terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, July 5, 2011

Rancangan Bang Bang Boom! hina budaya Melayu !!!


BARU-BARU ini saya menonton rancangan Bang Bang Boom! terbitan sebuah syarikat televisyen swasta tempatan. Slot terakhir rancangan itu memaparkan situasi sebuah majlis pertunangan yang mana pihak lelaki datang ke rumah pihak perempuan secara mengejut dan mahu masuk meminang.

Pihak perempuan terpinga-pinga, tetapi menyambut baik kedatangan rombongan meminang itu kerana lelaki terbabit adalah rakannya. Namun, selepas pihak perempuan sepakat mempersetujui pinangan itu, dan tuan punya diri juga akur menerima rakan lelaki itu sebagai tunangnya, dengan bersahaja pihak lelaki memberitahu bahawa pinangan berkenaan hanya gurauan dan cuma slot dalam rancangan komedi Bang Bang Boom!
Pihak perempuan sekali lagi terpinga-pinga dan terus beredar dari ruang tamu tanpa penjelasan. Barangkali malu, marah atau kecewa. Saya berpendapat situasi ‘pertunangan olok-olok’ ini amat menghina institusi budaya Melayu

Justeru, pihak penerbit perlu lebih prihatin dengan sensitiviti pihak lain serta aturan budaya, adat dan tatasusila.

Sebagai makluman kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, program komedi yang melampau sudah lama diharamkan di Russia kerana pernah meragut nyawa akibat ketidakpuasan hati mangsa yang dikenakan dalam sebuah rancangan komedi di sana. Moga kita dapat mengambil iktibar.

MOHD SAIPUDDIN SULIMAN,
Pengajian Bahasa, Sastera dan Budaya,
Universiti Kebangsaan Malaysia

6 comments:

  1. Bkn Bang!Bang!Boom tp Beng!Beng!Bengap.Sama seperti stesyen yang menyiarkanya TV3 suku.hehehe

    ReplyDelete
  2. memang kurang ajar nampaknya rancangan ni. malah ia mengaibkan seorang muslimah.
    sedangkan jika ia berlaku kpd artis2 yg fasik juga memalukan inikan pula dilakukan kepada gadis muslimah.
    memang tak patut....

    ReplyDelete
  3. Failkan saman malu je. Bior padan muka. Anyway, Yong tak pernah menonton siri bodoh ni pun.

    ReplyDelete
  4. ini memang siri bodoh... bang bang boom... wakenabeb... melodi dsb... tidak pernah membantu meningkatkan sahsiah umat melayu... makin menjahanamkan ada la...

    tengok kartun upin ipin lagi baik...

    ReplyDelete
  5. Itulah yang terjadi apabila terlalu 'bijak' ikut gaya hidup Yahudi! Semua perkara nak dipersendakan hinggakan maruah semacam tidak berharga langsung. Gunalah akal fikiran sebelum membuat sesuatu. Usah fikir duit dan keuntungan sahaja!

    ReplyDelete
  6. Saya setuju tulisan Mohd Saipuddin Suliman. Bukan nak sokong mana-mana pihak, tapi benda macam ni boleh buat umat Islam berpecah belah dan silap-silap bercerai berai! Fikir-fikirkanlah wahai bangsaku. Bertunang pun boleh main-main, lepas ni cerai main-main pulak? Nauzubillah.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...