terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, August 3, 2011

Jangan belanja ikut gaya orang di bulan puasa dan raya !!!


WALAUPUN Ramadan amat dinanti-nantikan umat Islam, bulan yang mulia itu turut diikuti oleh permintaan barang-barang makanan yang memuncak.

Permintaan berlebih-lebihan ini mendorong kenaikan harga barang makanan asas seperti tepung, telur, minyak masak ikan, daging, ayam serta barang yang berkaitan dan perkhidmatan yang lain.
Sewaktu lapar apa saja dilihat rasa bernafsu. Begitu pula apabila hari raya tiba, umat Islam sibuk mengadakan rumah terbuka yang juga meningkatkan permintaan barang asas makanan

Pihak kerajaan bertungkus lumus menstabilkan harga barang asas demi memastikan rakyat terus hidup selesa. Bagaimanapun kenaikan barang dan perkhidmatan berkait dengan hukum penawaran dan permintaan yang di luar campur tangan kerajaan.

Semasa menyambut musim perayaan yang bakal menjelang awal September ini, sudah pasti ramai pengguna membelanjakan wang bagi maksud membuat pelbagai persiapan.

Cuti yang panjang sudah tentu memerlukan persiapan serta perbelanjaan yang besar, selain kos perbelanjaan bagi persiapan lain seperti pakaian, perabot, hiasan rumah, makanan serta kos perjalanan.

Memang benar semua daripada kita mahu menyambut hari raya dengan meriah tetapi janganlah disambut dengan membelanjakan segala wang simpanan serta harta yang ada.
Marilah kita mengamalkan sambutan bulan Ramadan dan hari raya tahun ini secara berhemah. Jika tidak berduit ikutlah gaya orang tiada berduit. Jangan ditiru gaya hidup orang berada yang mempunyai bajet yang besar serta mengejar gaya semata-mata dan boleh membeli apa saja tanpa perlu bersusah payah.

Bak bidalan ‘besar periuk besarlah keraknya’. Jalani kehidupan secara sederhana berbelanja, dengan teliti, mengelak berhutang dan serta membuat perancangan kewangan masa hadapan demi kesejahteraan keluarga serta masyarakat keseluruhanya.

YOSRI ABU MAHSIN,
Pegawai Perhubungan Awam, KPWKM

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...