terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, July 20, 2011

Pengakuan seorang anak angkat: Saya lebih kasih keluarga angkat berbanding ibu bapa kandung !!!


KEPADA ibu bapa yang berhasrat menyerahkan anak mereka kepada keluarga angkat walau atas apa juga alasan sekalipun, bacalah dulu luahan hati saya sebagai pedoman. Agar tidak berlaku sesuatu yang melukakan hati banyak pihak kemudian hari seperti yang terjadi kepada beberapa artis kita baru-baru ini, kerana mereka ini masih mempunyai keluarga kandung.

Saya sangat bersimpati dengan nasib artis wanita terbabit kerana saya juga dibesarkan oleh keluarga angkat dari kecil dan saya juga masih mempunyai keluarga kandung yang sentiasa mencari salah dan silap saya. Mungkin keluarga kandung mahupun masyarakat tidak memahami dilema dan perasaan kami sebenarnya, kerana itu mereka selalunya cepat menuding jari dan sewenang-wenangnya melabelkan kami anak derhaka dan tidak mengenang budi.
Sejujurnya, kami tidak dikurniakan apa-apa perasaan terhadap keluarga kandung. Ia bagaikan air kosong yang tiada rasa. Sayang pun tidak, benci jauh sekali. Pada kami cukuplah kalau kami kenal dan kami tidak minta lebih daripada itu. Bagi kami pengorbanan ibu bapa angkat sangat besar dalam hidup kami memandangkan mereka sanggup bersusah payah membesarkan kami yang bukan darah daging mereka.
Pada kami mereka inilah ibu bapa kami. Mereka yang memberi nafkah, membayar zakat, mendidik, menjaga ketika sakit demam kami, berhabis wang ringgit untuk menjadikan kami hamba Allah yang terbaik sebagaimana anak-anak mereka sendiri.

Jadi bagaimana lagi yang dapat kami nyatakan betapa kasih, sayangnya kami terhadap ibu bapa angkat jika hendak dibandingkan dengan ibu bapa kandung yang mungkin kami kenal sewaktu kami kahwin saja. Sebagai anak yang dibesarkan penuh kasih sayang oleh keluarga angkat kami sentiasa impikan ingin membahagiakan ibu bapa angkat kami.

Justeru, kepada ibu bapa kandung usahlah terlalu berharap anak-anak ini dapat memberi mereka kasih sayang sebagaimana yang diberi oleh anak yang mereka pelihara sendiri. Kedua-dua anak ini amat jauh berbeza.

Mungkin pertalian hanya di kertas semata. Kedua-dua pihak perlu reda terutama ibu bapa kandung. Usahlah diperbesarkan mengenai hak dan sebagainya, kerana keputusan memberi anak kepada keluarga angkat adalah hak mutlak ibu bapa kandung.
Janganlah di belakang hari kita berebut hak dengan keluarga angkat di atas kesilapan kita sendiri. Saya amat berharap ambillah iktibar dan janganlah sesuka hati mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati kami yang bergelar anak angkat tanpa memahami keadaan sebenar. Hanya Allah saja yang memahami hati dan perasaan kami sepenuhnya.

AMY NG,
AU3 Keramat, Kuala Lumpu

30 comments:

  1. salam..... saya pun merasa ape yang amy rasa kan sbb sy pun anak angkat.... sesungguhnya hanya Allah je yg tahu betapa sy sayang dan kasih kan ibu yang membesarkan sy... mmg benar ibu kandung besusah payah melahirkan sy....9bulan sy menumpang di perutnya..tetapi, sy mengenal dunia...sy mengenal pahit manis...mengenal kasih sayang dari keluarga angkat sy... tp, sy xpenah lupakan mak ayah kandung sy....wlupun tidak pernah bertemu, dr mula sy dapat tahu sy anak angkat dan sy masih ade mak ayah kandung, sy xpernah lupa utk doakan mak ayah kandung sy...sy tetap ingat darah yg mengalir dalam tubuh sy ini darah mereka... tp, perasaan sayang tu mmg xde...tp x juga membenci....sy bersyukur bersama keluarga angkat sy...sy xmarah mereka serahkan sy pada keluarga angkat sbb ibu sy menatang sy bagai minyak yg penuh dan sedikit pun tak pernah buat sy rasa spt orang lain...dan belum tentu sy dapat rs kasih sayang yg sebegini dgn keluarga kandung sy sendiri... kadang2 tak dinafikan ada terbit sedikit rasa sedih sbb smpai skrg pun sy masih xdpt tgok rupa ibu bapa kandung sy...mungkin waktu saya kahwin nanti barulah sy dapat tgok rupa keluarga kandung sy... pd keluarga kandung yang telah menyerahkan anak mereka pada keluarga angkat, kamu patut bersyukur ada org yang menjaga anak kamu dengan baik...jangan bila anak dh besar...berkedudukan...berharta...menjadi org kenamaan..kamu tiba2 nak persoalkan hak kamu...wahai keluarga kandung,setelah kamu lepaskan tanggungjawab kamu kepada org lain...hak kamu telah hilang...redha lah dengan apa yang jadi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin di dunia kamu rasa keluarga kandung kamu ni kejam apa semua.. tetapi sebnarnya dia nak kamu berjaya dan berharap kamu menghargainya... jgn kamu anggap dia hilang hak..kerana nti di akhirat kamu akn bertemu dgn ibu kandungmu.. jgn pernah derhaka kepada ibu kandungmu kerana itulah ibumu dunia dan akhirat..xkiralah mcm mana juga orgnya

