terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, August 2, 2011

JAIS jangan 'lepas pandang' restoran mamak ketika Ramadan !!!


SEMPENA kedatangan Ramadan al-Mubarak, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua warga Malaysia yang beragama Islam.

Khutbah Jumaat lepas di Selangor ada mengatakan mengenai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengeluarkan peraturan restoran Islam di Selangor dilarang sama sekali menjual makanan, minuman dan rokok kepada umat Islam waktu siang.

Alhamdulillah itu adalah satu cara mengekang mereka yang tidak berpuasa makan tanpa segan silu dan memalukan agama sendiri.

Memang pun umat Islam sekarang seperti bangga dan tiada rasa malu dengan sikap mereka tidak berpuasa di khalayak ramai.

Persoalannya, kenapa restoran mamak seperti 'terlepas pandang' oleh Jabatan Agama Islam? Padahal restoran mamaklah yang banyak menyumbang menjual makanan kepada orang tidak berpuasa. Saya sendiri pernah tengok sendiri benda-benda ini berlaku. Harap jangan ada pengecualian dalam hal-hal begini. Mamak juga Islam dan mereka juga tidak boleh terlepas daripada undang-undang.

Tolong jelaskan persoalan yang lama saya pendamkan ini. Jangan sampai kredibiliti pejabat agama Islam dipertikaikan.

HISHAM AHMAD
Petaling Jaya

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...