terima kasih buat kalian semua..

Monday, August 8, 2011

Kerajaan umum hanya bonus setengah bulan untuk penjawat awam....


KUALA LUMPUR 8 Ogos – Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. – Bernama

4 comments:

  1. Salam.
    Tahniah kepada kakitangan kerajaan.
    Lepas ni makin penuhlah sogo....

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..PM tampak progresif demi rakyat..

    ReplyDelete
  3. Syukur alhamdullilah....

    ReplyDelete
  4. RM500/, AJE...KALAU BIG MAMA MINTA BERJUTA2 RINGGIT KAMU BOLEH BERI.,JIB.TETAPI SERONOK JUGA MASIH ADA YANG TOLOL BERSIMPATI MENYOKONG UMNOPORNO...BARU PADAN MUKA..LEPAS INI APEK JIB KASI,SATU LINGGIT TAHUN DEPAN.ITUPUN JIKA KERA JAAN BE END TAK MAMPUS.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...