      Delete
  2. larahati,
    assalamualaikum..saya amat memahami perasaan amy kerana saya pun mempunyai nasib yang sama. Kadang2 terpikir adakah aku ini bersalah kerna tidak punya perasaan sayang terhadap keluarga kandung.Adakah aku ini anak derhaka?.Tetapi saya tidak pernah mengenepikan mereka dalam hidup saya. Bila diingat balik sejarah2 silam,memang sedih..siapa yang berada di tepi kita,peluk kita,cium saya sewaktu sedih,sewaktu gembira,jawapannya keluarga angkat sya.Sewaktu dapat result peperiksaan,waktu jatuh longkang,sakit demam sya..sumanya ibu bapa angkat kita yang sentiasa di sisi. Tapi bila saya sudah besar,keluarga kandung mempertikaikan kenapa saya macam nak menjauhkan diri dari mereka,jarang call or balik rumah mak kandung dan menuduh keluarga angkat cuba halang aku dari merapatkan diri dari mereka. Adakah aku yang bersalah atau keluarga angkat aku yg bersalah????? Jangan salahkan ibu bapa angkat aku,mereka telah bnyk mengorbankan masa & dan serta kasih yg dicurahkan pada tak berbelah bagi.Seluruh keluarga angkat saya tak pernah anggap saya ini seperti org asing dlm keluarga.Sekiranya keluarga kandung saya terbaca artikel ini..tolong la fahami keadaan,jgn menuding jari pada yg tak bersalah.Ini suma sudah tertulis olehNya..saya akan diserahkan pada org lain setelah 4 hari dilahirkan oleh ibu saya.Peraasan ini..tak dapat diungkap dengan kata-kata,hanya air mata yang mampu menghuraikan segala-galanya.Sudah nasib saya begini..tetapi saya bersyukur keluarga angkat saya saya menyayangi saya.Terima kasih,mak & bapa kerna sanggup menjaga saya sejak dari kecil sehingga sekarang walaupun telah berkahwin.

    ReplyDelete
  3. Saya pun seorang anak angkat yang diserahkan kepada keluarga angkat. Keluarga kandung sudah berjanji kepada keluarga angkat akan serahkan saya semasa ibu kandung mengandungkan saya lagi. Semasa kecil saya tertekan kerana tidak faham kenapa ibu kandung sanggup serahkan saya kepada kelaurga angkat. Saya jadi cemburu kepada adik beradik kandung yang lain yang bahagia tinggal bersama ibu bapa kandung. Di sekolah juga, apabila kawan-kawan bercerita tentang keluarga, saya jadi malu bila giliran saya untuk bercerita. Reaksi pertama orang bila saya kata saya tinggal bersama keluarga angkat ialah "Mak ayah awak meninggal dunia ke?" "Mak ayah awak pergi mana?" Soalan begini membuatkan saya rasa marah dan tertekan.

    Walaupun membesar dengan keluarga angkat, saya tahu yang saya masih ada keluarga kandung dan sering balik ke rumah keluarga kandung setiap kali menjelang cuti sekolah yang panjang. Tetapi saya lebih selesa berada di rumah keluarga angkat daripada keluarga kandung. Bukan kerana keluarga angkat adalah mereka yang orang berada, tetapi mereka lebih mesra dengan saya. Kalau saya pulang ke rumah keluarga kandung, saya bagai diendahkan dan sering duduk sendirian.

    Lebih keruh lagi, keluarga kandung sering mencari salah keluarga angkat saya, mereka kata keluarga angkat tak pandai jaga saya. Padahal selama ini saya dididik oleh keluarga angkat dengan elok. Saya berjaya sehingga ke menara gading dan kini menjadi seorang peguam. Sedangkan keluarga kandung saya seorang pun tidak masuk ke universiti dan salah seorang abang kandung saya tidak habiskan sekolah menengahnya. Kini saya sering dikatakan seperti kacang lupakan kulit. Saya selalu dikatakan lebihkan keluarga angkat daripada keluarga kandung. Saya sudah cuba untuk merapatkan silaturrahim dengan keluarga kandung tetapi sehingga sekarang mereka masih asingkan saya.

    Sebagai seorang anak angkat, sangat susah untuk menjadi seorang anak yang baik untuk dua keluarga. Perlu bahagikan masa dan menjaga hati banyak pihak. Ditambah pula saya sudah mendirikan rumahtangga, keluarga mertua pula nak dijaga juga. Orang sekeliling sering kata pada saya "best la awak ada banyak keluarga", "Senanglah awak. Ada banyak mak. Ada mak kandung, mak angkat, mak mertua lagi." Mereka tidak tahu, tidak seindah yang mereka fikirkan. Tapi yang pasti, ibu angkatlah paling utama bagi saya. Maafkan saya, ibu kandung.

    Mira

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sama gak awak. Malangnya ibu angkat saya meninggal di saat saya dapat tawaran ke laur negara dan saya terpaksa berdiri atas kaki senbdiri.
      Bila saya dah sedikit berjaya, ibu kandung sama spt awak reaksinya. Kisah kita mmg totally sama.
      Tapi, saya sampai dah mula membenci ibu kandung saya dan keluarganya. Saya benci mereka semua.
      Benci!!

      Delete
    2. Saya pun sama juga..ingatkan saya sorg je ada masalah mcm ni..skang ni saya stress..keluarga mertua plk hari2 mendesak suruh pegi jumpa mak bpk kandung sedangkan mak bpk kandung dan adik beradik kandung sudah membuang saya..nk pegi jumpe buat ape lagi kalau org dah benci kite??stress gila..

