terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, August 16, 2011

Hairan Maxis tuntut RM800 walau dah terminate broadband..


SAYA adalah pelanggan setia perkhidmatan Maxis. Saya telah melanggan Maxis Broadband pada tahun 2008, disebabkan perkhidmatannya kurang memuaskan pada penghujung 2008 atau awal 2009 saya telah memulangkan semula peralatan broadband.

Mereka telah menghantar wakil dari satu syarikat yang bertanggungjawab untuk memungut kembali modem tersebut dari rumah saya.

Pada penghujung 2009, saya masih hairan kerana tiba-tiba bil untuk akaun broadband itu masih aktif sehingga mencecah RM800 walaupun saya telah memulangkan perkakasan tersebut.

Pada awal tahun 2010, saya telah pergi ke Maxis di Alor Star bagi menyelesaikan kes tersebut.

Alhamdulillah kes itu selesai apabila saya membawa bukti modem telah dipulangkan dan penamatan telah dibuat.

Selepas setahun, kes ini timbul balik, mereka kata saya tidak selesaikan kes ini dan masih berhutang dengan Maxis sebanyak lebih RM800 dan dikenakan bayaran guaman sebanyak RM100.

Saya mahu penjelasan daripada pihak atasan Maxis sendiri, saya mahu tahu apa sebenarnya terjadi?

webcfoo@gmail.com
Taman Puncak Jalil

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...