terima kasih buat kalian semua..

Saturday, July 23, 2011

Penggunaan semula syiling satu sen elak pengguna tertipu...



BARU-BARU ini akhbar melaporkan pengumuman kerajaan yang akan menimbang untuk memperkenalkan semula penggunaan wang syiling satu sen bagi membolehkan pengguna membayar harga sebenar barangan.

Malah ketika membuat pengumuman berkenaan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata langkah terbabit adalah bertujuan mengelak peniaga daripa mengambil kesempatan dengan sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan hanya kerana berlaku kenaikan kecil harga bahan mentah.
Melalui penggunaan wang syiling satu sen itu, harga barangan tidak lagi dibundarkan kepada jumlah paling hampir iaitu lima sen, dan ia membolehkan pengguna membayar harga sebenar.

Di negara Barat, wang syiling mempunyai nilai sama dengan satu sen, contohnya satu pence di Britain memberi banyak manfaat kepada orang ramai dan oleh kerana adanya nilai sekecil itu, ada barangan tertentu seperti coklat dijual dengan harga 19 pence, 22 pence dan sebagainya.

Di negara kita, sebelum ini orang ramai seolah-olah tidak pandai menghargai nilai satu sen, malah ada yang enggan atau malu menerima wang baki satu sen.
Pada pandangan saya hasrat kerajaan memperkenalkan kembali penggunaan duit syiling satu sen adalah cara berkesan mendidik pengguna menghargainya selain mengelakkan mereka tertipu dengan peniaga yang sengaja mengambil kesempatan.
Diharapkan pengenalan semula duit syiling satu sen itu dapat merubah sikap dan diterima baik masyarakat negara ini.

Saya berharap Bank Negara Malaysia (BNM) akan segera memperkenalkan semula wang syiling satu sen yang dihentikan penggunaannya pada 1 April 2008 lalu supaya pengguna tidak lagi tertipu dan mendidik mereka menghargainya.

PENGGUNA BIJAK,
Puchong, Selangor

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...