      Delete
  4. kepada yg menulis artikel diats mahupun yg membls topik...
    maafkn sis andai bicara keterlaluan. Anda semua bertuah dijaga dan dibesarkn dgn sempurna oleh keluarga angkat. Alhamdulillah anda jadi org yg berjaya dlm hidup. Bg yg dh jadi ibu/bapa tentu tahu betapa ksh syg anda pd ank2 tidak berbelah bg. Sis sndri adalah seorg ibu.
    Sedari kecil membesar dgn keluarga angkat dan diberitahu ibubapa sis dh meninggal. Tp sebagai seorg ank sis ttp berdoa akn dipertemukan dgn ahli keluarga kandung yg lain. Alhamdulillah berkat dr doa yg x putus dan usaha sis bertemu kembali dgn ibu dan adik lelaki 4 thun lpas. Ayah msh belum ketemu hingga hari ini. Sis x pernah slhkn ibu krna menyerahkn sis pd keluarga angkat. Sis ttp syg ibu walaupun ibu seolah2 menganggap dia tidak pernah punya ank perempuan.
    Menjalani kehidupan sbgai ibu tunggal byk memberi keinsafan dan kesedaran dlm hal sebegini. Sis sndri menyerahkn 2 org ank kpd keluarga angkat sbb ditglkn suami ketika mengandung ank ke-3. Sehingga kini keluarga angkat tak beri sis bertemu ank2. Ank sis yg bungsu sudah berusia 8 thun tp msh belum knl kakak2nya.
    Adakah stu hari nanti ank2 sis akn seperti kalian tiada perasaan apa2 pd sis? Sdhnya hati seorg ibu bila mengetahui anknya tiada perasaan ksh syg pdnya...
    Kdg2 org tua byk karenahnya. Mungkin malu krn tidak dpt mnjga n mbsrkn ank kandung dgn sempurna. Tp pasti mereka punya alasan trsndri.
    Mcm sis berikn ank tuk dipelihara oleh org lain bukanlah sesuatu yg kita ingin dlm hidup kita. Tp sbgai ibu sis mahu ank mndapat didikan dan penjagaan yg baik. Hidup dan ksh syg yg sempurna.
    Disebabkn ketika itu tiada pekerjaan dan dihalau dr rumah sewa lgpun tgh mengndung sis trpaksa buat pilihan. Bkn mudah berjauhan dgn ank kandung. Bertahun menjeruk rsa dan berendam airmta. Hanya Allah yg tahu.
    Setelah mnbaca artikel kalian bertmbah sayu rsanya. Tdk dpt dibygkn bgaimana suatu hari nanti bila ank2 tidak menganggap sis ibu mereka.
    Tp sis percya apa yg kita buat pd ibu kita ank2 akn buat semula pd kita. Mudah2an ank2 sis akn syangi sis sebagaimana sis sygkn ibu kandung sis walaupun dia x pernah membesarkn sis.
    Bg sis ibu ttp ibu tidak kiralah ibu angkat atau kandung. Kita ttp kna mendoakn dan menyayangi mereka. Berbaktilah sementara mereka msh ada. Moga kita tidak menyesal di akhir waktu nanti...

    ReplyDelete
  5. saya bukan anak angkat ttp utk menyalahkan anak angkat kerana tidak mempunyai perasaan kasih sayang pada ibu kandung adalah satu kenyataan yg dangkal dan tidak berpijak di bumi nyata.

    dlm hal ini, penerimaan setiap anak angkat berbeza. Ada yg mahu pulang ke keluarga kandung kerana merasa dia bkn sebahagian keluarga angkat walaupun ibu kandung tidak mempunyai perasaan kasih syg kpd anak yg diberi kepada orang lain.

    Atas apa faktor sekalipun, saya tidak setuju ibu kandung menyerahkan anak angkat kpd org. ramai yg memberi anak kpd org lain sb anak itu anak tidak sah taraf daripada membuang bayi itu ttp apbila budak itu sudah besar dan berjaya, owh...that's my child.. WTF!

    ReplyDelete
  6. saya juga merupakan anak angkat dan mempunyai hubungan yang agak dingin dengan ibu dan adik beradik kandung tetapi setelah terbaca artikel ini:

    (http://laman-seri.blogspot.com/2010/10/kaunseling-dilema-anak-angkat.html)

    saya berterkad untuk cuba mengubah diri saya secara perlahan-lahan, diharap anda semua sudi untuk membaca blog tersebut. semoga kita mendapat berkat dari Allah swt jua, apa yg berlaku pasti ada hikmanhnya

    ReplyDelete
  7. hati sy tersentuh mendengar cerita sis...sungguh saya sendiri anak angkat yang dipelihara dari kecil oleh keluarga angkat yang baik jagaan dan didikan mereka..syukur ke hadrat Ilahi...tidak lama lg sy akan bernikah dan sy memrlukan wali utk urusan nikah sy...kemudian sy mencari keluarga kandung.dan sy berjumpa dgn ibu kandung(ayah kandung dah meninggal) serta adik beradik yg lain ttp tidak semua lagi..akan ttp abg kandung sy mempersalhkan diri ini krna tidak mncri mereka...hnya Allah yg tahu hati ini..sy tidak minta semua ini berlaku dan sy redha dgn ketetntuan Allah dr dhulu lg..sy bingung knp die begitu menylhkan sy seolah2 sy ini lupa daratan..sungguh sy belum bersedia sblm ini utk berjmpa kelrga kndung..dan utk menyatakan sy tidak menepikan klrga kandung sy mncri wali dr waris sdnri sbg tnda mghrmati ibu kandung...sdangkan ibu kandung sy tidak sikit pon persoalkan apa yg tlah berlaku..sgguh sy berkecil hati dgn skap abg kndg sy yg buat pertma kali sy berjmpa dan die mengeluarkan kata2 kesat kpd sy ...sungguh sy tersa hati...dan sy bernekad utk meminta adik lelaki yg berumur 21thn itu utk mnjdi wali sy nnti..semoga Allah permudahkan urusan sy dan jauhkan diri sy ini dr sifat org hasad dengki...

