terima kasih buat kalian semua..

Saturday, July 9, 2011

Keluarkan buku panduan tentang sumber makanan halal..


NAMPAKNYA makanan atau bahan makanan yang kita beli di pusat membeli-belah kebanyakannya masih mengandungi lemak atau enzim babi dan berapa banyak kita memakannya jika berpuluh-puluh tahun kita dan keluarga menjamahnya.

Apabila adanya bahan haram dalam saluran pembuluh darah badan kita, di mana kita tidak sedar adanya benda haram itu menyebabkan kita tidak kusyuk dalam solat dan amalan lain.

Baru-baru ini, saya ada terbaca sumber dalam artikel yang boleh dipercayai bahawa kebanyakan keju yang diimpot dari New Zealand didapati mengandungi bahan lemak babi.

Diharap pihak Jakim dan Persatuan Pengguna Muslim serta penyelidik dari pusat pengajian tinggi dapat memberi butiran terperinci berkaitan jenama bahan makanan yang bebas daripada kandungan haram saperti lemak babi terutama bahan yang diimpot.

Beberapa kali terjadi apabila begitu lama sesuatu bahan makan yang mengandungi lemak atau enzim babi ini dijual dan apabila sedar, barulah sibuk untuk mengisytiharkan yang bahan itu haram untuk dimakan.

Oleh itu, dicadangkan kepada pihak Jakim, Persatuan Pengguna Muslim atau penyelidik pusat pengajian tinggi perlu mengeluarkan buku panduan tentang sumber makanan halal sekurang-kurangnya tiga bulan sekali untuk kepentingan umat Islam.

PAK SYED

Ampangan, Seremban

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...