terima kasih buat kalian semua..

Thursday, June 2, 2011

Bayar caj untuk perkhidmatan broadband yang mengecewakan di kampung !!


MERUJUK kepada kenyataan Datuk Seri Dr. Rais Yatim baru-baru ini, caj RM38 hingga RM58 adalah tinggi untuk orang kampung. Masalah kami orang kampung yang sebenarnya adalah terpaksa membayar caj untuk perkhidmatan yang amat mengecewakan dan kerap tiada langsung.

Simcard broadband hanya mendapat liputan yang lembab jika menggunakan telefon bimbit tapi jika menggunakan laptop atau PC memang tiada perkhidmatan.

Diharap pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan segera untuk mempertingkat mutu perkhidmatan. Ini akan dapat merapatkan lagi jurang kemajuan ICT antara kampung dan bandar.

Kalau tidak, kami yang di kampung dan luar bandar hanya sebagai pemerhati kepada segala kemajuan teknologi ICT.

ZAHARIN MAOKIL,
Segamat

1 comment:

  1. kami warga kampong telah lama dipinggirkan oleh pembangunan negeri dan negara.bak kata pak rais suatu ketika dulu kalau dia jadi mentori sekali pun bukit putus tak dapek dio lughuihkan,mak menteri napsiah pulak dari jadi montori sampailah dah pencen oghang renggoh/payo/salo tak ponah nampak dio.maso dio gah dulu kelibat napsiah ohgang kampong tak ponah nampak kono lak dah pencen.manolah oghang kampong nak kona broadband..hmmm!!.. berokband adolah,haghi haghi jongok kek tingkap siap dio soghoghak kek kito lak laie.apo khoba oghang kampong maseh nak nunggu janji bn laie koh?.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...