    ReplyDelete
  8. tanpa doa dan restu ibu kandung yg susah payah mengandung dan melahirkan hidup ank itu tiada erti.tiada apa yg lebih besar melainkan seorg ibu melahirkan seorg anak di mana nyawanya dipertaruhkan.. hargailah ibu kandung anda.. kerana saya juga ibu kandung trhadap seorg anak yg sy trpksa serahkn tnpa rela hati.. saya sebagai ibu kandung syg trhadap anak sy xtrkata..sy hnya mampu brdoa sahaja..tidak semua ibu yg serahkan anak kepada keluarga angkat atas sbb bnci xnk jaga tp sebnrnye untuk kebaikkan dan masa depan anak itu sndri..terasa sebak ye apabila seorg ank kndung xmnghargai pngorbanan ibu kandungnya..mereka xtahu betapa sukarnya menelan segala pahit..dalam pantang tiada anak disisi.. Ya Allah ,hanya Allah shja yg tahu.. tp apabila anak2 ini sudah besar dan berjaya dia lupa akn ibu kandungnya. saya harap anak saya dapat terima saya nanti.. ibu sayang sgt kat baby..ibu terpaksa syg..demi masa depan baby..tiada seorg ibu xnk yg terbaik untuk anak dia.. :(

    ReplyDelete
  9. saya juga anak angkat. skrg sy sudah berumur 17 tahun. saya jugak tak tahu dimana ibubapa kandung saya, apa yg saya tahu ibu kandung saya tidak akan menuntut saya kembali setelah dia menyerahkan saya kpd keluarga angkat. sehingga skrg saya tak tahu dimana mereka. perasaan syg saya terhadap mereka tiada, kerana dari kecil saya ditatang oleh keluarga angkat. saya juga tak tahu berapa bilangan adik beradik kandung saya. hubungan saya antara mereka macam terputus begitu sahaja. cuma saya harap mereka baik-2 sahaja dan panjang umur. saya bersyukur keluarga angkat saya menjaga saya dgn baik selama ini. saya sygkan mereka sangat-2. muka saya seiras dgn muka ummi saya iaitu ibu angkat saya. semoga ALLAH panjangkan umur keluarga angkat saya ini, aminn

    ReplyDelete
  10. Gadis malang.......assamuaikuum....saya pun rasa gak apa yang amy rasa tapi wani tak seuntung amy punyai ibu angkat yang penyayang.....wani dah berkahwin wani tengok ibubapa angkat macam tak suka ja wani balik umah itu.......ada ja yang tak kena..tak balik tanya?macam-macam depa kta kt wani tapi wani diam ja......tak tahan duk umaah 2 lagi.................-

    ReplyDelete
  11. Saya seorang ibu angkat yang memelihara seorang anak angkat luar nikah. Saya sangat sayangkan anak angkat saya, malahan kesemua ahli keluarga saya menyayangi dan menerima walaupun mereka tahu asal usulnya. Kata mak saya, anak angkat saya itu telah ditakdirkan Allah untuk saya cuma dia lahir melalui perut orang lain. Di saat saya pegang dia dan jari kecil dia pegang tangan saya...pada usianya 7 hari..saya dah cakap dalam hati inilah anak saya dunia dan akhirat dan saya akan berikan segala yang terbaik untuk dunia dan akhiratnya. Kuasa allah, rupa parasnya warna kulitnya iras saya dan suami. Kalau dibawa berjalan memang orang kata anak kami. Namun, bila saya kenangkan bahawa pada satu masa nanti saya harus beritahu dia kedudukan dirinya yang sebenar, saya jadi sedih dan sebak. Saya jadi bingung tak tahu macamana saya nak cakap pada dia. Macamana saya nak ajar dia melindungi dirinya dari kata kata jahat orang sekeliling terutama kawan kawan sekolah yang bakal mengejeknya. Macamana saya nak pastikan dia tahu saya sayang dia macam anak kandung yang tak mungkin saya lahirkan. Paling utama yang saya sedih dan risau ialah batas aurat kami. Macamana kami berdua nak menghadapinya..anak yang saya cium, saya timang, saya mandikan, saya suapkan makanan dan susukan, saya belai dengan manja tak dapat lagi saya sentuh malah serumah berdua pun tak boleh..(air susu saya tak keluar, adik beradik semua dah tutup 'kilang' dan masa semakin suntuk). Satu hari nanti dia juga akan tahu makcik yang selalu saya bawak dia jumpa itulah ibu kandungnya. Saya sayang dia sangat sangat. Saya harap dia tak lupakan saya yang memelihara dan mendidiknya dari sebesar tapak dua jari walaupun pada masa itu saya tak dapat cium dia dan peluk dia lagi. Jangan tinggalkan saya bila dah tahu jalan sendiri ke rumah ibu kandung. Dia anak saya, dia sentiasa ada dalam doa saya ketika solat.

    ReplyDelete
  12. saya sungguh mohon maaf bila ada kata2 yang tidak berkenan,

    saya seorang ayah dari seorang anak angkat ...., tiada sedikitpun perasaan menganggapnya sebagai anak yang dikandung dari benih orang lain, demikianpun istri saya, demikian juga seluruh keluarga besar saya. Saat dia sakit2an semasa kecil, sayapun serasa merasa kesakitannya duduk berjaga ditepian ranjangnya, tergopoh memeluknya ke dokter ditengah malam buta.

    Demikian anak saya semasa bayi agak berbeda karena berlainan suku dan ras, .... entah bagaimana, atas kebesaran Tuhan, saat ini dia telah masuk elementary Sch, .. pelahan anak saya berubah bak pinang dibelah dua dengan saya, ... mulai wajah sampai sifatnya, Wallahualam, saya hanya manusia yang tak paham rahasia kebesaranNya.

