapura, selatan Thailand dan selatan Filipina.

Saya cukup teruja kerana kecuali Malaysia, Brunei mungkin Singapura tidak memakai set telinga untuk mendengar terjemahan kerana faham dengan bahasa yang disampaikan itu.

SBY boleh berbahasa Inggeris jika beliau mahu. Tapi beliau merasa bahawa bahasa Melayu/Indonesia merupakan bahawa yang paling besar penggunaannya di rantau ini. Maka itu, beliau merasakan ucapan itu harus dituturkan dalam bahawa tersebut.

Saya merasakan ia patut dijadikan contoh oleh semua pemimpin kita jika ia membabitkan acara-acara peringkat dunia, atau sekurang-kurangnya membabitkan peringkat ASEAN.

Kita harus merasa besar hati dengan bahasa kita yang ditutur oleh lebih suku bilion umat Melayu di rantau, malah dunia ini.

SBY, boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, tetapi beliau mempunyai jati diri bangsa Indonesia yang amat tinggi.

Sehubungan itu, saya teringat ucapan Tan Sri Razali Ismail ketika beliau dilantik sebagai Presiden ke-51 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 1996. Beliau dengan bangganya berucap dalam bahasa Melayu, walaupun bahasa pertuturan hariannya ialah bahasa Inggeris.

Jika kita rakyat Malaysia mahu memartabatkan bahasa Malaysia sebagi bahasa kebangsaan, maka hargailah bahasa itu, gunakanlah bahasa itu. Bahasa Malaysia ialah jiwa bangsa Malaysia.

Syabas SBY, Syabas Tan Sri Razali.

RAKYAT BIASA
Shah Alam

1 comment:

  1. Syabas sekali lagi kepada SBY kerana berucap dengan Bahasa Indonesia yang berakarkan Bahasa Melayu dan di fahami oleh hampir seluruh Nusantara (Selatan Siam, Malaysia, Indonesia,Brunei, Singapura, segelintir di Kemboja).

    Di Malaysia Bahasa Melayu nampak dipinggirkan walaupun majlis rasmi anjuran kerajaan dan dihadiri oleh kesemuanya hadirin tempatan!!

    M.Hussain

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...