terima kasih buat kalian semua..

Monday, June 20, 2011

Derita pengawal keselamatan..


HAMPIR lapan tahun saya bertugas sebagai pengawal keselamatan. Apa yang hendak diutarakan di sini adalah mengenai banyak kepincangan yang berlaku di syarikat kawalan keselamatan.

Antaranya, pemberian gaji pokok yang begitu rendah hanya sekitar RM200 sebulan. Pembayaran gaji begitu lambat sehingga memakan masa tiga bulan. Contohnya gaji Februari dibayar pada April sedangkan gaji Mac dan April masih tertangguh.

Pemberian uniform bertugas yang hanya sehelai untuk tempoh dua tahun dan majikan gagal menghantar slip gaji atau penyata gaji pada tiap-tiap bulan.

Potongan gaji untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah dibuat pada setiap bulan, namun apabila diperiksa akaun KWSP tiada caruman yang telah dibuat.

NOR

Melaka

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...