    Tak ada sedikitpun niatan saya untuk memutus tali sillahturahmi dengan keluarga kandung, setiap berkunjung tak lupa saya bawa dia kerumah, meskipun kepada Ibu Kandung dia memanggil kakak ..... bagi saya apa yang ditetapkan Allah, anak ini dilahirkan oleh mereka, namun Allah juga yang memutuskan bahwa saya yang harus menjaganya, mengasihinya, merawatnya, mengawalnya sampai jadi orang yang berguna, amanah yang harus selalu kami jaga.

    Tak ada niatan sedikitpun untuk meminta balas jasa, ... kegembiraan dan kehangatan yang dibawanya kedalam keluarga selama ini adalah jauh lebih berharga dari segala peluh dan lelah.

    Kadangpun saya sering sedih saat memandanginya tidur saat malam, .... saya sedih bukanlah karena takut kehilangannya, ... saya hanya sedih bila membayangkan rasa sakitnya ketika tahu dia bukan anak kandung kami, ... saya sedih karena tidak sanggup membayangkan kesepiannya bila saya harus berpulang dan tak mampu mendampinginya lagi didunia. Namun semua saya serahkan kepada Allah karena Allah pasti mempunyai rencana yang baik bagi umatnya.

    Doa saya selalu untuk anak saya, ... semoga kebahagiaan akan menyertainya, sudah cukup kesakitan yang diderita semasa dikandungan, oleh kekhilafan ibu muda jaman sekarang dan penolakan oleh bapak muda yang belum tahu arti kata tanggung jawab, ... janganlah orang2 tua ini kembali menorehkan kembali luka saat dia dewasa, karena egoisme dan memperbandingkan hak semata.

    Bilapun dia harus kembali ke keluarga kandungnya itu adalah kuasa Allah, bagi kami dia tetap anak kami dimanapun dia berada, ... kasih kami akan selalu bersamanya, kasih yang bertaut setiap malam saat kami memeluknya, setiap kami mendendangkan lagu nina bobo dan menutupkan selimut pada badannya.

    Berserah kepada kehendak Allah, bagi kita semua ... anak kandung, anak angkat,keluarga kandung, keluarga angkat atau apapunlah istilah kita manusia mempertentangkan bahasa ..... bila kita benar menyayangi anak kita, bukankah kebahagiaannya adalah yang utama?, ..... bila membebani dan melukai kembali jiwanya, patutlah kita bertanya lagi, siapa yang kita cintai .... anak kita ... atau justru terjebak bersembunyi pada kepentingan diri sendiri.

    Wallahualam, manusia sering mengulang kesalahan .... demikianpun mungkin saya.

    Salam,
    Mataram - Indonesia

    ReplyDelete
  13. Semoga semuanya terberkati dalam nama Tuhan..

    ReplyDelete
  14. assalammualaikum... sye pn anak angkat... tapi sampai sekarang sye x tau siapa keluarga kandung sye... sye diberi didikan agama dan akademik yg cukup oleh ayah dan ibu angkat saya... mereka menjadikan saya anak kesayangan kerana sya tunggal.... sye tahu akan kebenaran ni pun 2 thun lpas... tu pun mase saya ambil keputusan untuk bawa mak ngan ayah angkat saya menunaikan umrah tahun lepas... itu pun selepas mk ngn ayah bincang dengan ahli keluarga... yelah... depan rumah Allah... kebenaran perlu saya tahu... sebab takut tersentuh tangan ayah saye nnti batal pulak wuduk... Ya Allah, rase nk gugur jantung bila tahu... mse sye tahu tu usia sye dh 24 tahun... memang saya boleh terima takdir Allah untuk saya.... tapi sye tetap bawa mereka menunaikan umrah... sebab itu janji sye dengan Allah.... bagi saya, itu adalah tangungjawab sya sebagai anak.... tapi sye sedih kerana selama ni sya x mendoakan langsung untuk ibu bapa kandung saya... saya harap mereka sihat dan baik... setakat ni xde yg mencari sya... jujur sye katekan... sye sngt sedih ... sebab sye terfikir sye akan dibintikan atas nama siapa bila sye mati nnti..... sye pn terfikir mcm mne nk kahwin nnti... sye cemburu tengok orang lain dinikahkan oleh ayah sendiri... setakat ni boy friend sye x tau lagi... sye pn x berani lgi nk bgtau... tp mk suruh bgtau.... sye pn xtau mcm mne... sye berhasrat nk buat kan ibadat korban untuk ibu kandung saya tapi x tau namanya... kalau boleh sye nk bekalkan bekalan dunia dan akhirat untuk orang2 yg sye syang. Sye sngt syangkan ibu bapa sye sekrang nie dn sentiasa memohon agar mereka menjadi ibu bapa sye dunia akhirat... tapi sye x pernah membenci keluarga kandung... sebab ini takdir Allah untuk sye

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya jugak anak angkat...saya dijaga baik oleh ibubapa angkat saya..
      saya kadang2 terfikir sapa ibubpa kandung saya..dimana mereka adakah mereka baik2 jer...ya allah hanya allah sahaja mengetahui bertapa saya rindu terhadap mereka
      namun untuk menjaga hati kedua2 ibubapa angkat saya..saya tidak pernah tanya kepada ibubapa angkat saya dimana ibubapa kandung saya
      mereka juga tidak tahu bahawa saya sudah tahu siapa saya sebenarnya..saya hanya mampu berdiam diri..dan berdoa semoga saya dapat menbalas jasa ibubpa angkat saya..
      agak perit juga untuk saya terima semua ini..kerna saya masih bersekolah..kadang2 saya cemburu meliht kawan2 saya diberi kasih sayg sepenuhnya oleh keluarga kadung mereka..dan hidup dengan penuh gembira
      saya kadang2 menagis apabila mengena kan saya nasib saya seorang anak angkat pada mula nya...kerana kadang2 kawan saya menanykan soalan kpd saya..kenapa muka saya berlainnan dengan ibubapa kandung saya
      kenapa saya punyer surat beranak lain dengan kawan2 saya
      saya hanya mampu menagis memikir kan semua nie..
      namun saya tetap gigih untuk mencapai cita2 saya..dan mengejak impian saya..serta membahagiakan ibubpa angkat saya..insyaallah..doakan lah saya..

