terima kasih buat kalian semua..

Saturday, July 30, 2011

Punca pelajar Matrikulasi gagal masuki IPTA


Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ingin merujuk kepada aduan Jelaskan Punca Pelajar Matrikulasi Tercicir yang tersiar dalam ruangan ini bertarikh 25 Julai 2011 oleh Pedang Bertuah, Kuala Lumpur dan Ke Mana Arah Tujuan Pelajar Matrikulasi Yang Gagal Ke IPTA bertarikh 18 Julai 2011 oleh Ibu Prihatin, Pasir Gudang, Johor Bahru.

Kementerian prihatin terhadap masa depan pelajar bagi memenuhi cita-cita dan impian hidup untuk berjaya. Pemilihan program pengajian yang tepat mengikut cita-cita, minat dan hasrat pelajar, ibu bapa dan masyarakat mestilah seiring dengan pencapaian akademik serta kokurikulum.

KPT melaksanakan prinsip meritokrasi yang mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum. Pemohon juga perlu memenuhi Syarat Am, Syarat Khas Program dan kriteria pemilihan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan. Pemilihan kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berasaskan pilihan pelajar serta bilangan tempat yang disediakan mengikut program pengajian di IPTA.

Kejayaan calon untuk memperoleh tempat bergantung kepada susunan merit dan pemilihan program pengajian di IPTA yang dipohon. Jika merit mereka tidak begitu tinggi dan memohon lapan (8) pilihan dalam program pengajian kompetitif, kemungkinan besar mereka tidak terpilih untuk tawaran program pengajian yang dipohon.

Begitu juga jika mereka memohon hanya di IPTA yang popular, mereka mungkin menghadapi persaingan tinggi dan akhirnya tidak mendapat apa-apa tawaran daripada IPTA berkenaan.

Namun begitu, calon diberi pilihan untuk memilih sama ada bersetuju atau tidak untuk menerima tawaran selain daripada lapan (8) pilihan program pengajian yang dimohon. Jika calon ada menyatakan persetujuan untuk menerima tawaran selain daripada lapan (8) pilihan semasa mengemukakan permohonan, maka calon akan dipertimbangkan ke program pengajian di IPTA yang masih ada kekosongan selaras dengan bidang pengajian yang dipohon tanpa mengira IPTA pilihan.

Justeru calon yang memperoleh merit yang tinggi tetapi tidak mendapat tempat, pihak UPU akan menawarkan program pengajian di luar pilihan calon yang mirip dengan pilihan mereka di IPTA yang terdapat kekosongan.

Sekiranya calon memilih tidak bersetuju, pihak KPT tidak akan mempertimbangkan sekiranya masih ada kekosongan pada program pengajian yang lain.

Dimaklumkan, berdasarkan rekod permohonan yang diterima oleh UPU bagi Sesi Akademik 2011/2012, sejumlah 1,977 pemohon Lepasan Matrikulasi/ Asasi 2010 yang layak telah menyatakan 'Tdak Setuju' menerima tawaran di luar lapan (8) pilihan program pengajian yang telah dimohon. Justeru semua calon ini tidak akan dipertimbangkan tawaran ke program pengajian lain walaupun layak kerana menghormati keputusan pemohon.

Dasar pemilihan rayuan pula adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baharu pada awal September 2011. Justeru semua calon yang mengemukakan rayuan akan dipertimbangkan berdasarkan kekosongan tempat bagi program pengajian yang ada sahaja.

KPT memohon kepada Ibu Prihatin, Pasir Gudang, Johor dan Pedang Bertuah, Kuala Lumpur untuk menghubungi pihak kementerian dan memberikan Nombor Kad Pengenalan pemohon untuk UPU memberikan penjelasan yang tepat, telus dan adil serta sebab calon tidak terpilih ke program pengajian di IPTA.

BAHAGIAN PENGURUSAN Kemasukan Pelajar
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi

4 comments:

  1. Assalam...saya terpanggil untuk mencari ruangan yang dapat membantu menyelesaikan kemelut anak saya juga sedang mengikuti program asasi di UM sama juga la matrik cuma dia belajar di U...memang terdapat kekecewaan pd diri anak saya...study habis2an tapi result ciput...dah masuk sem 2 sekarang ini akan tamat asasi bulan April nti...masalahnya sama seperti di atas kearah mana tujuan lepasan matrik @asasi kalu tidak mendapat tempat diUPU mengikut course yg dipohon...dia orang bukan calang2 budak..kebanyakan straight A or 8A...anak saya sedang mencari university swasta utk merealisasikan impian yang gemilang...persoalan ini menghantui anak2 dn kami ibuabapa...kalu tahu dr awal tolak je tawaran asasi @ matriks....pada pihak yg berkenaan cuba perjelaskan ttg program ini agar tidak menjadi igauan kpd anak2 apabila menerima tawaran tersebut tak lama lagi....ibu yang kecewa...mariam

    ReplyDelete
  2. baru tdi kuar result...ank sya hnya dpt 1.83...remuk hati saya..apath lgi ank sya..namun kami redha....
    Saya cuma buntu...kmana sy nk hntr ank sy bljar dgn result ini..

    ReplyDelete
  3. baru tdi kuar result...ank sya hnya dpt 1.83...remuk hati saya..apath lgi ank sya..namun kami redha....
    Saya cuma buntu...kmana sy nk hntr ank sy bljar dgn result ini..

    ReplyDelete
  4. Pelajar yg tak dapat upu boleh belajar di Lincoln University College
    Mayang Plaza, Block A, No 1 Jln SS26/2, Tmn Mayang Jaya, 47301 Petaling Jaya
    Selangor. Kami berikan hostel dan trasport percuma sepanjang kursus pembelajaran.
    Sesiapa yg berminat sila telefon saya:- Leon (012 7071903).
    Kursus-kursus Diploma and Pra-University. Hanya perlu membayar pendaftaran sahaja RM250.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...