terima kasih buat kalian semua..

Friday, June 3, 2011

Surat terbuka untuk Ashraf @ Aleesha Farhana Abd. Aziz..


TERKEJUT, sedih dan kecewa apabila membaca tentang saudara Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz yang mahu menukar nama kepada Aleesha Farhana Abd. Aziz.

Namun, yang paling saya kesali ialah saudara telah menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand.

Perkara ini telah pun berlaku. Walaupun saudara pandai memilih nama yang sedap didengar, tetapi hakikatnya saudara tetap lelaki walaupun rupa paras saudara persis wanita.

Entahlah. Saya tidak tahu apa persepsi orang lain apabila mendapat tahu bahawa pembedahan itu turut disokong oleh keluarga saudara terutamanya ibu kandung saudara sendiri.

Tetapi saya beranggapan bahawa ibu saudara terpaksa merelakannya kerana perkara ini sudah berlaku.

Saya pasti, ibu mana yang suka anak yang dikandung selama 9 bulan menukar jantinanya setelah dewasa. Saya yakin, dia terpaksa. Kerana anak tersayang dia terpaksa merelakannya.

Surat ini bukanlah mahu mengaibkan saudara, apatah lagi mahu menghukum serta mencerca saudara seperti kiriman SMS di akhbar, komen di blog dan sebagainya. Tetapi saya dari hati yang tulus mahu saudara pulanglah ke pangkal jalan.

Ingatlah seksaan Tuhan yang sangat pedih di sana. Sedangkan Nabi Muhammad SAW sendiri melaknat lelaki yang menyerupai perempuan.

Nabi juga melaknat lelaki yang memakai pakaian perempuan. Janganlah terlalu nekad, saudara. Jangan ikut hati, sengsara hidup. Ikutlah fitrah, kembalilah kepada agama, Insya-Allah selamat.

Saudara, saya yakin kaum perempuan sendiri tidak menerima saudara sebagai perempuan walaupun bilangan kaum mereka bertambah.

Saya mewakili kaum lelaki tentunya tidak gembira dengan perkara ini kerana jumlah kaum lelaki yang sepatutnya menjadi khalifah semakin kurang.

Oleh itu, saya memohon kepada saudara supaya insaflah dan bertaubat kepada Tuhan yang menciptakan saudara seperti asal kejadian.

Jangan mengubah ciptaan-Nya. Ingatlah kita di dunia ini tidak lama. Lambat laun kita akan kembali jua kepada Tuhan.

AHMAD SYUKRI NAIM MOHD. TAHIR
Batu Karang, Kampar

2 comments:

  1. kalau tak silap, Ashraf ni mempunyai 2 jantina, semasa kecil anu kejantanannya lebih menonjol padahal sifat keperibadiaan lebih kepada wanita, cuma timbul isu yang dia ni boleh mengandung atau tidak.
    -dirafum-

    ReplyDelete
  2. Salam..sila baca berita betul2 ya..bukan dua tp stu jer,cuma x berfungsi...yg tu kan boleh berubat..jgn dijadikan alasan ya...
    Waallahuaalam..

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...