      Delete
  15. Salam semua..

    mcm2 masalah ada tntg keluarga angkat n keluarga kandung..
    cakap admin tentang hati perasaan tu terhadap keluarga kandung mmg betul utk aku.. sayang sket2 je..benci jauh skali..

    dah kita dibesarkan dalam keluarga angkat...hari2 mengadap muka family angkat..dibela pulak sejak baby lagi.. keluarga kandung plak, kita dah besar panjang baru tau ada anak..baru nak tercari2..agak2 kalo guna otak normal ni, bolehke wujud perasaan sayang yg mendalam gile2 kat keluarga kandung ??? ce jawab !

    otak human aku tafsirkan : sesekali tidak punya perasaan sayang yg mendalam kat family kandung sebaliknya perasaan tu tertumpah pd keluarga angkat !!!

    tp hal aku lain sket.. aku ni special :)
    walaupun aku dibesarkan dgn kasih sayang n perasaan syg aku lebih pada keluarga angkat yg bela aku ni.. tapi aku sering dihina sejak dr kecil sampaila aku umur 29 tahun.. can u ol imagine ???

    aku dihina dilemparkan kata2 kesat oleh mak angkat aku setiap kali dia marah !!! ok fine..mmg aku bersalah..adatla anak dara cam aku ni kdg2 pemalas buat kerja rumah.. bila aku rajin tolong bagai..dia tak hargai..ada saje yg xkena kat hatinya.. aku jugak yg sakit hati..tolong salah xtolong salah..jadi apa boleh buat ?? aku buat bodo je laaa~

    tapi agak2la kalo marah asyik nak mengungkit tentang keluarga aku yg papa kedana tu, ungkit pemberian harta dia kat aku start dari pemberian kereta, moto, rumah, hasil tanah, duit gaji bapak angkat aku..habis dikatanya aku jenis xsedar diri, menyusahkan hidupnya tak henti2.. semua benda mengungkit !!!

    agak2nya mak angkat aku tu bagi ikhlas ke tak ??? aku yg blaja psikologi nih amat2 memahami perilaku seseorang.. fuck off la kalau ada kenyataan bagitau "JANGAN AMBIL HATI KATA2 ORG SEDANG MARAH... DIA TAK DA NIAT APA2 PUN"... haha.. bodola..sape aja??

    Tengah marahla seseorang akan luahkan segala yg terbuku dihati tanpa ditapis-tapis... sebab tu wujud ayat2 agama yg nyatakan, jika nak lihat akhlak seseorang, lihat ketika marahnya !!!

    jadi utk kes aku nih..yg kene mental abuse since kanak2 sampai umur 29 tahun mmg akan jadi meroyan kalau cakap tentang family.. dahla keluarga kandung acuh tak acuh.. nak tolong ketika susah jauh skali.. dan keluarga angkat pulak ok.. mmg aku ditatang dengan minyak yg penuh ron 100 beb ! tapi bila dia marah.. musnah punah apa yg aku rasa tentang sayang tuh.

    n now apa yg aku faham HIDUP AKU HANYA UTK ALLAH !
    aku susah ke apa ke.. adik beradik kandung mmg xkan tolong, n adik beradik angkat pun sama je..tp kalau aku senang, ikhlas hati, in sha allah aku kongsi kegembiraan tu dengan mereka semua.. sebab ni semua takdir.. aku kene laluinya walau sakit bagi ditikam2..
    persoalannya, siapa yg sayang aku ???
    answer, none !
    jadi I've to stand by my own 2 feet !
    jaga hati sendiri lagi baek.

    teringat lagu ---> looking the bottom of the glass, hoping 1 day I will make a dream last.. the dreams come slow n it goes so fast..

    teringat jugak kata nabi ---> setiap keluarga akan dipertemukan semula dengan keluarga masing2 n akan bahagia di syurga kelak.

    Allah itu maha adil.. aku ni hanya hamba yg bermain di pentas lakonan dunia ~ #watdono #jalanjela #hurtburt

    ReplyDelete
  16. Umur saya 16, tahun depan SPM. Saya tak pernah jumpa ibu bapa kandung saya. Tak pernah. Saya selalu doakan dia dalam doa saya. Saya harap dapat jumpa dengan mereka sebelum kiamat/ saya mati. Saya tak pernah benci mereka. Kalau mereka tak ada mungkin saya tak kenal erti kehidupan.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum... sy hanya ingin berkongsi perasaan menjadi anak angkat kepada ibu yang penyayang serta ibu kandung yang baik....

