terima kasih buat kalian semua..

Monday, June 20, 2011

Hapuskan cukai bonus pekerja !!


SAYA bukan tergolong pekerja muda lagi tetapi ingin menarik perhatian Perdana Menteri Malaysia kerana saya masih lagi bekerja (kilang).

Pekerja daripada pelbagai pangkat sehingga pekerja am sentiasa bekerja berhempas pulas, bermandi peluh, bersengkang mata dan tidak penat-penat membuat kepelbagaian inovasi mahupun kaizen bagi merendahkan kos operasi serta meningkatkan jualan supaya keuntungan syarikat meningkat naik.

Ramai juga semasa muda sanggup membuang banyak masa kerana tempat kerja No. 1 dan rumah No. 2 bagi mengejar prestasi diri, kumpulan dan syarikat supaya mendapat bonus tahunan yang cemerlang dan tinggi daripada syarikat tempat kerja.

Dengan adanya semua duit cukai (STD), setiap bulan Kerajaan Malaysia memotong cukai pendapatan penggajian pekerja bagi menampung perbelanjaan kerajaan walaupun duit gaji belum sempat dibau setelah penat bekerja.

Ada sesetengah penduduk Malaysia berbangga dapat lari daripada membayar cukai kepada kerajaan dan sesetengahnya pula diburu oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana masih bekerja di syarikat disebabkan hutang lapuk yang tidak selesai.

Mungkin satu Malaysia berasa sakit hati dan ataupun merasa benci kepada kerajaan apabila duit bonus juga dipotong cukai pendapatan sebaik sahaja slip gaji diterima.

Pekerja merasakan tidak wajar titik peluh dan usaha gigih duit bonus dikaut oleh kerajaan. Wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) takut berhadapan dengan pekerja apabila isu ini dibangkitkan, mungkin mereka tidak pernah bekerja macam pekerja kilang tetapi boleh hidup mewah.

Justeru, pekerja mahu duit bonus tahunan tidak dipotong lagi atau dikembalikan semula duit bonus dalam bentuk-bentuk yang memberi manfaat kepada penduduk Malaysia seperti rebet kos rawatan kesihatan, rebet bil eletrik, rebet pembelian peralatan Internet dan komputer, rebet pembelian barangan teknologi hijau, rebet tol, rebet petrol, rebet cukai jalan, rebet selenggara kenderaan sendiri, rebet barangan dapur, sijil simpanan premium ataupun simpan di tabungan simpanan hari tua.

Insya-Allah kepimpinan Perdana Menteri lebih terserlah ke arah kebajikan kepada pekerja dan penduduk Malaysia jika menghapuskan cukai pengajian pada duit bonus pekerja. Kami pasti sokongan akan lebih kuat kepada kerajaan.

ADNAN ABDUL KADIR

Sek U10, Shah Alam

1 comment:

  1. pernah satu ketika kakitangan kerajaan diberi bonus sebulan gaji...tak ingat tahun bila tapi memang best la dapat berita tu..sebulan gaji woo banyak tu. So kami di UniMap dibayar dua kali...hmmmphh biasalah tu janji bayar...so dapatla dalam RM1800 bonus utk setengah bulan...TAPIII dalam slip potong 700!!!! PERGHHHH punyalah mengamuk kat pejabat bendahari! siyess kalau nak bagi tu bagi jela nama pun bonus..so bermacam la alasan bendahari, tapi sempat pesan tu.."bulan depan pun potong jugak ye" arghhhh 1400 beb potong PCB untuk bonus! sepatutnya dapat bersih 3600...memang tak puas hati tahap gaban beb!

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...