terima kasih buat kalian semua..

Saturday, July 9, 2011

Elak adakan sekatan jalan pada waktu puncak !!


PAGI semalam begitu banyak sekatan jalan dibuat oleh polis. Adakah tindakan tersebut ada kaitan dengan perhimpunan Bersih 2.0 pada Sabtu ini? Lokasi mereka berhimpun kita tidak tahu tetapi apa rasionalnya sekatan jalan di merata-rata?

Rakyat bukan seperti orang politik yang berpolitik 24 jam. Rakyat terpaksa bergerak ke tempat kerja. Oleh itu, diharapkan sekatan polis di jalan raya tidak dibuat pada masa puncak.

Laluan seperti Lebuh raya Damansara Puchong (LDP) dekat Tol Sunway; Besraya dekat simpang Seri Kembangan; Lebuh Raya Puchong-Sungai Besi dekat Giant Kinrara; Summit USJ; Subang-Kelana Jaya Link serta Persiaran Tujuan ke Lebuh Raya Persekutuan setiap pagi sentiasa sesak.

Apabila sekatan polis dibuat di tempat-tempat laluan rakyat hendak pergi bekerja, maka trafik bertambah sesak.

Benar, ini semua berpunca daripada Bersih 2.0 tetapi dengan perkembangan ledakan maklumat hari ini dikhuatiri rakyat bukan marahkan Bersih 2.0 tetapi kerajaan yang akan jadi bahan kemarahan.

Hal ini kerana rakyat boleh terima sekatan polis dibuat pada hari kejadian tetapi apabila tiga hari sebelum kejadian telah dibuat sekatan polis, rakyat akan marah. Tambahan pula bukan sekadar bazirkan masa tetapi kos bahan api sudah tentu bertambah dengan trafik yang lambat akibat sekatan polis.

Bukan sedikit yang lewat sampai ke tempat kerja, jadi mohon kerajaan usah terlalu melatah dengan perhimpunan Bersih 2.0 itu kerana percayalah kerajaan yang benar-benar bersih dan mendahulukan rakyat tidak akan tumbang dengan kumpulan yang kecoh itu.

LEWAT SAMPAI
Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...