    33 tahun yang lepas, sy diserahkan kepada ibu dan bapa saudara saya sebaik sahaja selepas dilahirkan memandangkan mereka tidak mempunyai anak (ibu kandung telah berjanji kepada ibu angkat untuk serahkan anak sekiranya dia mengandung lagi)... saya tahu saya anak angkat sejak sekolah rendah apabila sepupu iaitu abg dan kakak kandung sering berkata bahawa saya adalah adik mereka namun persoalan itu tidak pernah saya rungkaikan kepada ibu dan bapa angkat sehinggalah saya menginjak dewasa kerana ingin menjaga perasaan mereka walaupun saya sering menangis diejek kawan dan cikgu sejak di sekolah rendah kerana nama bapa dan nama "binti" tidak sama... kemudian ditakdirkan ibu bapa angkat sy berpisah ketika saya berumur 17 tahun dan ibu bapa kandung datang menuntut kembali dan saling mempertahankan hak. saya membuat keputusan untuk terus tinggal dengan ibu angkat yang telah menjaga dan memberikan kasihsayang kepada saya... pada fikiran saya ketika itu, hanya ibu angkat yang berhak ke atas diri saya kerana ibu kandung sanggup serahkan saya kepada org lain sedangkan abang, kakak dan adik sy dia jaga... sy rasa sedih dan sangat terkilan... namun saya msh menghormati mereka dan saya menukar gelaran ibu dan bapa saudara kepada mama dan abah seperti yang sepatutnya walaupun saya tahu hati ibu angkat tidak boleh menerima kerana takut kehilangan saya...

    setelah berkahwin, suami banyak memainkan peranan untuk mendekatkan saya dengan keluarga kandung terutamanya dengan ibu kandung saya walaupun ibu angkat tidak bersetuju dan keberatan. sejak berkahwin sehingga sekarang kami juga membawa ibu angkat tinggal bersama kerana dia tidak mempunyai anak dan suami saya dengan senang hati ingin menjaga dan merawatnya bagi membalas jasanya membesar dan mendidik saya... suami juga sering menasihati sy agar menjaga dan mencurahkan kasih sayang yang sama antara kedua-dua ibu kandung dan angkat kerana hubungan sy dengan ibu kandung adalah hubungan yang Allah swt cipta dan dengan kebesaran dan kelapangan hati ibu kandung jugalah saya merasa kasih sayang daripada ibu angkat namun tiada keikhlasan di dalam hati hanya ingin menurut perintah seorang suami maka saya berbaik dengan keluarga kandung...

    setelah mempunyai anak sendiri baru sy sedar betapa sakitnya masa mengandung dan melahirkan seorang anak dan timbul keinsafan di dalam diri saya bahawa tiada seorang ibu di dunia ini yang tidak sayangkan anak yang dikandung dan dilahirkan namun atas beberapa sebab anak itu perlu diserahkan kepada orang lain. saya betul2 insaf dan rasa bersyukur kerana berpeluang mendapat doa dari dua org ibu yang sy sayangi walaupun kadangkala sangat tertekan kerana perlu bersikap adil dalam menjaga hati antara mak yang bersusah payah membesar dan mendidik sehingga berjaya denga mama yang melahirkan. demi menjaga hati mereka sehingga kini sy tidak pernah mempersoal kenapa sy dijadikan anak angkat kerana itu adalah peristiwa lepas yang tak mungkin dapat diubah... apa yang penting kita sebagai anak perlu berbakti dan berdoa kepada mereka tidak kira ibu kandung mahupun ibu angkat.

    Buat anak-anak angkat yang lain, berlapang dadalah dengan takdir yang Allah swt telah aturkan kepada kita... berbakti kepada kedua-duanya tidak kira kandung mahupun angkat kerana tanpa mereka berdua kita tidak mungkin akan berada ditahap kita sekarang... percayalah anda akan menikmati kebahagiaan hidup dan rezeki yang luar biasa yang dikurniakan oleh Allah swt kerana ianya bergantung kepada apa yang kita berikan dan lakukan untuk membahagiakan ibu yang melahirkan serta ibu yang membesarkan kita.....

    ReplyDelete
  18. Sya juga anak angkat...dn brumur 14 tahun (2014)...sy bru tahu bhwa diri sy mrupakan anak angkat pd umur 11 tahun...hati sy kian TERGURIS pd msa itu shingga kini...ttpi sya brsyukur sbb sy skolah brasrama pnuh...supaya sy tidak mnyusahkn ibu bapa angkat...kerna sy tahu pnat lelah mreka...maafkan sya...

    ReplyDelete
  19. Saya telah mengambil anak angkat 14thn yang lalu,malangnya dia kini mengidap sakit mental yang diwarisi dari ibunya.Saya terima kenyataan ini dengan redha dan ikhlas.

    ReplyDelete
  20. Umi bkn membuangmu syg.. tdk skali ... tetapi bnyak yg prlu umi lakukn.. bnyk hti yg prlu djga.. umi hrap kamu bleh maafkn umi.. bleh trima umi... umi syg kamu lbh dri diri umi sndri... n ini kptsan pling sukar spnjng hdup umi... umi mahu yg trbaik untukmu syg.. yg x mampu umi lakukan untuk mu..

    ReplyDelete
  21. Salam..saya merupakan seorg ibu yg trpkase menyerahkn anak yg sye kndug selama 9 buln kpde kluarge angkat ..kepada anak2 angkat yg lain..jgan lah mngganggap ibu kandug kamu sume seorg yg jahat krna telh mnyerahkn kamu kpde kluarge angkat..begini rupe nye perasaan kamu sume..Ya Allah..pilu hati sye mmbaca komen2 korg sume..harap anak saya tidak akan mmbenci saya..saya menyerahkn anak saya dgan aty yg x rela..kluarge angkat bby sye mse tu menabur janji2 akan mmbenarkn saya dtg melawat anak saya slpas bsalin..tpi lain yg jadi..stelah dpat ap yg dorg nak..dorg pisahkn kami..dorg bwak lari anak saya dan smpai skrg sye x tahu dimana anak saya berada..saya sayang sngt2 kat anak saya..kerana kluarge memakse sy tpkse serahkn bby sye kpde org lain..saya seorang yg lembut hati..sehingga terlalu simpati kpada dorg yg dh lme kwen tpi xde anak..tpi bukn ini yg sye harapkan..silap saya terlalu cpat menilai org..sehingga mereka menganiaya saya dgn memaki hamun sye jika sya mnyatakan hasrat hndak bjmpe dgn bby saye..mereka menafikn saya sbgai ibu kndug bby trsebut..ya Allah pada mse itu Tuhan je yg tau btape perit dan sakit nye hati ini..brpantang tanpa baby di sisi..saya btol2 x sngke ad mnusia sekejam itu..saye bsimpati dgn nseb mereka dan snggup mnyerahkn anak saye kpde mereka agar anak saya dpat hdup dgn lbih baik kerana mereka merupakan org berada..saya sntiasa berdoa agar 1ary nnti x kire lmbat atau cpat Allah akan pertemukn sye dan anak saya kembali...begitu bsar pgorbanan seorang ibu nak sehingga sanggup menelan segala makian dari kluarge angkat kamu sdri..semoga Allah mmblas prbuatan mereka yg memisahkan kte ye syg..

