terima kasih buat kalian semua..

Thursday, July 21, 2011

Guru boleh dipindah ke mana saja !!!




Isu berkaitan penempatan semula bagi guru yang terbabit mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia dalam usaha menjayakan matlamat memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Dalam mengambil tindakan segera bagi mencapai matlamat MBMMBI dan dengan keadaan kekurangan guru opsyen Bahasa Inggeris, kementerian berpendapat penempatan semula adalah satu-satunya cara yang boleh menangani isu berkenaan.
Keperluan perkhidmatan guru Bahasa Inggeris adalah tertumpu kepada sekolah luar bandar dan pedalaman yang tahap penguasaan murid dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris sangat rendah. Justeru, kepakaran guru Bahasa Inggeris yang berpengalaman luas sangat diperlukan.

Oleh itu, soal di mana guru ditukarkan dan notis perpindahan terlalu singkat tidak timbul kerana guru juga sama dengan penjawat awam lain yang terikat dengan arahan boleh ditempatkan bila-bila masa dan di mana-mana tempat perkhidmatan.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...