terima kasih buat kalian semua..

Monday, June 20, 2011

Bilakah Proton akan sedar mengenai kualiti keretanya????



APABILA pelancaran kereta Proton Persona dibuat dan setelah mendengar pihak pengurusan Proton sendiri memberi jaminan yang kualiti kereta Proton banyak berubah dan dipertingkatkan.



Justeru, saya membuat keputusan untuk membeli kereta Persona walaupun pernah melalui pengalaman pahit dengan kualiti kereta Waja yang dibeli sebelum ini.



Tetapi malangnya, kereta Persona yang saya beli mengalami nasib sama. Kini hampir setiap kali apabila menghantar kereta Persona untuk diservis di pusat servis Proton, saya pasti mempunyai aduan yang kebanyakannya tentang masalah sama atau berulang.



Selang beberapa bulan saya memandu kereta Persona saya, lampu gear level tidak berfungsi dan juga petrol cap lid patah. Saya terus pergi ke pusat servis Proton untuk membetulkannya. Tidak sampai dua minggu, masalah lampu gear berulang kembali.



Rasa marah dan kecewa menyelubungi perasaan kerana terpaksa mengambil cuti dan pergi semula untuk membetulkannya di pusat servis Proton.



Begitu juga dengan tinted film (cermin gelap) yang dipasang pada kereta saya.



Memandangkan cuaca di negara kita ini yang sangat panas, saya membuat keputusan untuk membeli dengan pakej lengkap aksesori yang dipasang tinted dengan harapan dapat mengatasi masalah bahang kepanasan ketika memandu.



Namun begitu, saya tidak dapat merasakan sebarang perbezaan yang ketara seperti yang diharapkan. Keadaan dalam kereta saya masih terasa panas terutamanya apabila saya memandu pada waktu tengah hari.



Saya harus memasang penghawa dingin kereta pada kadar maksimum. Terdapat juga banyak gelembung-gelembung yang terbentuk pada cermin belakang.



Setelah bertanya dan mendapatkan pandangan daripada kenalan yang memiliki kereta Proton, kebanyakan mereka juga menghadapi masalah serupa dan menukar tinted kereta mereka kepada yang lain.


PELANGGAN KECEWA
Seremban

12 comments:

  1. Proton..cubalah fikir macam korea (KIA)..Mahathir kena tegur Proton..jgan duk dalam comfort zone..kena gila-gila..kreatif mesti keluar dari skema..

    ReplyDelete
  2. yup, Hyundai dan Kia mula berkoloborasi pada 1998, Proton dan Mitsubishi pada 1983..kini lihatlah hasilnya berapa jauh Kia tinggalkan Proton..

    ReplyDelete
  3. Selagi puak penipu ni berkuasa mcm ni je le, saya pun dah serik, skrng pakai Vios, Quality TIP TOP beb, power lagi, naik bukit mencanak, PROTON makan asap je le.

    ReplyDelete
  4. Macam mana Proton nak mengeluarkan kereta yg berkualiti kalau vendornya terdiri daripada kroni sendiri yg pasti tidak mementingkan kualiti.

    ReplyDelete
  5. Aku pun ah serik ngan Proton ni, pakai 4 tahun problem macam kereta dah sepuluh tahun. Skrg aku pakai Toyota xde masalah pun...

    ReplyDelete
  6. SAY NO TO PROTON!!!!!!

    ReplyDelete
  7. keta cabok buatan malaysia ni jugak ler rakyat malaysia mampu beli...kapitalis iblis

    ReplyDelete
  8. baru jer plan nk beli saga FL..ermmm, cancel lah....hehehehe..bye Proton..

    ReplyDelete
  9. kualiti proton telah pun meningkat sejak akhir 2005,melayu insaf la buat fitnah!di UK proton di ranking no 5 kualitinya!

    http://www.carpages.co.uk/proton/proton-13-07-11.asp

    ReplyDelete
  10. kualiti problem ni dah lame dah solve tapi rakyat malaysia je yang tak yakin,tu je la masalahnye yang tinggal.

    ReplyDelete
  11. klau rkyat mlaysia sendiri x skong proton..mcm mn nk ni???

    ReplyDelete
  12. bila hntr luar ngara kualiti ikut oversea...tpi maselahnyaa cik abg oi..bila jual kat domestic lain kualiti..thap cipan punyar...tu mmg bengoong lar..mne bleh doube stndrd

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...