    ReplyDelete
  22. Jgan sekali salah kn ibu bpa kndug yg x mencari mu anak..saya dipisahkn dan anak saya dibwa lari jauh oleh kluarge angkat nye..puas saya mencari..sume number phone kluarge angkat dah x aktif..mereka tidk benrkn saya bhubungan lgsug dgan anak saya..walhal anak saya msih bayi lagi..Allahu..hnya Allah yg memahami betapa peritnye rse hati ini..sudah tidak rela mnyerahkn anak yg dikandug..kini dibwa lari..setiap hari berendam air mata..setiap masa mngingati bby sye..ntah bgaimana rupenye skrg ini..mgkin sudh pndai brjalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcmana plk dibawa lari?lepas bersalin dorg dah tunggu kat hospital ke..suami plk di mana?takkan dia tak tanya - korang nk bwk anak aku pegi mana?itu kes culik..dah kene report polis dah tu..

      Delete
  23. assalammualaikum..saya seorang anak angkat...saya dpt rsa semua yg kalian rsakan...sya bersyukur dngan rezeki yg diberikan oleh Allah s.w.t iaitu keluarga angkat sya yg baik baik...dr kecil sya dipelihara sehinggala skrg..dewasanya saya kini...keluarga kandung mula mempertikaikn kasih sayang sya terhadp mereka..mereka kata sya anak derhaka lupa keluarga x syg keluarga kandung... syg?? adaka mereka syg sya? kalau syg kenapa mereka snggup berikan sya sama org lain? sebab x mampu? keluarga kandung sya berkemampuan...

    mngkin crita sya sikit berbeza ngan saudara sekalian...sa start lihat dunia..sa x nmpk ibu bapa kandung mahupun angkat...yg sya nmpk adalah kakk2 sya yg memelihara sya dr kecil..sya x tahu pun perkataan mak atau bapa...shinggala umur sya 4-5 tahun...setelah kakk sya berkahwin dn melahir anak..itu ada cucu prtama dlm keluarga..kasih syg mereka semua beralih kpda cucu pertama trsebut..dan sya hidup dibesarkn sprti biasa tnpa kadih syg yg utuh (budak2 apa la sya tau? bgun pg ke sekolah balik tidur blajar dan main..) masa kecil biasalah budak2 mmg nakal...apabila kenakaln sya mlmpaui batas..mula la adik beradik angkat yg lain mrh sya dgn mngeluarkn perkatan 'ko anak angkat pulang la ke keluarga ko' 'memang dasar anak angkat' n mcm2 lg...apabila seorang drpd keluarga angkat marh sya..semua akan turut mrh..(dimasa itu sya yg masi kecil hanya mmpu dduk dblkng pntu menangis sendirian smpi sya tertido..xda seorang pun yg pujuk sya..xda seorang pn yg peluk sya..angkat sya ke katil..shinggala bgun pagi dan kesekolah sprti biasa jmp kwn2 lupa la semua masalah) sa x pernah rsa di angkat oleh seorang yg bergelar ibu dan ayah...sya x pernah dipimpin berjalan di town bersana ibu dan ayah...sya x pernah tidur disamping org yg bergelar ibu dan ayah..ibu aya angkat..lg sygkn anak kandung bongsu dan cucu pertama mereka.....
    dimasa sya kesedihan...sya meminta prtolongan didlm hati...'mak bapa tlong sya...tiada org syg sya dicni...' siapa yg dengar?? Allah s.w.t sahaja yg mndgr rintihan sya masa tu...

    sya x salahkn keluarga angkat melayan sya sedemikian..kerana sya membesar dgn selamat dn sihat sehinggala sya berjaya menamatkan pengajian sa hingga peringkat master...dan kini..baharulah keluarga angkat sya kata sya ni anak derhaka..lupa keluarga..n etc...kenapa skrg?? kenapa x dr dlu?? knapa x dr sya masih kecil?? pernah x diorang fikirkn sya???? perasaan sya??? kasih syg yg x pernah ckup??? sdngkn kucing bila dipisahkan dengan anak mereka...mrah dn menangis anak mereka...

    sya dlm dilema...apa yg patut sya lakukan? berdosa ka sya?? derhaka ka sya??

    ReplyDelete
  24. Saya seorang ibu angkat... saya mempunyai seorang anak angkat lelaki... selepas 2 tahun saya disahkan mengandung melalui rawatan IUI... kini saya mengandung kali kedua... saya sayangkan sangat anak angkat saya... cuma bingung dan sedih bile memikirkan anak akan tahu perkara sebenar .... semoga dipermudahkan bila sampai waktunya nanti..

    ReplyDelete
  25. Saye anak angkat kpd seorg ummi.ummi takleh ngandung,so saya nak hati seorg hamba murabbi sentiasa tng.b4 ni,saya and ummi takrapat.tp Allah maha kuase,dia satukan hati kami.even ada fam angkat,fam kandung still saya ingat.hehe sekian.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...