terima kasih buat kalian semua..

Monday, July 18, 2011

Kenapa AirAsia lebih suka penumpangnya panjat tangga berbanding guna aerobridge???


Antara 25 sen dan jambatan aero


KEPUTUSAN Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) mengecualikan AirAsia Bhd. (AirAsia) daripada menggunakan kemudahan jambatan aero di KLIA2, Sepang memang sudah dijangkakan.

Pada majlis pecah tanah KLIA2 pada 1 September 2010, Tan Sri Tony Fernandes telah menyatakan pendirian tegasnya bahawa model perniagaannya dikekalkan termasuk penggunaan jambatan aero.

Maka, keputusan MAHB mengecualikan AirAsia menggunakan jambatan aero bukan perkara baharu.

Bagaimanapun, tahukah MAHB mahupun AirAsia, keputusan tersebut cukup mendukacita kerana kedua-dua pihak itu membuat keputusan tanpa meletakkan keselamatan dan keselesaan penumpang sebagai agenda utama mereka.

Keputusan MAHB itu mungkin mampu memberi penjimatan sebanyak RM104 juta kepadanya memandangkan pembinaan jambatan aero menelan belanja RM1.3 juta setiap satu.

AirAsia pula terlalu ‘berkira’ untuk meletakkan kos sebanyak 25 sen biarpun kos itu sebenarnya boleh ditanggung penumpang.

Jumlah 25 sen itu pun berdasarkan kepada kapasiti penuh pesawat A320 yang boleh membawa 180 bagi dua hala perjalanan.

Bayangkanlah sekiranya AirAsia X boleh membawa lebih 300 penumpang dalam pesawat A330, bukankah jumlah yang patut dibayar jauh lebih rendah?

AirAsia menggunakan model perniagaan tambang murah sebagai alasan dominan tetapi tidak bolehkah model sedia ada itu diperbaiki memandangkan syarikat itu telah matang selepas berusia sembilan tahun.

Dalam usianya yang menginjak ‘remaja’ sewajarnya AirAsia lebih matang dalam memperbaiki perkhidmatannya ke arah lebih baik tanpa terlalu memikir keuntungan semata-mata.

Kalau AirAsia boleh mematuhi peraturan penggunaan jambatan aero di negara-negara lain, apakah isunya sekiranya ia diteruskan di KLIA2?

MAHB pula selaku pemilik lapangan terbang sepatutnya lebih tegas dalam melaksanakan peraturan penggunaan jambatan aero demi keselamatan dan keselesaan penumpang sebagai pengguna majoriti terbesar di KLIA2 nanti.

Untuk menyelesaikan isu penggunaan jambatan aero bukan sesukar mana pun kerana kedua-dua pihak boleh membuat tinjauan di kalangan penumpang.

Malah, kalau penggunaan jambatan aero dikuatkuasakan pun bukan menjejaskan AirAsia kerana kos itu boleh diserap kepada penumpang.

Percayalah kalau setakat 25 sen, waima RM1 kos yang perlu ditambah, penumpang tidak akan merungut kerana dengan caj itu mereka tidak perlu lagi menuruni anak tangga kapal terbang sambil menjinjing bagasi.

Penumpang yang berkeluarga, tentu lebih payah lagi kerana terpaksa membawa sambil mengawal anak-anak kecil.

Itu tidak termasuk risiko sekiranya terpaksa meredah hujan dan terdedah kepada cahaya terik yang cukup menyeksakan sebelum memasuki balai ketibaan.

Bukankah pembinaan KLIA2 yang bernilai RM2 bilion diperjuangkan oleh AirAsia untuk memberi keselesaan kepada penumpang dan sudah sewajarnya penggunaan jambatan aero juga perlu diberi perhatian agar tujuan pembinaan infrastruktur itu tidak tersasar.

Malah KLIA2 juga bakal menjadi lapangan terbang tambang murah terbesar di dunia bagi menampung 30 juta penumpang pada masa depan tetapi apakah signifikan saiz lapangan terbang itu tanpa kemudahan yang mampu menjamin keselamatan dan keselesaan penumpang.

Isu penggunaan jambatan aero bukan isu berat untuk diselesaikan tetapi hanya perlu pertimbangan sewajarnya sahaja.

Bagaimanapun, timbul persoalan apakah pandangan Kementerian Pengangkutan berhubung perkara ini?

Mungkin sudah sampai masanya pihak terbabit menilai semula keperluan polisi penggunaan kemudahan itu bagi semua lapangan terbang di negara ini selari dengan matlamat untuk mendahulukan rakyat.

4 comments:

  1. AIR ASIA MEMANG MENYUSAHKAN PENUMPANG...

    ReplyDelete
  2. MAHB mmg telah merangka sebahagian bay akan dilengkapi dgn aerobridge walaupun Air Asia tidak memerlukannya. Malangnya kos pembinaan KLIA2 meningkat dari masa ke semasa kerana pembinaannya dibuat tanpa perancangan yg rapi. Ada 40 pakej dlm KLIA2, tidak termasuk pakej yg diswastakan, semuanya berada dlam keadaan kelam kabut. Setelah dibuat Value Management maka aerobridge terpaksa dikorbankan. Mula2 kata siap April 2012, skrg September 2012, kita tunggu.........

    ReplyDelete
  3. Siapalah MAHB hendak bersuara terhadap AA?Sapa orang di belakang AA?Khairy?Rosmah?Tony Fernandez hanya runner sahaja....

    ReplyDelete
  4. I took lots of airlines around the world , i can say AirAsia is quite okay for me , compare to others low-cost carriers .

    When taking low-cost carrier like AirAsia , you suppose to know that they won't provide aerobridge , because aerobridge is expensive . And most of the low-cost carriers applied the same rule too .

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...