terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, June 21, 2011

Pencari kerja kecewa..Semua nak yang boleh berbahasa Mandarin...



SAYA kecewa bila sering melihat banyak penggunaan bahasa dan penulisan Mandarin diberi keutamaan bagi jawatan kerja di sektor swasta yang diiklankan dalam akhbar tempatan dan juga portal carian kerja.

Di manakah peluang bagi kaum lain yang tidak menguasai bahasa tersebut untuk mendapat kerja terutama dalam sektor swasta? Apa yang dapat saya perhatikan di sektor swasta sekarang banyak peluang kerja diberikan kepada sesuatu kaum terutama bagi jawatan eksekutif dan ke atas.

Kalau diikutkan, ramai dalam kalangan bangsa lain yang ada kemahiran untuk jawatan sama menganggur serta sukar mendapat peluang pekerjaan di sektor swasta.

Sepatutnya di ruangan jawatan yang diiklankan tidak sepatutnya meletak bahasa Cina menjadi bahasa keutamaan melainkan jawatan tersebut memperuntukkan sebaliknya. Keutamaan tetap kepada bahasa Malaysia atau Inggeris.

ANAK MALAYSIA

Kuala Lumpur

1 comment:

  1. yup. setuju sgt. sepatutnya diberi keutamaan dalam bahasa rasmi, kalau tak pun bahasa inggeris..

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...